Alkisah Barang Tak Sampai-Sampai

Assalamualaikum.
2-3 hari ni aku tak update blog, semua gara-gara mood happy hilang. Konon-konon, kalau barang 'tu' sampai, nak laa update entry kat sini. Barang apa tu ? Haaa.. Tu kena tunggu Abg GDex hantarkan laa. Bengang ==' Bengang juga kenapa barang aku tak sampai-sampai lagi. Sepatutnya, hari Selasa lepas dah sampai. Aku order barang tu hari Ahad. Semangat ni, buat payment malam tu jugak guna Cimbclicks. Ingatkan, Selasa tu adalah van GDex hon depan rumah aku. Hampehhh!

Okayy. Aku tunggu sampai hari Khamis. Eh ! Tak ada jugak. Disebabkan Rabu tu Deepavali, so aku hold dulu perasaan bengang aku ni. Sampailah semalam hari Khamis. Taksampai lagi. Hari ni hari Jumaat, pantai timur mana ada orang bekerja =,= Bengang kali ke 213912873243x !!

Track number dah kasi. Aku pergi lah kat website GDex nak check barang aku tu dah dipos ke belom. Eh, macam ni pulak keluarnya :


Apa maksudnya ? Aku pun takfaham. Adakah aku yang kena collect barang ni sendiri ? Sbb tu abg GDex tak hantarkan terus kat rumah ? Macam tu ke ? 21.10 hari Selasa. Kan ? Yang ni aku taksure. Sama ada aku sendiri ke kena ambil barang ni kat GDex ??! Hadoii, apalah makna aku kasi nombor phone alamat bagai kalau tak call ?! Ni pun aku bengang lagiii.

Esok. InsyaAllah harap-harap barang aku ada kat sana. Esok kena ambil sendiri laa. Nak call customer service, ni aku akan buat lastt sekali. haha ^^ Aku bukan jenis orang yang suka sangat layan operator ke, kerani yang menjawab.

So, sabarlahh menanti wahai hati. Ahad dah nak balik KL. Kalau barang tu takdapat jugak kat tangan aku, merajuk aku dengan GDex. Lepas ni guna Poslaju je. Tapi tulah, beza harga penghantaran GDex dengan Poslaju, GDex lagi murah. Ke sebab tu GDex takhantar barang kat rumah aku ?!
#banyak pulak persoalan yang timbul. Macam sinopsis novel daa ~


1 comment:

  1. IM pernah guna khidmat gdex. Samalah kena pergi ambik sendiri. Alasan tak tau tempat. Sedangkan boleh ja minta direction.

    ReplyDelete