Alkisah Barang Tak Sampai-Sampai

1 comment:
Assalamualaikum.
2-3 hari ni aku tak update blog, semua gara-gara mood happy hilang. Konon-konon, kalau barang 'tu' sampai, nak laa update entry kat sini. Barang apa tu ? Haaa.. Tu kena tunggu Abg GDex hantarkan laa. Bengang ==' Bengang juga kenapa barang aku tak sampai-sampai lagi. Sepatutnya, hari Selasa lepas dah sampai. Aku order barang tu hari Ahad. Semangat ni, buat payment malam tu jugak guna Cimbclicks. Ingatkan, Selasa tu adalah van GDex hon depan rumah aku. Hampehhh!

Okayy. Aku tunggu sampai hari Khamis. Eh ! Tak ada jugak. Disebabkan Rabu tu Deepavali, so aku hold dulu perasaan bengang aku ni. Sampailah semalam hari Khamis. Taksampai lagi. Hari ni hari Jumaat, pantai timur mana ada orang bekerja =,= Bengang kali ke 213912873243x !!

Track number dah kasi. Aku pergi lah kat website GDex nak check barang aku tu dah dipos ke belom. Eh, macam ni pulak keluarnya :


Apa maksudnya ? Aku pun takfaham. Adakah aku yang kena collect barang ni sendiri ? Sbb tu abg GDex tak hantarkan terus kat rumah ? Macam tu ke ? 21.10 hari Selasa. Kan ? Yang ni aku taksure. Sama ada aku sendiri ke kena ambil barang ni kat GDex ??! Hadoii, apalah makna aku kasi nombor phone alamat bagai kalau tak call ?! Ni pun aku bengang lagiii.

Esok. InsyaAllah harap-harap barang aku ada kat sana. Esok kena ambil sendiri laa. Nak call customer service, ni aku akan buat lastt sekali. haha ^^ Aku bukan jenis orang yang suka sangat layan operator ke, kerani yang menjawab.

So, sabarlahh menanti wahai hati. Ahad dah nak balik KL. Kalau barang tu takdapat jugak kat tangan aku, merajuk aku dengan GDex. Lepas ni guna Poslaju je. Tapi tulah, beza harga penghantaran GDex dengan Poslaju, GDex lagi murah. Ke sebab tu GDex takhantar barang kat rumah aku ?!
#banyak pulak persoalan yang timbul. Macam sinopsis novel daa ~


Segment Blog Review by Sally Samsaiman

15 comments:
<< klik banner di atas untuk join >>

21st Oktober - 26th October 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Assalamualaikum semua.
Hari ni aku nak join satu segmen review blog. Aku ni bab-bab review blog memang aku suka ^^ Dulu aku ada update entry pasal review : S I N I  Kalau korang nak baca, dialu-alukan .

Dengan cara review blog ni juga dapat tingkatkan pageview blog aku. Almaklumlah, blog aku kadang-kadang tuan dia rajin menaip sampai 2-3 entry sehari, kadang tu 2-3 entry je seminggu hihi
Bergantung atas tahap kerajinan aku jugak =='

Khidmat random.org digunakan untuk memilih 5 orang blog yang bertuah untuk direview. Harap2 dapatlah direview oleh Kak Sally XD




Alkisah Hampir Tertinggal Bas Part 2

1 comment:
Assalamualaikum.
Wah wah wah ! Taksabar nampaknya nak tahu sambungan cerita 'sadis' aku tu eh ? Kalau yang belum tahu boleh ke link ni : Alkisah Hampir Tertinggal Bas . Dah nama pun h a m p i r tertinggal bas kan so, memang aku sempat je nak naik bas tu tapi HOW ?


Okeyy, bila aku frusst menunggeng sebab akak tu cakap seat bas trip ke-2 ni full aku dengan muka poyo sehabis-habis sedih kalah minah indon berlakon tu, tercegat je kat depan tangga. (bas dua tingkat kan ada tangga) Luckily , hahaha speaking ko! Alhamdulillah, ada juga seorang hero yang bantu aku. Hero ni memang penyelamat 'dunia' akulah. Akhirnya, bantuan Allah sampai. Ada jugak insan yang sudi bantu aku.

Sebelum tu, sepanjang aku berada kat bahagian driver bas tu kan, aku memang dah takpandang belakang. Aku pandang muka akak tu je sekali dengan hero yang bantu aku tu. Mesti orang belakang duk mengumpat aku.. hehe Bukan mengumpat laa, macam :

"apalah masalah budak ni, dah tertinggal bas sibukk nak naik bas ni!"
"eh eh ! kenapa dengan budak ni ? Tertinggal bas ekkkkkkk ?"

Lebihh kurang macam tu la. Tapi tak adanya aku dengar orang ngumpat aku masa dalam bas tu XD
Okeyy, sebenarnya hero yang aku maksudkan itulah seorang pakcik. Ye. Seorang pakcik ni iaitu driver bas SANI Ekspress untuk trip ke-2 ni. Biasanya kan, setiap bas ada dua orang driver. Nama aku tak sempat nak tanya, tapi nasiblah pakcik ni cakap,

"call driver bas trip-1. #Bas yang sepatutnya aku naik tu laa. Cakap kat dia. tunggu kat Tol Gombak sebab ada budak tertinggal bas. "

Alkisah Hampir Tertinggal Bas

8 comments:
Assalamualaikum.
Okeyy, hari ni dah officially cuti sem walaupun seminggu, bukan 3 bulan macam budak asasi yg lain. Tapi, seminggu pun best jugak dapat balikk. Lepas ni dah takada cuti. Terus final ! ==' Okeyy sebenarnya, ada cerita menyayat hati aku nak share dan memang aku takkan lupa sampai
bila-bila. Last Friday, was not my day.


Jumaat | 17.10.2014
Hari ni ada test Tech. Math then, quiz Proggraming (FP) Tapi disebabkan tiket bas aku pukul 1.30, so aku terpaksa delay ambil quiz. Habiss je class FP dalam pukul 12.35 dahh. Nak kejar bas lagi. Hadoii. Dah rungsing ni. Perjalanan nak ke KL Sentral bukannya senang dan bukannya cepat. Dah laa bawak beg. Kalau sehelai sepinggan, senang je lari pun tak ada hal. So, dipendekkan cerita, niat dalam hati ni memang nak singgah sekejap. Sekejap je kat Chatime, nak beli air. Tapi waktu ni jam dah pukul 1 lebih. So, terpaksa lupakan hajat aku ni.

Sampai KL Sentral dalam pukul 1.05 petang. Dan guess what ? Train KTM seterusnya ialah pada 1.23 petang !!! Ya Allah. Speechless. Tahu-tahu jelah kelajuan KTM tu macam mana. Paling kurang ambil masa 10 minit nak sampai Hentian Putra. Tu pun kalau train ni tak ada halangan. Harap-harap sempatlaa nak kejar bas aku yang pukul 1.30 tu. Bosan memang takboleh nak cakap. Menyesal pun ada jugak sebab Chatime aku takbeli =,= Ingatkan tak sempat, rupanya lebihh pada sempat.

Okeyylaa. Penantian aku berakhir jugak walaupun lewat 1 minit. So untuk confirmkan sama ada bas aku tu dah sampai ke belom, aku call laa counter SANI Ekspress . Nasib bas tu taksampai lagi. Oh! Aku naik SANI Ekspress untuk trip kali ni dan sebenarnya trip sebelum ni pun sama.
#Aku akan setia dengan SANI Ekspress lepas pada kejadian yang menimpa aku.

Pintu train tertutup. Waktu tu aku dah lega .. Then, pintu tu terbuka balik. Masa ni aku dah taksedap hati. Sebab ni bukan macam ERL boleh main bukak tutup pintu. Ni KTM ! Rupanya, lampu tengah merah. Dah bagi sesiapa yang pernah naik KTM ataupun Monorel, mesti korang tahu kan, berapa lama train ni akan berhenti untuk tunggu lampu tu hijau. Adalah dalam 10 minit. Sekali lagi, aku rasa macam nak nangis sangat-sangat. Buatnya, aku takbalik tertinggal bas. Memang meroyan aku balik hostel nanti T^T


Jam dah pukul 1.45. Masa ni aku dah frust sangat-sangat. Apa ke beng***nya train ni berhenti ! Memang aku dah putus harapan. Memang aku dahterlepas bas. Tsk tsk.. Dan akhirnya. train ni bergerak juga. Sampai je di Hentian Putra. Aku dah memang tasedap hati buat ke 121038103x kali sebab masa dalam perjalanan ke Stesen Bas Hentian Putra tu, aku bertembung dengan satu bas SANI. Waktu tu kiranya bas tu dah bertolak. Aku dah memang agak yang tu sepatutnya bas yang aku kena naik. Jam dah pukul 1.55 petang. Confirm!

So, aku terus call sekali lagi kaunter then jyeahhh, aku dah tertinggal bas ! :' ( So, akak tu cakap suruh aku pergi kat bas satu lagi then jumpa kerani kat sana. Tapi aku beli ticket online so, macam mana nak jumpa kerani tu kalau tiket tak ada. Aku pun pergi kat kaunter then cakap kat akak tu yang aku ada call tadi. Akak tu cakap suruh pergi kat bas tu. Kalau ada seat kosong tak ada hal. Tapi kalau dah full memang tak boleh nak buat apa.

Sampai je kat bas tu, aku cakaplah blah.. blah.. blah.. Then akak tu cakap aku dah terlambat. Dia pun check kot-kot adalah seat kosong tapi dah F U L L . So aku pun memang dah fikir, tak ada harapan nak balik laa. Terpaksa beli tiket lain laa nampaknya.



T A P I




akan bersambung. Cehh ! Konon-konon adalah yang baca entry ni. hihi Buat suspens sikit. Konon laah. Boleh je aku sambung tapi aku tengok macam panjang je aku taip ni. So, untuk sambungan jumpa next entry. For sure, aku memang dapat naik bas tu. But, how ??? 

Itu yang korang kena nantikan. Ni part yang paling interesting . Percayalah..^^

## Updated !!
Sambungan : http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/10/our-lifes-in-allah-hand.html




11:50 P.M. 14.10.2014

1 comment:
Assalamualaikum.
Tanpa meninggalkan blog ni tak berupdate walaupun sehari, so aku share lah jugak hasil kerja aku tadi. Bosan memang bosan sebab idea tak hadooo.


Ni pun taktahu nak taip apa. Biasa idea merapu-rapu aku banyak. Sekarang semua dah hilang entah kemana. Sebenarnya, aku taksabar nak balikk Tranungg ! Taktahu kenapa, rasa nak balik cepat-cepat. Maybe sebab sekarang ni assignment pun dah ada menanti, task nak kena submit pun
adalah sikit berbanding masa short sem dulu. Short sem dulu aku enjoy je lebih. hehe ^^

Ni baru betul student life. haha Tapi alhamdulillah ni minat aku. So tak ada terasa macam terpaksa sangat. Sebab ni pun minat, passion aku. Berbeza masa sekolah menengah. =='

Chemistry, Additional Mathematics, Biology, Physics.

4 adik-beradik ni memang aku dah serik jumpa masa 2tahun dalam tingkatan 4 & 5. Cukup lah setahun lebih aku duk mengadap menda yang aku sendiri pun takfaham. Cg mengajar semua masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Takpun, bila dalam Lab faham, bila dalam class bukan main eksited lagi bagi response bila cg tanya. Bila keluar je class, melangkah setapak dua daripada Lab, semua ilmu tu hilang. Okeyy, tak berkat kan ilmu yang aku dapat tu =.=

Masuk U ni lah aku nak betulkan balik apa yang takbetul. Dulu, aku banyak main-main time belajar 4 beradik tu, sekarang aku nak buat yang paling terbaik untuk Sem 1 ni. Dan SEM yang seterusnya.
Sebab target aku, CGPA mesti above 3.5 

InsyaAllah.
#sesungguhnya tajuk entry aku memang ni je termampu aku fikir. Merapu tahap godzilla


Assignment : Model 'company' Sendiri

2 comments:
Assalamualaikum.
Hari ni aku takde class. Happy nya Haha Esok baru start class. Tapi minggu ni heavy week sikit sebab, dalam minggu ni laa ada test : Programming, Tech. Math dgn Competency.English.
So, takboleh enjoy-enjoy sangat even hari Jumaat ni start SEM BREAK. Ohyeahhh! Seminggu je pun tapi okeylaa. Lepas ni, rasanya dah takada cuti panjang. Bulan 12 nanti final.

Dan naik je daripada cuti, ada satu assignment menanti untuk dihantar kepada lecturer. Yang ni subject Multimedia pulak.

Poster In The Making 

Jyeahhh. Ini assignment aku. 
Design a poster; you may choose any types of poster example product, event, movie, campaign
etc. You have to decide a suitable theme, choose the correct colour, apply your creativity, neatness, and must put a slogan/tagline.
This task requires you:
  1. to capture a product photo,
  2. to be a model of the product / event,
  3. edit, add text and apply suitable effect to your design.

Yang paling takboleh blahh tu, syarat no.2 . Kena jadi model dalam poster tu. Mean, aku kena ada dalam poster tu. Muka aku kena ada dalam poster tu. 
Lantak la macam mana korang nak buat, asalkan muka kena ada dalam poster tu okey ? ==' 
Aduhai! Macam mana lah aku nak buat ni. Alhamdulillah, idea datang melimpah ruah, sampai aku pun dah feningg nak pilih yang mana. 


Oh tu bukan aku. Haha Ni hasil karya aku time bosan tadi. Syok syok tengah edit, tetiba pulak datang dugaan yang tidak diingini. Habiss hasil kerja aku. Nak save macam mana? Agaknya terpaksa (X) | Close photoshop then bukak balik. Sadissss tsk. tsk.

Nanti nak buat shooting kat KLCC. ngehehe Konon-konon jadi model lah sehari. Model untuk company sendiri pun boleh. Apa ? Kau mampu ??! haha ^^

#updated: nak tengok hasil poster, boleh ke link dibawah:
http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/08/assignment-student-multimedia.html

Lelaki di Mata, Perempuan di Mulut

2 comments:
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama. Apa yang korang faham dengan tajuk entry ni ? Konfem korang tak faham kan apa yang aku maksudkan. Kalau aku pun aku takfaham. =='


Kebanyakan wanita akan meletakkan tangan mereka di mulutnya bila dia menangis.
Dan lelaki pula akan meletakkan tangan mereka di matanya bila dia menangis. Seolah-olah
mereka mengetahui dari mana banyak terhasil dosa, . . . 

[ Dr. Khalid Abd. Aziz Muhammad Al-Jubair ]

Pendek je kata-kata ni tapi memang deep. Deep sangat-sangat. Sentapp aku masa baca. Kalau kita sedar, memang itu pun yang kita akan buat. Perempuan, taklepas dari mengumpat. Mengumpat kawan sendiri, depan baik belakang jahat. Saudara seagama sendiri. Tanpa kita sedar, kita bekalkan dosa sebagai amalan di Akhirat sana. Allahu.

Lelaki. Walaupun perempuan dikatakan mempunyai 7 nafsu, lelaki hanya 1 namun yang satu itulah yang banyak membawa kaum Adam ini ke lembah dosa. Tanpa kita sedar, setiap perbuatan yang kita lakukan itu membawa kepada kebesaran ciptaan olehNya. Subhanallah ! Allahuakhbar !

"Ya allah ampunilh dosa2ku , suamiku, ank2ku, kaum kluargaku, saudara maraku, sahabat2ku dan muslimin muslimt.. sebelum engkau mngmbil nyawa sempatlh buat kami menyebut prkataan.. LA ILA HAILLALLAH.. ya allah pekenananknlh prmohonan kami ini Aaminn "

Share from this page : L I N K ( FB Ust. Ahmad Dasuki )