Food Review : Chemistry Cafe Seksyen 7

Assalamualaikum semua.
#RSH : stand for Ronda Shah Alam. haha Ntah pape. Never mind. So, tanpa membuang masa lagi, ni aku nak kasi cerita sikit berkenaan dengan Chemistry Cafe ni. Mula dengar daripada instagram, ramai recommend suruh pergi jugak cafe ni. Mula-mula memang macam, alahh... "cafe je pun. kat tempat lain belambakk kan"  TAPI yang bestnya, cafe ni memang lain daripada yang lain.

Untuk melengkapkan senarai tempat yang akan dikunjungi dalam list RSH, so aku dengan ex-roommate aku mmg decide nak jugak sampai kat cafe ni. Alang-alang dah sampai Shah Alam kan, lagipun dekat sangat dengan Laman Seni Seksyen 7, why not singgah sekejap ^^ Sebelum perjalanan iaitu sehari sebelum, kitaorang dah set baik-baik plan. Nak pergi yang mana dulu. Save address bagai. Dan kitaorang memang menggunakan perkhidmatan apps Waze dari awal sehingga akhir and guess what, kitaorang taksesat pun. hihi





Address : No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7 40000 Shah Alam
Operational Hours : Monday-Friday = 12pm until 2 am
Saturday-Sunday = 10am until 2am
thechemistrycafe@gmail.com
017-6262797



Akhirnya, sampai jugak kat #chemistrycafe ni. Nampak banner warna hitam yang bangunan hijau tu, hah itulah tempat yang aku nak tuju. Type je alamat cafe ni di Waze, 100% korang akan jumpa cafe ni tanpa sesat. So, sebelum pergi sini, download dulu apps Waze, Apps Store, Play Store pun ada.


Ni merupakan laluan masuk ke lab aka cafe. Memang ohsem dan bagi aku, aku suka concept cafe yang macam ni.. kalau kat Korea, Jepun mungkin dah banyak tapi kat Malaysia pun ada jugak ^^ Acc, sebelah tong hitam besar belah kiri gambar tu, ada seat untuk customer. Kalau datang awal, konfem korang boleh pilih sudut mana yang korang suka. tak macam kitaorang =='

Kalau nak dapat tempat yang best-best, macam aku cakap, jangan datang lewat sangat dan jangan datang waktu hujung minggu. Kitaorang sampai pukul 5 petang, seat dah full. So yang ada untuk 2 orang, 3 orang, so kitaorang decided duduk berasingan dan aku pilih seat bar. Memang boleh nampak semua yang pekerja buat. Memang menguji iman aku betul tengok dorang masak waffle depan mata.


Memang rambang mata lah jawabnya >.< Aku kalau boleh nak je order kek, waffle, pasta, semualah tapi alhamdulillah nafsu makan tu masih boleh dikawal. Kitaorang memang sengaja nak datang lewat petang sikit sebab nak makan dinner terus. So, takkan nak pilih kek kan ? So aku pilih :


Chicken Lasagna : RM 10.00
Rate : 9/10

Untuk orang yang selera tinggi tapi kapasiti perut takberapa mengizinkan, aku recommend kan Chicken Lasagna ni. Memang sedap. Dahla panas-panas, nampak kecik je kan, tapi memang kenyang untuk makan malam bagi aku. Aku takorder air pun sebab dah beli chatime tadi kat Setia Jaya Mall.


harga RM 14 ++ kalau taksilap la

Rate : 9/10

Dan ni merupakan dinner pilihan Asilah. Aku lupa namanya apa, .. Aku masa nak order pun pening nak pilih apa. Tapi, korang jangan segan-segan tanya je pekerja kat situ apa yang best. Aku sebenarnya kalau boleh nak je ambik gambar menu semua tu tapi memang segan, haha Takpe kalau korang nak survey menu apa yang best-best kan, singgah je di IG #chemistrycafe , yang pasti korang akan rambang mata. Semua sedap-sedap. 


Menu untuk makan aku taksempat snap sebab menu ni ada kat counter. Baru nak ambik gambar eh, dah habis order. =,= Macam aku cakap tadi, sebab nak jimatkan aku takorder air pun cuma menumpang air kawan aku jer. haha Memang muka takmalu. InsyaAllah, next time aku nak pergi lagi sini. Order air sekali dengan dessert. 


Vanilla Junkie : harga lupa ( above RM 10 ++ )

Rate : 9/10

Harga dalam RM 11 ke RM 9 . Aku taksure sebab menu untuk air macam ni ada kat banner menu kat dinding belah atas. So, nak snap pun taklawa sebab sudut yang aku duduk ni taklawa. Lighting pun tak support aku punya gambar. Rasanya best .. vanilla plus ice-cream. 


Dan ini adalah order aku dengan kawan aku. Boleh la kalau berniat nak makan western food sikit kan. hihi Sorry sebab gambar memang takbanyak. Seperti yang aku nyatakan, make sure sebelum datang sini, save dulu address ni dalam Waze. Simpan di bahagian favourite. InsyaAllah, memang Waze akan guide korang sampai jumpa jugak cafe ni nanti. 





1 comment: