Food Review : Chemistry Cafe Seksyen 7

1 comment:
Assalamualaikum semua.
#RSH : stand for Ronda Shah Alam. haha Ntah pape. Never mind. So, tanpa membuang masa lagi, ni aku nak kasi cerita sikit berkenaan dengan Chemistry Cafe ni. Mula dengar daripada instagram, ramai recommend suruh pergi jugak cafe ni. Mula-mula memang macam, alahh... "cafe je pun. kat tempat lain belambakk kan"  TAPI yang bestnya, cafe ni memang lain daripada yang lain.

Untuk melengkapkan senarai tempat yang akan dikunjungi dalam list RSH, so aku dengan ex-roommate aku mmg decide nak jugak sampai kat cafe ni. Alang-alang dah sampai Shah Alam kan, lagipun dekat sangat dengan Laman Seni Seksyen 7, why not singgah sekejap ^^ Sebelum perjalanan iaitu sehari sebelum, kitaorang dah set baik-baik plan. Nak pergi yang mana dulu. Save address bagai. Dan kitaorang memang menggunakan perkhidmatan apps Waze dari awal sehingga akhir and guess what, kitaorang taksesat pun. hihi





Address : No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7 40000 Shah Alam
Operational Hours : Monday-Friday = 12pm until 2 am
Saturday-Sunday = 10am until 2am
thechemistrycafe@gmail.com
017-6262797



Akhirnya, sampai jugak kat #chemistrycafe ni. Nampak banner warna hitam yang bangunan hijau tu, hah itulah tempat yang aku nak tuju. Type je alamat cafe ni di Waze, 100% korang akan jumpa cafe ni tanpa sesat. So, sebelum pergi sini, download dulu apps Waze, Apps Store, Play Store pun ada.


Ni merupakan laluan masuk ke lab aka cafe. Memang ohsem dan bagi aku, aku suka concept cafe yang macam ni.. kalau kat Korea, Jepun mungkin dah banyak tapi kat Malaysia pun ada jugak ^^ Acc, sebelah tong hitam besar belah kiri gambar tu, ada seat untuk customer. Kalau datang awal, konfem korang boleh pilih sudut mana yang korang suka. tak macam kitaorang =='

Kalau nak dapat tempat yang best-best, macam aku cakap, jangan datang lewat sangat dan jangan datang waktu hujung minggu. Kitaorang sampai pukul 5 petang, seat dah full. So yang ada untuk 2 orang, 3 orang, so kitaorang decided duduk berasingan dan aku pilih seat bar. Memang boleh nampak semua yang pekerja buat. Memang menguji iman aku betul tengok dorang masak waffle depan mata.


Memang rambang mata lah jawabnya >.< Aku kalau boleh nak je order kek, waffle, pasta, semualah tapi alhamdulillah nafsu makan tu masih boleh dikawal. Kitaorang memang sengaja nak datang lewat petang sikit sebab nak makan dinner terus. So, takkan nak pilih kek kan ? So aku pilih :


Chicken Lasagna : RM 10.00
Rate : 9/10

Untuk orang yang selera tinggi tapi kapasiti perut takberapa mengizinkan, aku recommend kan Chicken Lasagna ni. Memang sedap. Dahla panas-panas, nampak kecik je kan, tapi memang kenyang untuk makan malam bagi aku. Aku takorder air pun sebab dah beli chatime tadi kat Setia Jaya Mall.


harga RM 14 ++ kalau taksilap la

Rate : 9/10

Dan ni merupakan dinner pilihan Asilah. Aku lupa namanya apa, .. Aku masa nak order pun pening nak pilih apa. Tapi, korang jangan segan-segan tanya je pekerja kat situ apa yang best. Aku sebenarnya kalau boleh nak je ambik gambar menu semua tu tapi memang segan, haha Takpe kalau korang nak survey menu apa yang best-best kan, singgah je di IG #chemistrycafe , yang pasti korang akan rambang mata. Semua sedap-sedap. 


Menu untuk makan aku taksempat snap sebab menu ni ada kat counter. Baru nak ambik gambar eh, dah habis order. =,= Macam aku cakap tadi, sebab nak jimatkan aku takorder air pun cuma menumpang air kawan aku jer. haha Memang muka takmalu. InsyaAllah, next time aku nak pergi lagi sini. Order air sekali dengan dessert. 


Vanilla Junkie : harga lupa ( above RM 10 ++ )

Rate : 9/10

Harga dalam RM 11 ke RM 9 . Aku taksure sebab menu untuk air macam ni ada kat banner menu kat dinding belah atas. So, nak snap pun taklawa sebab sudut yang aku duduk ni taklawa. Lighting pun tak support aku punya gambar. Rasanya best .. vanilla plus ice-cream. 


Dan ini adalah order aku dengan kawan aku. Boleh la kalau berniat nak makan western food sikit kan. hihi Sorry sebab gambar memang takbanyak. Seperti yang aku nyatakan, make sure sebelum datang sini, save dulu address ni dalam Waze. Simpan di bahagian favourite. InsyaAllah, memang Waze akan guide korang sampai jumpa jugak cafe ni nanti. 





ICYDK

No comments:
Assalamualaikum.
Tiket bas dah beli.. tunggu nak naik je nanti. So, esok dah bermulah journey aku untuk 1st sem di Unikl. 2bulan lebih aku di Unikl tu just untuk short sem. The real sem start 8 September ni. So, do pray the best for me yoo guys ^^

Lately, ramai yang tanya apa font yang aku gunakan dalam blog ni.. then apakah tajuk lagu yang selalu 'menyambut' kedatangan korang bila visit blog ni.. So, entry ni aku bagi jawapan tentang persoalan yang bermain-main difikiran korang yer. hihi


Since 3 April tahun ni, buat pertama kalinya.. aku taktukar pun aku punya skin, template, header  Agaknya header ada kot aku tukar sekali. Tu pun sekali. Kalau dulu, tak sekali, dua kali sebulan aku tukar. Aku rasa macam bosan sangat tengok blog aku ni so aku tukar , .. tukar ..sampailah aku rasa puas.  Sekarang, memang aku dalam perancangan nak tukar design blog ni tapi disebabkan Photoshop aku ada problem so kena tunggu sampailah photoshop ni ok balik. huh =='

So, untuk font bagi sesiapa yang nak tahu : 


happy monkey

Tu nama font yang aku guna. Tak ada tokok tambah pun yer. Korang boleh cari font ni kat mana-mana web font insyaAllah jumpa. Kalau takjumpa boleh tanya aku lagi.. haha


Merdeka Kah Kita ?

1 comment:
Assalamualaikum.
Alaa ~ ~ tak sempat nak update entry ni semalam.. haha macam lama jer padahal baru beberapa minit yang lalu. .. Alhamdulillah semalam, merdeka !!! jyeah. eh ! Bukan semalam merdeka, Malaysia ni dah 57 tahun merdeka.. harap Malaysia ni akan terus merdeka, bebas sampai bila-bila , amin. Sebenarnya tajuk tu memang tak kena mengena pun dengan isi entry ni.. Saja nak buat korang tertanya-tanya, sama ada betul ke kita ni dah merdeka ??? merdeka dari segi apa sebenarnya Malaysia sekarang ni ? Dan apakah 'benda' yang kita belum merdeka ? Siapa tahu jawapannya, .. share-sharelah diruangan comment yer ^^

Tadi, setelah sekian lama tidak melepakkan diri di pantai menghirup udara 'merdeka' buat pertama kali dalam tahun 2014 ni, aku telah berjaya menjejakkan kaki di pantai Teluk Lipat, Dungun.. *even rumah depan pantai je ponn** ==' haha malasnya aku keluar rumah.. Habit mengumpul lemak memang tak akan pernah pudar,, .. guna Vanish pun tak boleh tanggal kak =,=



Ni lah suasana pantai Teluk Lipat masa petang tadi.. kawasan ni takramai sangat orang so memang bebas nak buat aksi apa sekalipun.. haha Aksi apalah agaknya yer ?? Selfie lah.. Lama kot tak 'berkoya-koya' kat pantai ni. Dulu masa zaman sekolah tu pernah lah jugak keluar dengan kawan then lepak kat pantai sekarang semua dah sambung belajar. Cuti pun tak sama so.. hurm T^T


Kalau datang Dungun jangan lupa singgah dulu kat pantai TL ni. .. kedai makan belambak habak hang. Memang sepanjang jalan pantai ni, kedai makan banyak sangat. Nak makan kerepok panas-panas, ikan celop tepung, udang sotong celop tepung .. pisang dengan ubi keledek goreng.. memang kat sinilah tempatnya.. LOL memang tengah promote Dungun pun >.^ Kat sini jugaklah terletaknya Uitm Dungun. Syioooot weyh petang-petang lepak sini release stress.. jangan datang dating sudaah

Akhirnya kamera Sony Xperia z1 ku juga mampu kelihatan seperti kamera iPhone 5s haha Yeahhh ! Akhirnya ada jugak effect contrast/brightness untuk sony..