Mood Exam Diaktifkan =='

Assalamualaikum semua.
Hari ni tengah sibuk menyiapkan last assignment utk short sem ni which is assignment blog. Kalau korang ambil course DIM (Dip. In Multimedia), korang mmg akan kena buat blog then present dalam Lab. Tapi tadi masa tengah buat slide bagai tu, tetiba petir menyambar kat luar. Dah la waktu tu battery laptop ni ada berapa percent je.. Slide yang nak kena present masa hari Selasa nanti pun taksiap lagi >.<


So, terpaksa lah aku 'mendodoikan' dulu aku punya laptop ni dalam mood 'sleep'. Alhamdulillah sekrang ni dah okey. Minggu depan ialah last week !!!!! Huarhhh T.T Final exam dah weyh. Rasa macam mimpi pun ada juga sebab sekejap je belajar then dah nak kena hadap FINAL EXAM . Even hanya 2 subjek yang akan masuk dalam final exam ni, tapi 2 subjek pun hengatt senang ke ? Satu Penganjian Malaysia which is macam kesinanbungan untuk subjek Sejarah, then IT ( Information technology) . Aku ni dah la bukan budak IT, so untuk IT memang aku takut sangat. Please, pray for me, guys : ]




Tadi pulak dapat berita kurang menyenangkan.. tsk tsk Kucing peliharaan yang aku jaga since darjah 6 .. Kalau kira dah nak masuk 7 tahun aku jaga tu, terpaksa diserahkan kepada tuan yang lain. Maksudnya, akan berpindah hak milik laaa : ( So, aku terpaksa merelakannya... Serius weyh, kalau boleh nak je aku bawa si gebu tu stay sekali dengan aku kat hostel ni.. Tapi, takboleh. 

Arhhhh ! Nanti bila balik rumah, siapa lagi peneman,  yang selalu buat aku gelak ???! Aku dah kehilangan sumber kegembiraan dah tau. Dulu masa aku nak masuk asrama, adik aku yang tolong jagakan. Tapi, bila dah semua sambung beljar, tak stay kat rumah, so terpaksa let go kasi orang lain pulak jaga. Lepas ni konfem aku menangis hahaha Even sekrang pun, still takdapat nak terima this fact :" (


Dialaah raja segala raja. Yang paling mengada, gedik, manja.. Memang dia lah.. till we meet again, Fiona. Last farewell .. p/s : kalau korang ada follow IG aku, korang akan nampak lah beberapa keping gambar dengan video si Fiona ni.. Sedihnya Ya Allah.. 


2 comments:

  1. twinscraftlife: HI!! 안녕하세요~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Selamat Exam... hehe... BTW... rumah akak banyak kucing walaupun akak tak suka kucing... hehe

    ReplyDelete