Kpop Shop Di Times Square Dan Sg. Wang Plaza

Assalamualaikum.
Sape antara korang-korang dear readers yang selalu pergi TS ? Hah ! Kalau aku, tiap-tiap minggu WAJIB pergi sana. Yelah, kat sana semua benda yang korang nak, ada.. so takperlu bazir masa pergi banyak-banyak tempat. Disebabkan aku belajr kat Unikl Miit, dan bagi yang tahu, Unikl ni mmg duduk tengah-tengah bandar. Kalau pandang depan nampak KLCC, pandang kanan sikit nampak Menara KL dan kemudahan awam pun senang nak dapat. LRT, Monorel, bas, teksi .. semua ada.

Alhamdulillah, tak adalah susah sangat kalau nak pergi TS, Sunway Piramid, Midvalley .. Bukit Bintang ke.. mana-mana jelah tempat yang korang nak tuju. So, berbalik kepada Kpop Shop di TS, aku jumpa kedai tu pun melalui Google #thanks abg. Google Mula-mula pening jugak nak cari tapi alhamdulillah akhirnya jumpa. Kalau korang dah familiar dengan TS, rasanya tak susah sangat kot nak cari kedai ni.




My Star Collection Trading
Business hours : Monday to Sunday - 11.30 am to 9.00 pm 
Address : Lot 05-34 & 36, 5th Floor, Berjaya Times Square, No 1, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-21447017 
Fax : 03-21489994 
Email : mystar_trading@yahoo.com 



Disebabkan keterujaan jumpa kpop shop ni, so aku sampai terlupa nak snap gambar depan kedai ni. Tapi gambar kat atas ni sama je dengan rupa kedai tu sekarang. Tak ada beza sangat pun. Kat kedai ni, macam-macam ada. Beg sekolah, sticker, fan, mask, keychain.. apa segala bagai merchandise kpop lah. InsyaAllah apa yang korang nak tu, ada : ) Kalau korang berbelanja lebih RM100 ++ korang secara automaticnya akan menjadi ahli dan mendapat membership selama SETAHUN. So, kalau nak dapat card tu, kena lah spent above RM100. Pakat je dengan kawan-kawan, nanti boleh dapat diskaun 10-15 % . Woahh best tu.. banyak save bajett kot.

Harga ? Harga bagi aku biasa-biasa je. Nak kata mahal tak jugak, nak kata murah pun tak jugak. So, moderatelah. Kalau korang order thru online kpop shop, korang kena tunggu 2-3 minggu kalau barang tu pre-order.. Kalau nak terus dapat, hah pergi je serbu kedai ni. Dibuka pada hari Isnin sampai Ahad. Senang cerita, tiap-tiap hari dibuka. Tapi tengok pulak jam berapa waktu beroperasi ^^

Kalau nak senang lagi, korang pergi naik Monorel. Jangan pulak pergi naik LRT. Korang ambil monorel dan berhenti kat stesen Imbi. Stesen Imbi ni terus sampai kat TS, turun tangga sikit je. So, takperlu nak berpeluh bagai jalan kaki semua tuh ... Tapi, kalau nak pergi TS, better jangan pergi masa weekend. Sesaknya macam suasana kat pasar malam. Serius aku taktipu. dan situasi dalam monorel ni pun sama. Kadang tu, korang terpaksa tolak-menolak disebbkan nak naik monorel so be ware hihi ==,

Ohyea, kedai ni terletak di tingkat 5, Wing side. Kedai ni terletak hujung sekali.. sebelah escalator. Bukan escalator yang kat tengah-tengah bangunan tau, tapi escalator paling hujung. Kalau korang naik lif yang transparent tu, sampai kat tingkat 5 korang pergi ke kanan, then jalan sikit belok kanan lagi.. straight sikit then belok kiri. Jalan depan sikit dah nampak banner biru tu. Kalau tak jumpa, korang pusing2 lah sikit kat area tu, konfem jumpa punya.

Seterusnya kedai di area Sungei Wang Plaza. Kedai ni sama je macam kedai yang kat TS ni.. macam-macam barang ada.. tshirt, taksilap aku album Kpop pun ada.. kalau salah, mintak ampun. Sorrylah, 2bulan lepas last aku pergi. InsyaAllah, nanti nak pergi lagi sana kalau nak cari goodies untuk kawan ke.. hihi ^^





Kpop Garden Merchandise
Business hours : Monday to Sunday - 12.00 pm to 7.00 pm 
Address : Lot T039, 3rd Floor, Sungei Wang Plaza, 55100 Kuala Lumpur 
Tel : 017-5876508 
Email : webmaster@kpopgarden.com 



Terletak di dalam bangunan Sg. Wang Plaza, di tingkat 3. Masa aku pergi sini pun aku sesat. huhu T^T sedih. .. disebabkan keazaman aku menggunung-gunung, so aku ronda satu floor akhirnya jumpa jugak. Aku tak ingat sangat area kedai ni kat mana. Tapi yang penting memang di 3rd floor. Kedai ni pun sama macam kedai kat atas..album, tshirt, banner, keychain handphone strap.. macam-macam ada.. Harga pun moderate.


Antara barang-barang yang aku beli.. haha sikit je.. Masa ni pun dah rabun mata. Tapi disebabkan nafsu aku dapat dikawal so, tiga benda ni je aku beli. Yang EXO handphone strap tu aku beli kat My Star Collection Trading. Selebihnya di Kpop Garden Shop : 

Kris mask ; RM 8.00 
CN Blue handphone strip ; RM 4.90

Kalau tadi naik monorel berhenti di stesen Imbi, yang ni korang naik monorel dan turun di stesen Bukit Bintang. Jarak TS dengan Sg. Wang ni tak jauh sangat tapi better naik monorel kalau malas nak jalan kaki. Kalau nak hirup udara bandar, hah jalan kaki jer.. hiihihihi Btw, kedai ni jugak ada beroperasi di facebook.


Facebook : Kpop Garden Merchandise

Apa lagi nak membebel erk ? Rasanya dah tak ada kot. So setakat ni je entry untuk for those yang wandering kat manalah kedai KPOP shop di area KL ni. Apa-apa persoalan boleh tinggalkan di bahagian comment. Till then. 



6 comments:

  1. ade jual lightstick x?mcm ikon pnye ke?

    ReplyDelete
  2. @syidabaharuddin utk My Star Collection Trading sy taksure ada jual ataupun tak. yang pasti Kpop Garden Merchandise ada jual. Tapi KGM dah pindah kat somewhere sorry sy lupa. Tp awak boleh follow fb atau ig KGM. kat situ ad update

    ReplyDelete
  3. ada jual botol air EXO ke (DO ke)

    ReplyDelete
  4. @love ada tp depends atas stock jgk

    ReplyDelete
  5. Saya minat sgt at bts...emm nk tau la baju bts dri dye org debut smpai skrang ni ade jual x

    ReplyDelete
  6. Barang BTS banyak tak kat sana
    Photocard ada tak

    ReplyDelete