iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

#maaf di atas penggunaan 'aku' di dalam entry ini bagi mereka yang lebih 'senior' .. 
Assalamualaikum semua.
Setelah sekian lama memerah otak untuk menghasilkan entry penyertaan , so here it is. Terima kasih buat penganjur Denaihati dan para sponsor terhebat yang sudi menganjurkan contest yang memang lain daripada yang lain ni. Sape kat sini senang-senang nak bagi iPhone 5s FREE ?? So ni merupakan antara senarai penuh para sponsor terhebatt untuk contest ni :

Penaja Utama : http://amariman.com
Penaja Individu : http://ejamothman.com


# Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH. Semoga tenang dirimu di sana. Al Fatihah.. .. .

Seterusnya, sebelum ke entry penyertaan, bagi sesiapa yang tidak mengetahui apakah hadiah bagi contest ini, di sini ada senarai hadiah seperti yang dinyatakan di blog Denaihati :

  • Hadiah Utama : tiga unit iPhone 5s 16GB untuk 3 orang pemenang
  • Hadiah Saguhati : wang tunai (bakal diumumkan jumlah dan kategori di entry lain)





Sedikit sejarah mengenai iPhone 5s yang korang kena tahu :
iPhone 5s ni merupakan kesinambungan daripada generasi iPhone yang sebelum-sebelum ni. Dilancarkan pada September tahun lepas namun mula popular dikalangan generasi sekarang sejak tahun ini. Terdapat dalam 3 warna iaitu gold, silver dan space gray.


Hah tu jelah sejarah iPhone 5s yang aku tahu tapi agaknya korang dah tahu kan ^^ Well, sekarang ni pergi je mana-mana : pasar malam, mall, rumah terbuka, .. tak sepuluh, 20 orang pengguna iPhone 5s yang korang akan jumpa. Percayalah.. walaupun mengikut rumours bulan depan(Sept.) iPhone 6 bakal dilancarkan. Entah betul atau tidak tu, wallahualam, tapi keobsesan generasi sekarang dengan iPhone 5s ni korang jangan main-main. Masihkah korang ingat waktu iPhone 5s ni dilancarkan dan secara officiallnya dijual di serata dunia, ada yang sampai pengsan, bergaduh, menangis macam kena tinggal laki pun ada. Bukan itu maksud yang ingin aku sampaikan, 

tapi korang tengoklah sekarang, .. 

Penganjur Denaihati dan para sponsor terhebat yang lain dengan murah dan 'ringan' hatinya ingin menghadiahkan iPhone 5s dan wang tunai kepada para peserta bertuah yang bakal memiliki hadiah tersebut Siapakah geranan mereka yang bertuah itu ?? Nantikan pengumuman pemenang bila contest ni tamat ==,
Persoalan yang timbul mengenai soalan untuk para peserta yang ingin menjoinkan diri kedalam contest ni :

kenapa iPhone 5s ni gajet impian untuk setiap blogger ?

Siapakah blogger dan siapakah iPhone 5s yang sebenarnya-benarnya ? 
Secara officiallnya bergiat aktif dalam dunia blogging since November 2011. Masa tu aku berumur 15 tahun. Sepanjang berblogging, aku takpernah walaupun sekali, mengupdate blog menggunakan handphone/ smartphone/tablet/iPad ... Semua entry yang ada dalam blog ni, semuanya diupdate menggunakan bantuan laptop. So, aku taktahu sangat apa kelainan jika update blog menggunakan gadget-gadget tadi. Sebab bagi aku, laptop ni 24/7 ada dengan aku. Its mean, bila diperlukan takperlu tercari-cari. Lagipun masa tahun ni(2011-2012) mana ada banyak sangat smartphone yang memiliki kriteria-kriteria yang sesuai untuk para blogger nak update blog. Handphone dulu yang aku guna pun yang ada keypad, tak ado pun touch screen bagai ni ^^


Tu dulu.. semua dah tinggal kenangan dan sejarah, .. .

Sekarang, tahun 2014. Banyak mana dah smartphone yang memang canggih-canggih kat pasaran sekarang ni ? Memang tak terkiralah jawabnya.. Dari jenama Apple hinggalah ke HTC, Sony, Samsung, Lenovo dan yang terbaru, OPPO. Memang takterkira banyaknya. Tapi, taksemua daripada jenama ni yang menawarkan smartphone yang memiliki kriteria yang dicari dan diperlukan oleh seorang blogger seperti kita. 21 June 2014, genap 2bulan lebih aku secara rasminya menjadi full-time student. So, memang takboleh lari dengan jadual kuliah yang pack. Kalau dulu kat rumah laptop menjadi peneman, tapi sekarang smartphone lah yang dicari-cari. Senang dibawa ke hulu ke hilir.. takperlu nak pikul berat-berat. So no wonder ramai antara kita ni yang 'giler gadget' . 

Bercakap pula mengenai gadget smartphone, pastilah jenama Apple yang akan mengungguli carta #1 di serata dunia. Ramai berpendapat bahawasanya product terbaru Apple, iPhone 5s MESTI dimiliki ! Kerana apa ? Woahhh.. terlalu banyak kelainan yang Apple tawarkan di dalam smartphone iPhone 5s. 


Dalam banyak-banyak kriteria yang dimiliki iPhone 5s ni, salah satu yang memang aku kagum sangat ialah camera. Secara jujurnya, walaupun aku dah memiliki Sony Xperia Z1 yang mempunyai kriteria camera yang mengancam 21 mp , tapi aku dapat lihat kelainan yang dimiliki iPhone 5s ini walaupun hanya 8 mp.


Kualiti gambar yang diambil menggunakan iPhone 5s ni sangat-sangat mengagungkan. Kenapa ? Walaupun cameranya hanyalah 8mp jika dibandingkan dengan Sony Xperia Z1, bagi aku sudah cukup untuk para blogger ataupun student yang berjurusan dalam multimedia untuk menggunakan iPhone 5s sebagai pengganti bagi camera DSLR di saat-saat genting ataupun di saat camera DSLR kehabisan battery ^^

Terlampau banyak hujah, tapi apa sebenarnya kaitan seorang blogger dan iPhone 5s ni ?
  • Sebagai full-time-student, bagi aku 'menda' yang paling cepat aku nak reach ialah smartphone berbanding gadget lain. Semua benda boleh buat menggunakan iPhone ni. Nak update blog, skodeng entry terbaru korang : ) dan senang untuk tahu pasal berita semasa melalui blogging thru smartphone
  • Tak dapat disangkal kebolehan camera yang dimiliki iPhone 5s ni. Senang nak ambik gambar sebab gambar yang diambil tu akan menjadi sangat berkualiti sampai satu tahap, macam HD tau !
  • OS yang digunakan oleh Apple terhadap iPhone 5s ni merupakan yang paling terbaru. So, kalau guna je apa-apa product Apple, korang takperlu risau dengan OS yang digunakan. Pasti memberi kelainan kepada pengguna. #dengar cerita nanti akan diupgraded kepada iOS8 pulak 
  • Senang dibawa. Tambah pulak dengan beratnya yang hanya 0.1 kg, budak kecik umur 2-3 tahun dah boleh pegang. The point is, senang dibawa ^^ hehe
  • keselamatan. As student ataupun blogger, for sure kita nak informasi berkaitan diri kita yag terdapat dalam handphone tu disimpan sebaiknya. So, iPhone 5s ni memiliki ciri-ciri sensor menggunakan fingerprint. Senang cakap guna cap jari la. Dalam dunia ni, capjari yang terdapat pada jari kita ni, hanya kita seorang je yang ada. Subhanallah MasyaAllah. Alhamdulillah : D
  • Protection : Corning Gorilla Glass, oleophobic coating . Maksudnya kat sini, screen yang terdapat pada iPhone 5s ni memang sangat susah untuk pecah. Akan pecah tapi lagi susah berbanding jenis screen yang lain. Senang cakap, "once broken, considered sold" 
Seperti yang korang tahu, apa-apa barang berkaitan Apple tak kira barang untuk dalaman ataupun luaran, barangan Apple memang lebih mahal berbanding jenama lain. Contohnya, kalaulah screen iPhone korang pecah, nak ganti yang baru tu konferm korang terganga nak bayar. So, please take care wisely any product that came with Apple.. haha Sorry. broken english. So, iPhone 5s ni menggunakan corning gorilla glass. Memang tahan hentaman atau hentakkan tapi jangan saja-saja pulak korang main baling-baling. iPhone kott.


Video kat atas ni ada kasi demonstrate kepada people yang curious dengan jenis-jenis screen ni. Enjoy ~
  • selain daripada reasons kat atas tu, salah satu sebab mengapa iPhone 5s ni impian setiap blogger, mestilah sebab , .... iPhone 5s kott.. hehe Memang lah menjadi impian rata-rata generasi.
  • walaupun screen displaynya tak adalah besar sangat, tapi bagi aku dah cukup bagi mereka yang menginginkan smartphone yang bersaiz serdahana
  • Dah ramai yang bagi pendapat positif mengenai iPhone 5s ni so why not, jadikan ia sebagai wishlist aku. insyaAllah semoga dipermudahkan
  • Barangan hardware mudah didapati. Pergi mana-mana kedai yang menjual gadget PASTI ada barangan untuk jenama Apple. 
Orang cakap tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Tak salah mencuba dan taksalah juga nak berharap jika kita dah berusaha. Entry penyertaan saya ni agaknya tidaklah segempak blogger-blogger lain. Tapi inilah yang termampu saya buat untuk melengkapkan syarat yang diminta. iPhone 5s ditawarkan sebagai hadiah utama merupakan salah satu hadiah yang paling bernilai tinggi dan memang akan menjadi rebutan buat para peserta lain. Tapi, keikhlasan penganjur dan para sponsor amatlah mengharukan. Harapan untuk memiliki hadiah utama tu memang lah terpancar dalam entry penyertaan ni. So, diharap semoga impian untuk memenangi iPhone 5s tu menjadi kenyataan.

Andai kata tiada rezeki di contest ini, takbermakna tiada rezeki dilain hari.. hehe ^^ Semoga akan ada lagi contest yang berupa macam ni sebab memang rare dan semoga para sponsor dan penganjur mendapat rahmat dan kemurahan rezeki yang tidak ternilai dari yang Maha Esa. InsyaAllah, rezeki yang melimpah- limpah menantimu. Dan semoga arwah Syuhada Baharudin tenang di sana. Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Sekian sahaja.






3 comments:

  1. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya

    ReplyDelete
  2. good luck dearr . nice entry !!

    ReplyDelete
  3. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete