Rezeki Bulan Ogos, Alhamdulillah

Assalamualaikum.
Sampai je rumah (19.8.14) omma terus tunjuk hadiah-hadiah yang aku dapat daripada giveaway, contest yang aku menang. Alhamdulillah. Rezeki bulan ni lagi bertambah berbanding bulan lepas. Dan hadiah yang aku dapat kali ni pun semua best-best. Tak sangka sampai boleh menang. Kadang-kadang, yang aku harapkan menang tu lah yang aku takdapat. Contohnya, teringin nak menang duit cash tapi sampai sekarang belum ada rezeki lagi tang tu. hehe ^^


Ni koleksi hadiah macam bookmark, button badge, gelang DIY, notebook dll. Terima kasih kepada penganjur dan juga para sponsor-sponsor terhebatt. Semoga korang dimurahkan rezeki, insyaAllah, amin.
Next, hadiah-hadiah yang aku taksangka betul aku boleh menang. 

1. Giveaway 'Saya Nak Menang Baju'

<< klik banner untuk ke blog penganjur >>



Aku taksangka betul boleh terpilih sebagai pemenang. Aku join ni pun suka-suka je. Kalau dapat, alhamdulillah, rezeki. Maksudnya, aku tak adalah simpan harapan menggunung tinggi. Dah la aku peserta last yang join, 18/18. #pssstt, kadang-kadang jadi peserta last ni ada kebaikan jugak. Manalah tahu rezeki tu kat orang yang last join. Berdasarkan pemerhatian aku kan, kebanyakan peserta last yang join mana-mana GA/contest mesti akan terpilih sebagai pemenang. Betul ke ? haha Pendapat aku je ni =='


2. It's July Giveaway

<< klik banner untuk ke entry penghargaan >>


Semangat nya aku create entry penyertaan ni. Yang ni memang berharap sangat dipilih sebagai pemenang. Disebabkan penganjur tak decide macam mana cara pemilihan pemenang, so aku dengan senang hatinya mempertaruhkan entry aku ni untuk kategori 'The Best Entry' . Ni salah satu penyertaan last minute dari aku. Berdasarkan pengalaman, banyak jugak entry penyertaan kategori TBE ni yang aku terpilih sebagai pemenang. Contohnya macam kat bawah ni :

i ) XOXO Giveaway By Lyn Lyna
- Menang EXO watch from K-Kiomi Market

ii ) Awesome Giveaway By Kiera Rashid
- Menang hadiah (bracelet + 2 shesiedo mask + 2 lip mask + naturgo mask + vaseline lotion)

iii ) Segmen : Fill In Black
- Menang topup RM 5 (jimat duit.. sape nak bagi topup free-free ? hehe)

Dan adalah beberapa giveaway yang lain. Tak kan nak mentionkan semua, kan ? hehe Seterusnya, ni hah ! Ya Allah. Aku tak sangka langsung menang pinafore skirt. Masa join ni pun takberharap sangat menang sebab dulu nak dapatkan striped skirt tapi hajat tak kesampaian. huhu T.T

3. 3rd Giveaway : Pinafore Skirt 

<< klik banner di atas untuk ke blog penganjur >>

Kalau nak tengok gambar pinafore skirt yang aku dapat ni, tunggulah bila aku pakai sendiri. hihi Bilalaa agaknya aku nak pakai hahaha.. Okey, setakat ni je lah entry penghargaan. Buat para sponsor dan penganjur, terima kasih banyak-banyak dan semoga Allah murahkan rezeki korang. Amin ya Rabbal Alamin






2 comments:

  1. Tahniah2...reeki datang bergolek lettew

    ReplyDelete
  2. wahhhhh banyak dpt hadiah,, kalau nak lagi,, jom join http://greenfarra.blogspot.com/2014/08/segmen-biar-saya-tolong-cik-farra.html

    ReplyDelete