Rindu.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dah selamat bersahur tadi. Korang makan apa ye ? Nasi putih lauk ikan 3 rasa ? lauk ayam percik ? nasi goreng patayya ? Ke biskut celop milo ? hehe Minum seteguk air pun dikira sahur tau.. So no worries ^^ Bukannya sahur pukul 12-2 pagi tadi okey. Sekarang ni semua dah lena ke tidur especially boy(s) , maklumlah world cup dah habis. Germany menang , kan ? *winkwink

Sebenarnya .. Tadi ada 'ternampak' satu post kawan sekolah nama.. Post gambar mengenai satu majlis bersempena bulan ramadhan. 


Tapi, the most 1st thing..yang paling aku rindu semenjak berakhirnya zaman kegemilagan remaja aku dulu ialah KAWAN. Ya Allah .. rindu sangat-sangat kat dorang. Aku taktahu nak cakap macam mana.. Hanya Allah je yang tahu perasan ni. Aku rindu teramat sangat dengan dorang terutama kalau time bulan puasa ni. Kitaorang dah macam adik-beradik. Bergurau, bergelak "hahaha" tak hengatt dunia *astaghafirullah** study sama-sama.. Semua sama-samalah . Kalau pergi mana-mana, memang berempat.





 #From left : Adha , Maira , Anies(me) and the one and only Iliya

Tadaa.. Seperti yang korang lihat. Kitaorang memang takboleh berpisah. Even ada je time kitaorang bergaduh. hahaha Childish gilerr time tu ==' Takpe, gaduh tu yang menyebabkan kitaorang lebih memahami each other. Sbnarnya semua specky . Maira tu jarang pakai kalau kat luar.. Time belajar je dia pakai. Tapi kalau dia pakai, complete , 4 Saudara Specky. hahaha LOL :D

Even, taksampai 2 tahun berroommate sekali, tapi kitaorang kalau bergabung.. Fuhh ! Konfem melatop kawkaw habiss. Semua perangai giler-giler. Diketuai oleh aku.. hahaga ! >.<
Among us, aku yang kedua . Kedua apa ? hehe Bukan tertua. Yang kedua melihat alam ni .. hehe

Iliya : 4 Februari 1996 | Anies : 4 Mac 1996 | Adha : 29 April 1996 | Maira : 8 Julai 1996

So aku kak Ngah la..Faham ?


Rindu.. rindu aku bukan kepada kawan je.. Tapi rindu jugak moment berpuasa di sekolah dulu terutama kat SAHUT. huhu Tsk tsk T.T Rindu teramat sangat. Rindu nak sahur sama-sama even semua duduk depan locker then makan biskut masing-masing LOL, rindu nak berebut ayam bila time nak berbuka. Sorry, ke-childish-an kitaorang mmg takdapat nak dibendung.. rindu nak berbuka sama-sama. Keluar/masuk DEMA sama-sama, rindu dengan ustaz Joha, ustaz yang lain dan cg.2 yang lain..

Rindu dengan events, sempena ramadhan.. Ceramah tentang bulan ramadhan, even terlelap jugak kat bahu kawan sebelah.. Rindu nak dengar ceramah Ustaz Joe (ustaz lagend kat SAHUT) , rindu.. nak beriftar sama-sama satu batch, satu sekolah .. satu classmate.. Rindu semua tentang zaman sekolah. 

Kat sini, suasana bulan Ramadhan tu takterasa sangat. Kalau dulu, tiap-tiap malam terawih sama-sama. Makn sama-sama dalam DEMA . Sebutt 'amin' kuat-kuat biar satu DEMA dengar bila doa makan habis dibaca.. Rindu nak berselawat ramai-ramai.. Rindu nak 'berhanana' satu surau. 


Rindu jugak nak bertadarus al-quran even badan penat letih seharian takmandi, seharian belajar. tapi tetap ada masa nak bertadarus. Kat sini, bukannya tak ada masa..tapi galakan.. Boleh je aku nak baca satu mukasurat sehari, atleast.. tapi how about other(s) ? How about my roommate semua tuh ? Bukan setakat rindu nak bertadarus al-quran je, rindu jugak nak baca surah Al-Mulk ramai-ramai satu dorm sebelum tidur.

Rindu nak baca surah Yassin setiap malam Jumaat.. Rindu semua pada waktu dulu.. Sekarang, semua atas kita. Kalau dulu ada ustaz yang boleh bimbing kita.. Sekarang semua terletakk, bergantung atas diri kita. Kalau dulu ada kawan yang memang boleh dipercayai.. yang boleh bimbing kita..yang boleh tegur kita kalau buat silap.. Kalau terover-tersasul dalam pergaulan.. Skarang, semuanya atas diri kita : (
Sahabat, rindunya aku kepada mu.. 



" Hye there.. I just want you to know , that how glad and bersyukurnya got met korang. Seriously, I         really hope Allah kept our friendship until Jannah. InsyaAllah.. I really hope, kita success dalam bidang yang kita choose. Nanti, bila dah kahwin.. hahaha Macam yang selalu kita bualkan sama- sama dulu tu.. will come true Path yang kita choose ni akan temukan kita nanti. Semua dah berjaya :D Dah ada rumah, kereta sendiri. Dan 10 tahun nanti, kita akan buat reunion kat Korea, kat pulau Nami ke.. kat mana-mana tempat macam kita berangan sama-sama dulu.. InsyaAllah.. if Allah willing "

Baiklah .. dah sampai penghujung entry ni.. haha Tetiba buat throwback time zaman sekolah dulu.. Kalau korang, apa yang korang paling paling teramat rindu waktu zaman kegemilangan korang dulu, yang kalau diberi peluang korang nak detik tu.. momment tu berlaku sekali lagi ? 

#kalau aku, for sure lah nak jadi kanak-kanak balik.. rebutt mainan dengan adik aku.. bergaduh manja dengan kakak.. main sama-sama dengan kawan waktu petang.. main masak-masak. Keluar pergi jalan-jalan lepas berbuka sambil pegang torchlight buatan sendiri ^^ hehe Rindu serindu rindunya momment tu .. 





1 comment:

  1. Assalamualaikum & Salam Perkenalan...
    Jom imarahkan Ramadhan dan jemput join GA saya ni ye:
    http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete