Lagi 2 Minggu ! Countdown ..

Assalamualaikum semua. Hari ni dah masuk ramadhan ke-13 so macam mana ? Full ke dah ada lompang ? haha Well, hari ni dah masuk 3 minggu aku berada di perantauan plus berjauhan dengan family. Minggu depan, lagi 10 hari, genap sebulan aku berada kat sini ^^ Sekejap je kan ?


Jangan salah faham tau. Siswa sebab hostel ni dulu pelajar lelaki yang guna. Tapi sekarang dah terbalik. Memang siswi Unikl yang stay sini, tapi alamat tak akan berubah. Faham ? Patutlah kat sini ada gym.. haha Ramai kot student lelaki jealous dengan kitaorang punya facilities. Kalau time petang tu kan, kalau tengah free sebab tak ada class, memang boleh buat marathon berjemaah la pergi gym. Sebab ?

Sebabnya nak rasa kediginan air-cond kaw !! haha 2nd, nak bakar segala lemak di badan ni hah ! Tapi, kat sini, hari-hari aku berjalan kaki. Kalau bas dah full, terpaksa ambik LRT. Maka, berjalan kakilah aku bersama roommates ke LRT Bangsar. Nak kata dekat, tak adalah dekat sangat. Boleh tahan laa , nak-nak time bulan puasa ni! Lagi mencabar. Semalam, dah marathon sehabis mungkin. Dari Monorel Imbi berjalan kaki ke stesen monorel apa ntah.. tak ingat. Tapi jauh weyhh T.T





Assignment tak adalah banyak sangat. Biasa-biasa je.. Ni kan short sem. Naik lepas cuti Raya nanti, ada final exam. Then, habis short sem. Cuti 2 minggu. Sambung balik sem seterusnya.. Nampak tak ? Student life ^^ Pepun, alhamdulillah setakat ni semua okey. Lecturer, roommates, uniklian, senior .. semua lah. Environment tu,.. biasalah belajr kat bandar. Kadang jerebu.. entah lah..


Even bulan puasa, kitaorang sempatt lagi habiskan seharian okey.. Seharian kat TS = Times Square. Haha Semua level kitaorang conquer ! Berbuka kat KFC jer. Lepas berbuka terus balik naik Monorel, LRT then teksi . Takkan nak jalan kaki jugak kot tengah malam kat Bangsar ??? So, kitaorang ambik teksi. Tambang dalam RM 4 ++ . Teksi sahaja yer.. LRT dengan Monorel tak kira sebab aku guna kad ^^ hehe

Boleh la.. Lama dah sentuh bola bowling tu. Strike sekali pun aku beria-ria .. Mana tak, berapa tahun dah aku tak main bowling.. Dapat jugak no. 2 haha Aku pun sempat lagi mengempiskan dompet aku >,^

skirt : RM 29 , Blouse : RM 10 , Wideshawl : RM 40 , Short : RM 10


Siapa yang ada baca entry aku yang INI ? hah ! Nilah rupa creepers shoes yang berharga RM29.90 tu. Tapi agak menyedihkan sebab size kasut ni terlampaoo besar. Sampaikan aku terpaksa pakai stoking 3 helai . 3 helai okey. Tambah pulak dengan heel liners. Ni untuk mengurangkan ruang bagi kasut yang size besar. Macam aku lah.. Beli kasut size pulak terover dengan size kaki.. haha Sedihhh >.<

Harga adalah dalam : RM 12 ++ kalau taksilap. Boleh je cari kat Watsons. Tanya je cashier kalo
 taktahu kat mana Dorang tahunya ^^ Yang ni pairs. Bukan single. Aku beli dua sebb banyak sangat ruang longgar kat kasut aku ni..


Tu jelah yang aku sempat type. Assignment ada lagi yang belum siap. So aku nak siapkan secepat mungkin. Nanti nak turun cafe nak beli makanan berbuka semua. Area hostel ni tak ada bazar ramadhan terdekat kecuali kat Bangsar Village. Kalau berjalan kaki, adalah dalam 10-15 minit bergantung kepantasan korang berjalan ^^ hahaha Bazar tu belakang masjid kat sebelah Bangsar Village tu je..

Selamat berbuka buat rakan semua. Jangan membazir. Jangan terlampau mengikut halwa nafsu. Ingatlah nasib saudara kita kat Gaza sana T.T Ya Allah lindungi lah mereka. For those yang nak memberikan sumbangan tapi taktahu macam mana, boleh rujuk SINI. Melalui topup pun boleh. InsyaAllah, bersedekah di bulan ramadhan ni banyak kebaikan yang akan kita dapat.

Bersama-sama kita mendoakan saudara Islam kita di sana yang dalam jihad mereka mempertahankan masjid Al-Aqsa dan warisan serta tanah Islam. Jangan putus berdoa sahabat sekalian :)

Lastly, for those yang tinggalkan mesej kat cbox dan follow, terima kasih banyak-banyak.
Masih tidak berkesempatan nak balas kunjugan korang. InsyaAllah, jika diberikan
kesempatan olehNya. 




2 comments:

  1. Tetiba rindu pulak zaman belajar. haha

    ReplyDelete
  2. 3 helai stokin ? wahhh... tapi tak nampak besar di kaki u dear .

    ReplyDelete