Kronologi Budak Perantau Balik Kampung

Ho ho ho balik kampung ~ ho ho ho balik kampung ~
Assalamualaikum semua. Sudah masuk lebih 48 jam aku menjejakkan kaki di bumi Terengganu ni ^^ Wah ! Tak dapat nak describe langsung apa perasaan aku masa hari balik kampung hari tu (khamis = 24.7.14) Aku balik kampung naik bas okeyyh. Sorang-sorang okey ? ^^ haha


23.7.14 (Rabu : Malam terakhir tidur kat hostel)
Packing ? Aiishhh dah lama aku settle kan. Cuma packing lah apa yang patut. Nak tambah itu ini. Shawl, shoes, blouse, skirt yang aku shopping tu .. Siap packing, apa lagi ? Hati ni memang dah lapang sangat sebab esok tak ada kelas. Sepatutnya ada,tapi disebabkan lecturer IT kitaorang memang baik hati so, miss Amelia batalkan kelas esok ! ^^ Yeahhh Baru ada feel nak balik raya kan ? Alaa, kelas kitaorang pun sejam je kot. Dari 8.20 pagi- 9.20 pagi. Tapi, class tu dah digantikan masa class hari isnin haritu. So no worries .

24.7.14 (sahur time !!!)
Yeahhh ! Sahur terakhir di bumi Bangsar ! Lepas ni kita bersahur sama-sama dengan family :P Mana tak happy, kan ?! Kat sini(Bangsar) masa awal-awal ramadhan dulu, menu sahur aku : kuey teow goreng/ nasi goreng patayya. Menu yang sama masa berbuka ==' Tapi cafe hostel ni bapak murah ko ! baru RM3.00 + air teh'o ais RM1.20 = RM4.20 Haha Jimatt tak ? Tapi aku tukar aku punya selera kepada nasi goreng biasa. Still maintain harga : RM3.00 So, memang takde hal bro.. memang takde hal bro :P





Pagi Khamis 24.7.14 (Its time to balik kampoong !)
Hati riang macam budak 1st time main mercun, sambil tersengihh sambil gosok tudung nak pakai nanti. Sorang roommate aku (Azy) yang stay Bangi dah balik. Tinggal aku, Nana (Shah Alam, PALAM) dengan Asilah (Melaka) jer.. So aku yang 2nd meninggalkan hostel. Berbekalkan tenaga sahur tadi plus tenaga nak balik kampung tu kan, aku sorang-sorang.. Yup ! Sorang-sorang je pergi LRT Bangsar. Tapi sebelum otw tu, aku hanya memerlukan 3 beg (beg galas : laptop and etc, beg roda : segala harta pusaka, kasut raya semua ada dalam ni, dengan beg galas tepi[aku taktahu nama scientifik beg ni]) Perhhh ! Jauh jugak perjalanan nak sampai ke LRT Bangsar tau. Tambah pulak dengan beg bagai ni kan. =.=

1st ingat nak naik teksi . So aku tunggu lah depan hostel dalam lebih kurang 1 minit. Aishh ! Malas laa pulak. So aku jalan lagi. Lagi dan lagi.. Tak ada pun teksi yang lalu. Ada pun, tapi dah ada penumpang. Waktu tu adalah dalam pukul 10.10 pagi. Biasanya charge kalau naik teksi adalah dalam RM3.00-RM4.00 ++ lebih. Semua bergantung kepada keadaan trafik masa tu. Kalau kat traffic light hijau je. Konfem RM3.00 lebih je.

Dengan keadaan traffic masa tu agak sesak, so aku decide jalan kaki jelah. Dia punya lenguh hanya Allah je yang tahu. Adalah dalam 15 minit kot aku jalan kaki then alhamdulillah sampai jugak kat LRT Bangsar.

Sampai je kat LRT Bangsar. Naik je train then berhenti di stesen KL Sentral. Kalau Bangsar ke KL Sentral sekejap je. Sebab lepas Bangsar terus KL Sentral. Tmbang dalam sringgit kot. Ke lebih.. entah.. sebab aku guna kad serbaguna macam kat bawah ni. Lagi cepat, pagi senang aku punya kerja.Tak perlu nak beratur panjang nak beli token bagai tu. LRT, monorel, KTM , etc semua boleh guna . So kepada student yang belajar kat area bandar terutamanya kat Kuala Lumpur kan, better korang buat satu kad ni.


Then, arrived at KL Sentral. Ingat nak beli Aunty Anne's Tapi ramai sangat anak-anak yang ikut aku dari belakang, sisi dengan tepi So, untuk bekalan buka puasa nanti aku just beli roti vanilla gardenia. Done beli bekalan berbuka, terus pergi kat pintu masuk KTM tu. Aku mula-mula konfius jugak sebab ada dua pintu. satu belah kanan, satu belah kiri. So aku pergi yang belah kanan. Rasanya sama je kot. Entahhh laa. Masa tu dah pukul 10 lebih. Hampir pukul 11 jugaklaa. Masuk je kat laluan tu, aku pun cari lah lane mana nak ikut.


























Bagi memudahkan perjalan aku, aku save picture kat atas ni. Sebagai rujukan di waktu senang dan genting. Sebelum ni, aku dah kaji, mana laluan yang aku perlu ambik. Jauh mana perjalan dari KL Sentral ke KTM hentian Putra. So, aku tak jumpa lane yang berhenti kat Putra. Aku decide tanya pak guard kat situ. Then dia tunjuk lane yang ke hentian Putra. So jangan risau. Malu bertanya sesat selamanya. Haha Jangan segan, jangan malu nak bertanya. Nanti bila dah tersalah train dah sesat semua baru nak menyesal dah takguna bro.

Hampir kewaktu tengah hari 24.7.14
Tunggu laa aku sorang-sorang dengan anak-anak semua. Berani tak aku seorang diri dari Bangsar tadi sampai laa kat KL Sentral? Ni nak naik KTM pulak. hahaha Bila fikirkan balik. Bolehh tahan berani jugakla aku ni kan ? ^^ Aku kena beranikan diri, sebab nanti takkanlah nak harapkan orang je.. So kena berdikari sendiri. Lagipun, insyaAllah tak ada pape. kalau siang takpe, tapi kalau malam... fuhhhh ! Takberani weyh
>.< nak-nak kalau keluar dari hostel kat area Bangsar tu. Korang jangan main-main. Kawasan tu bila dah malam memang menakutkan T,T


Tak sampai 5 minit, train dah sampai. masuklah aku dalam train tu.  Ada laa dalam 10-15 minit dalam train tu. Tak ramai sangat penumpang kat dalam tu berbanding kalau korang naik monorel. Ya Allah, haritu dah 2 kali aku naik monorel time waktu kemuncak. Contohnya jam 8 malam keatas dan waktu lepas orang berbuka puasa. Memang sesak weyh. Memang boleh jadi burger aku tau. Berkepitt, berlanggar, nasib takbergusti je aku nak tunggu turn. Jangan korang jadi skema pulak, tetiba buat line suruh orang beratur. Memang tak la dorang nak beratur. Sesak mengalahkan pasar malam kat Jalan TAR ko tahu ^^

Setibanya di hentian Putra, aku keluar dari hentian tu then tanya pak guard yang ada kat situ. DBKL dah sediakan laluan penjalan kaki. So, korang just ambik laluan sisi tu je. Ikut je flow sampailah setibanya di Stesen Hentian Putra. Korang memang dah boleh nampak stesen tu kalau dari hentian KTM.

11. 20 pagi : (Selamat tiba di Stesen Hentian Putra)
Alhamdulillah. Besyukurnya aku selamat sampai. Disebabkan trip aku pukul 1.30 petang, so aku sibukkan lagi diri dengan layan movie, dengar lagu.. berangan.. haha Kalau bulan takpuasa, memang aku sambung misi menternak ladang lemak aku lah =,= hahaha

Most of the trip semua ke timur. Ke Kuala Terengganu.. Ke Dungun..


Bas sampai dalam pukul 1.40 petang. Aku naik bas Express Sani. Single seat .. hehe Cuma bila nak datang KL balik nanti, aku duduk pair. Entah siapalah peneman aku tu >.< Redhoo jelah. So, dah dapat seat. Selesa kot duduk sorang. Perjalanan yang agak panjang so aku decide nak tidur. Haha Tidur jelahh yang dpat aku fikirkan. Dalam jam 2.00 petang bas tu dah gerakk sebab penumpang semua dah penuh. Masa keluar dari stesen, agak jammed sikit laa.. Then, tak sampai 10 minit..
# bas aku naik ni double decker okey.. haha

8.20 malam : (Selamat pulang wahai perantau !!)
Akhirnya, tibalah aku di bumi Terengganu. Yeahhhhhhooo ~ Eksited giler kott.. Sekarang dah takperlu nak guna sleng Keyell sangat bila nak bercakap, ko bebas nak cakap tranung ^^ Aku berhenti kat stesen petronas depan SMS Dungun. Sebab aku kan orang Sura . hihi Called omma suruh datang ambik.

Overal, semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Takde apa-apa gangguan. Wahhh ! Macam panjang lebar aku punya kronologi ni kan ? haha Tu pun dah malas ni nak taip panjang-panjang. So, berhenti kat sini jelah kan. Semua dah berbuka kan ? Tinggal sehari je lagi sebelom Syawal menjelma. ^^,


3 comments:

  1. selamat sampai ke bumi Ganu....slamat hri raya..:DD

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat sampaaai. Selamat hari rayaaaaaa ;D

    ReplyDelete