Creepers Shoes Hanya RM 29.90

#entry ni sambungan .. so harap maaf kalau kurang faham dengan cerita yg aku nak sampaikn.. kejap hari ni, kejap semalam.. hehe ni ada dalam draft.. baru hari ni (3 Julai) aku keluarkan ^^

Assalamualaikum semua. Salam 3 Ramadhan.. esok dah masuk 4.. 20 hari lagi nak balik woii ! huhu Lambatnya lah.. Homesick jugak aku kat sini. Tapi tak adalah sampai meroyang bagai tuh. Kalo yang tu, masa form 4 dulu tak apalah. Sekarang dah kena be strong.. takboleh lembikk sangat. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan olehNya. ^^


Setibanya dari bazaar ramadhan Bangsar tadi, terus aku pergi pondok pengawal. Nak tengok sampai taklagi barang yang aku order dari Nile.com.my . Bukan barang aku je tau. Campur sekali dengan barang roommate aku. Shopping sakan beb ! haha Lebih seratus ringgit pulak tu ^.< Tapi aku sangat rasa berpuas hati dengan customer service N delivery dari pihak Nile.com.my ni sendiri. Kenapa seratus ringgit ? aha Sebab nak dapatkan postage FREE.. Sape taknak barang FREE kot.





Yeah. Kemain eksited lagi ni. Tak pernah aku shopping kat Nile.com.my banyak macam tadi. Gambar memang aku malas nak snap. Kitaorang sampai pun dalam pukul 7 lebih. Dah nak masuk time berbuka. So, korang bayangkan jelah macam mana rupa barang yang kitaorang beli tu. hehe Mestilah barang yang paling aku nantikan tu ialah creepers shoes. Sebenarnya kitaorang order kasut tu dalam order terdahulu, tapi barang sampai serentak tadi. Terima kasih pihak yang terlibat ^^

Ingat lagi entry yang INI ? Apa itu creepers shoes ? Klik link tadi okey. Link NI. Aku dah usha kat IGshop harga kebiasaanya dalam 50-70 ringgit. Ada je yang sampai seratus lebih bagai tu. Tapi disebabkan Nille ni
memang terbaik, so aku beli dengan harga RM 29.90 sahaja. Perhh ! Tak sampai 30 hengget. hihi

Amacam mengancam tak warna merah ni ? Memang striking giler lah kalau korang pakai. Tapi the problem is, aku beli size yang 37 tapi longgar : ( Adoiii.. so kalau aku berjalan, konfem-konfem kaki aku macam terangkat-angkat nak terkeluar.. Silap haribulan kalau aku berlari, tinggal kaki ayam jelah haha Kasut taktahu entah di mana. So disebbkan ni 1st aku beli kasut online, so aku recommend kan kepada sesiapa yg berminat nak beli kasut online, make sure size apa yg korang pakai N ukur panjang kaki korang. 

Creepers shoes ni ringan je.. Ringan sangat.. roommate aku semua cakap aku pakai kasut boot. haha Sebab nampak sangat kebesaran pengembangan size kasut ni.. hehe Kasut ni available dalam dua warna. Hitam dengan merah. Kalau sesiapa berminat, cepat-cepat grab kat Nile.com.my ! Nanti habis stock/size, jangan menyesal sudah. Aku jamin memang selesa sangat pakai creepers shoes ni asalkan ngam-ngam dengan kaki korang. Tak longgar dan taklah terlampau ketatt.

Baiklah korang.. aku dah nak tidur. Esok kena bangun pukul 4.30 pagi. Esok nak pergi ambil student ID lah, nak pergi TS lah.. nak pos surat lagi.. macam-macam aktiviti. InsyaAllah esok berbuka kat TS kot. insyaAllah lah.. Salam ramadhan semua ^^

Hari ni (3.7) aku sekali dgn roommate jalan kaki pergi-balik okey. Pergi bazar
ramadhan kat Bangsar ! Fuhhh.. memang perh boleh kurus aku duduk sini.. haha
Kalau korang nak tahu, bazar ramadhan area Bangsar ni dekat masjid Bangsar,
tepi Bangsar Village. Tak ada lah ramai meriah sangat, tapi bolehlah
untuk student macam aku nih ! hehe Berjimat punya
pasal, rela jalan kaki =='


2 comments:

  1. murah kan shopping kat sana. tapi serik la momoy ada pengalaman x best .
    tapi tu last year. mungkin dear dah improve kot =)

    ReplyDelete
  2. @Princess MOMOY : Pengalaman takbest ? apakah ?? hehe Sy pun dah banyak kali shopping kat Nile ni, kekadang rasa jugak takpuas hati TAPI disebabkan barang kat sini murah-murah tu jadi tak serik-serik ==, hehehe

    ReplyDelete