Cat Itu Kucing, Kucing Itu Cat

Assalamualaikum semua sahabat seperjuanganku ^^ Alhamdulillah.Hari ni dah masuk hari ke-15 Ramadhan. Dah separuh perjalanan kita dalam bulan ni kan. Ramadhan ni full strike aku berpuasa di perantauan, KECUALI bila balik kampung nanti hehe Tak sabar-sabar.. Ganu, im coming home, SOON !!! Tadi, terpandang satu gambar yang di share di facebook (caiir hati Iolls) :


Dengan caption : Biarpun senapang dan pistol lambang keberanian dan kehebatan namun hati tetap lembut bila bertemu haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W.

Ya Allah.. Bayangkanlah.. Dorang kat sana entah makanan tu cukup ke tidak, tapi still lagi sudi berkongsi rezeki yang ada dengan haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni. .. mulianya hati dorang.. memang lelaki idaman beta lah ^^ hehe Betul aku cakap. Aku adore sangat for those yang sudi berkongsi makanan, rezeki yang dorang ada dengan haiwan.. tak kisah la kucing ke, arnab ke, kambing ke, apa-apa jelahh.. 

Tapi sedih kalau terkenang kan keadaan kat Malaysia ni.. Ada tu, siap sepak terajang lagi ! Tak puas, dipukulnya binatang takberdosa tu ==' Ya Allah.. Bukannya kucing tu mintak sepinggan nasi yang kau makan tu ! Kalau takut/geli/tak suka sekalipun, jangan lah cederakan haiwan tu. Aku bab kucing ni memang pantang sikit. Bukan sebab hanya kerana kucing ni haiwan kesayangan Rasulullah SAW, tapi sebab kucing ni makhluk ciptaan Allah. Berdosa menyakiti makhluk ciptaanNya. Paham ke faham ??!

Kalaulah ikan goreng kat dapur dilarikan kucing, janganlah sampai meroyang satu kampung kejar 
kucing tu.. Anggaplah tu rezeki kucing tu. Kadang-kadang, Allah menguji kita dengan menghantar seekor anak kucing di rumah. Apa tindakan kita ? Tu bergantung atas naluri tahap kemanusiaan individu tersebut : )


Bertuahnya Mueeza ni ^^ Ada satu kisah ni, pada waktu Baginda ingin menunaikan solat, Mueeza tidur diatats jubah Baginda. Kalau korang apa korang buat ? kejutkan Mueeza ? Halau dia ? Tarik ekornya sebagai tanda nak suruh dia bangun ? Bukan.. bukan itu tindakan Rasulullah SAW. Bahkan, Baginda memotong belahan lengan jubah (tempat Mueeza tidur) tersebut. Subhanallah .

Banyak sebenarnya cerita mengenai Rasulullah dengan haiwan kesayanganNya. Korang boleh baca cerita selanjutnya di SINI dan juga di SINI . InsyaAllah, di bulan mulia ni kita mendalami dan menghayati cerita mengenai perjuangan para sahabat, peristiwa di bulan Ramadhan, kebaikan bulan Ramadhan dan juga kisah teladan . Sama-sama kita mendapat manfaat >.^ 

Rindunya aku dekat budak gebu yang ada kat rumah tu >.< huhuuhu Tsk tsk..

"Allah jadikan KUCING ni suka tinggal dengan manusia. Kita letak sejadah nak
sambung sembahyang dia duduk atas sejadah. Kita naik katil nak tidur
dia naik atas katil, kerana apa ? Kerana kucing ni sesuai dengan
keadaan manusia. Itulah Maha BijaksanaNya Allah. "

-UAI-


Bagi yang berkemampuan, kalau boleh .. janganlah dihalau kucing yang datang rumah tu.. Bagilah sedikit lebihan makanan yang korang makan. Sikit pun tak apa. Mashaallah ! Pahala yang korang dapat tu besar ! Tapi jangan disebabkan hanya kejar pahala.. biarlah ikhlas ^^ Ikhlas kan lebih baik . Then, kalau jumpa kucing jalanan tu, daripada korang beli dengan harga ribu-riban, apa kata korang bela je yang kucing terbiar tu. Biarlah tidak segebu secantikk seflawless kucing mahal yang lain. 

Sesiapa yang ada IG , korang boleh search IG ni : nala_cat  Taksilap aku, Nala ni kucing terbiar. Dijaga, dibela, .. sampailah jadi secomel dan segebu tu ^^ Tapi kalau korang jumpa kucing yang ada collar ataupun rantai tu kan, janganlah dirembatt buat harta sendiri .. haha Sebab , biasanya kucing macam tu bertuan. Maybe kucing tu sesat ke, takingat rumah ke.. Kahsian tuan dia cari .. :D

Selain Nala.. Antara kucing angkat di alam maya aku yang lain ialah,.. tak lain tak bukan keluarga bahagian from Thailand !! Roku N Hachi ^^ Dorang dah ada anak tau. Comel gilakkk . Korang boleh stalk IG dorang. Roku : rokuthecat ,  Hachi : hachithecat Pssttt.. Dorang husband and wife okey.. hahaha



6 comments:

  1. Tuh lah kalau kat malaysia ni seram.. kesian ucing yang tak ada dosa apa-apa tuh jadi mangsa.. una pun suka kalau lelaki yang suka kucing.. hehe :D terserlah sikap penyayang mereka.. hikhik..

    ReplyDelete
  2. Kalau kat Malaysia , jangan katakan pukul , siap langgar bertubi-tubi lagi kucing tu . Kesian kat depa :'( Sya memang sensitif sikit kalau bab-bab kucing nih . tapi kalau lelaki yang suka kucing tu , memang gila jadi idaman lah :3

    ReplyDelete
  3. Berbeza kan dgn Malaysia? Suka2 hati je nak aniaya kucing. Wuwuwu. tapi scha memang tak bela kucing. bela kucing jalanan kt belakang rumah je.

    ReplyDelete
  4. comelnya gamba kucing atas ni..
    aritu ade tgok ade budak bakar kucing. Ya ALLAH.. eee kejam gilaaa lahaii..

    walaupon tk bela kucing. dulu iye la bela. sebab org rumah ade sakit asthma.. soo tggu kawen jela bru bole bela kucing. heeee

    ReplyDelete
  5. tetiba sy tingat psl lelaki yg langgar kucing dan lbh syg kn bumper kereta dia drpd kucing tu...

    ReplyDelete
  6. rase teruja tengok gambar tu..sangat baikk!!

    ReplyDelete