Pabila Isu Tanda Soal Dua Kali Dijadikan Isu =='

Assalamualaikum semua.
Nak update entry hari ni tapi memang tak tahu langsung nak share pasal apa ^^ haha Sibuk baca entry orang je.. So now, ada idea nak citer. Ceritanya bermula bila hati ni menggatai nak beli ear cap untuk my hubby . Hah ! Korang tahu tak apa itu ear cap ?


Itulah namanya ear cap, untuk handphone . Jangan korang ingat ear cap ni untuk telinga pulak. Kang tak pasal-pasal ada yang cakap aku ni bagi ajaran sesat =.= haha Seriuosly, memang mengidam sangat nak beli satu ! Tapikan, ear cap ni tak tertanggal ke ? Ke memang dia melekat je kat lubang tuh ? 

Nanti kan, tak sampai sehari dah hilang . Tak ke merana siangmalampagipetang. XD

Okey, disebabkan ear cap ni kpop merchandise, so aku usha-usha lah beberapa online shop yang menjual barang merchandise kpop . Adalah beberapa online shop yang memang awal-awal jadi pilihan pertama. Survey dulu harga. Then bandingkan. Tengok yang mana lebih murah. ^^ Biasalah, kita ni dah nak pokai haha Kena belajar berjimat sikit. 

Done survey terjumpalah ear cap ni. Memang dah lama berkenan di hati .. 

<< sumber : google >>

Lebih kurang macam kat atas ni lah. Design terbaru lago EXO . Dulu masa 1st logo ni diperkenalkan, aku cakap " Apa punye design lah ? Apasal hodoh sangat. Huh ! blurrr " Tu dulu lah.. Sekarang bukan main fanatic lagi ^^ haha So, fikir punya fikir. Aku decide lah jugak untuk PM satu online shop ni. 

Aku tahu, kalau aku comment kat picture tu, mesti dia(admin) tak perasan nya. So aku  PM jelahh.. Balas ke tak balas tawakkal je. hihi Aku just tanya harga barang ni termasuk postage sebab aku nak tengok dulu berbaloi tak aku beli online. Nanti, aku sambung belajar kat KL, of course bersepah kan kpop shop kat sana. So, aku tunggulah reply. 

Esoknya ada dapat reply . Aku pun campur terkejut dengan tak percaya. Sebabnya, online shop ni memang famous teramat untuk kpop merchandise's lover. Sungguh tak tipu. Memang aku tak sangka dapat reply sepantas nih .. *thumbs up

Ni mesej aku : 


Masa aku hantar mesej ni, aku tak check plus tak kesah langsung dengan grammar BM aku. Nampak tak, tanda soal untuk soalan last tu aku letak 2 ? Aku tak sangka menda ni dijadikan isu. Sila baca mesej reply kat bawah ni :


Tup tap tup tap aku dapat reply macam ni. Acctualy kat atas tu ada details yang dia bagi untuk soalan yang aku tanya . Last sekali, tu mesej dia. Aku masa baca campur terkejut pun ada, campur hairan pun ada, campur bengang tahap gorila pun ada. Aku tak sangka langsung, penggunaan tanda soal dua kali yang aku taip tu boleh menyebabkan dia terasa annoyed =.= 

Demi Allah. Aku tak berniat langsung nak buat dia terasa annoyed ke apa. Masa aku baca, takboleh nak bayang macm mana berasap plus bergelegaknya hati aku nih. Memang sentap sangat ! Tak ada niat langsung nak buka aib orang, tapi macam ni ke cara nak layan customer ??? hah ! Nampak tanda soal aku yang banyak tuh ?? 

Mula-mula aku nak je serang habis habisan tuan punya online shop ni. Tapi aku istigfar banyak-banyak. mengucap banyak kali. Ya Allah Ya Allah.. Kenapa boleh dia salah faham sampai macam ni sekali ?

Aku fikir positif. Dia mungkin stress dengan kerenah pelanggan lain yang lagi banyak songeh dari aku kot. Aku tak kesah lah and aku respect dengan cara dia berniaga, tapi takkanlah sampai kan isu 'tanda soal' ni boleh menyebabkan aku sampai nak sumpah seranah dekat manusia ni ! Sunggoh aku tak tipu ! Hati ni nak je mentionkan nama online shop ni.

Aku nak tahu jugak macam mana cara dia layan customer dia yang lain. Ke memang cara dia layan pelanggan dengan cara agak lebih kurang 'kasar' macam ni ??!


Sepanjang aku shopping online ni kan, tak pernah lagi ada seller yang jenis macam ni ! Aku rasa bukan dia yang terasa annoyed, tapi aku ni yang baca mesej dia yang terasa lagi annoyed. Perasaanya macam ada orang tampar aku bertubi-tubi tanpa henti selama 24/7 jam !

Aku tak nak doakan dia punya perniagaan hancoss , tapi aku just doakan biar dia sedarsikit cara dia ni boleh buatkan orang terasa benci/marah/geram/anti dengan dia. Jangan sampai 'dosa' yang dianggap small matter ni boleh menyebabkan penghalang untuk dia melangkah ke syurga Allah ^^

P/S : Jika Sis ada terbaca entry ni, mohon Sis lebih memikirkan perasaan customer jugak. tak customer pun, anggap lah sebagai manusia. Setiap manusia dia ada tahap kesensitif'anmasing-masing. Mungkin bahasa yang digunakkan Sis tu dianggap sopan, tapi bagaimana pulak dengan tanggapan orang yang membacanya ??? Saya harap sangat Sis lebih more open/friendly dengan pelanggan selepas ni. Saya dah follow IG Sis, setiap hari ada je fedback baik dari customer. Alhamdulillah. Semoga perniagaan Sis akan lebih maju but please,
be consider for others feeling too ^^ Sebagai peringatan kita bersama Sis. 







3 comments:

  1. Mau tak berapi kalau orang reply mesej macam tu. Sabo je la. Customers maybe not always right but they have to be treat in a right way. :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Yes. Of courselah kita yg lagi annoyed sbnrnya x3 Btw, can you give me the IG link or FB link? Mana tau ada yg berkenan gak ke nak beli x3

    ReplyDelete
  3. Ish.. Mungkin dia tengah PMS kot.. Just think in a positive ways. Tambahkan ion2 positive dalam diri dan buang ion negative insyaallah everything will be ok.

    ReplyDelete