Orang Masuk Cinema Tengok Movielah

Assalamualaikum.
Huh ! Tadi dah layan cerita Maleficient By Disney tu.. Best jugak lah.. Nama pun dari
Disney kan, so memang best nak layan ^^ Cerita ni pun macam gabungan daripada cerita
Disney yang lain *kalo tak silaplah* Oh bukan gambungan ! Macam re-imagine of
Sleeping Beauty lah. Boleh baca sinopsis kat S I N I .


Mula-mula, aku ingatkan Angelina Jolie ni jahat .. Tapi tak jahat sangat pun. Jahat sebab
nak balas dendam balik dekat Stefan yang pergi curik/potong sayap dia tuh. So, dia cursed 
kan anak Stefan ni. Anak Stefan ni akan mati dalam tidur, errk dia nampak macam tidur
tapi sebenarnya mati. Hanya satu je boleh hilangkan/hapuskan cursed tu melalui ciuman
sejati. So, best jugak lah layan. Sape-sape yang ada adik perempuan/anak perempuan 
yang suka layan cerita fairy tale, memang sesuai sangat bawak dorang pergi tengok ^^

Nak tahu lebih lanjut, layan sendiri kat cinema. Nanti nak layan Transformers 5 lah ! 
Macam best je trailer dia.. Oh my bumblebee : 3 

Okey enough dengan trailer jadian oleh aku pasal movie Maleficient ni, so sekarang nak 
cerita apa yang berlaku kat cinema tadi. Aku mula-mula hairan lah, kenapa ramai sangat 
kaum-kaum Adam yang tengok movie ni, sebab movie ni kan bukan macam action movie tuh.
Fairy tale kowt =.= Layan kartun jugak ke mamat nih ! haha

So, kat depan aku ni, ada lah dalam 5-6 kaum Adam yang macam baru 1st time masuk
panggung wayang. Sedihh aku tengok. Tang bagi salam bila masuk cinema tu tak kesah lah..
Tapi tang buat darat/kelaut sangat tu apa kes ?!


Kalau biasa-biasa tak hape lah, ni over sangat ==' Dia buat macam cinema tu ayah saudara 
dia punye ! Huh ! Aku bab macam ni lah pantang sangat kalao masuk cinema T.T Derr, relaks
dah laaa.. Kalo 1st time masuk cinema pun, jangan obvious sangat. Buat malu kaum jer.
Tu mujurlah tak ada kaum lain, .. Ya Allah, memalukan laaa.. 

Tu tang bahagian depan aku. Yang bahagian belakang ni pun apa kurangnya. Tapi aku tak
ada masalah mana pun. Cuma, beradab lah sikit akak yer ^^ Aku guna 'akak' sebab yang 
cari pasal dengan taiko ni which is me, ialah perempuan. Kalo nak keluar pergi tandas ke, 
janganlah dipegang/ditarik kerusi orang depan ni.. Aku yang tengah syokk layan movie 
pun panas sekejap. 

Kalo sekali dua tu boleh tahan, ni dah macam lebih-lebih pulak. Aku tak tahu lah tu maybe 
habit dia bila masuk cinema ke hape ==' Akak yang duduk sebelah aku ni pun dah macam 
'berasap' je dengan perempuan tu... . 


Sebenarnya, macam-macam ragam kita jumpa kalau masuk panggung wayang ni kan..
Aku tak ambil ni serius sangat sebab memang typical malay macam tuh ^^ 




2 comments: