Monster's Giveaway
Assalamualaikum peeps , readers ...
Korang jangan salah faham ye.. Domokun kat atas ni bukannya dia marah tapi entahlah.. dah dilahirkan mulut dia mmg tak boleh tutup sampaikan tidur pun ternganga jugak ! Lalat dengan nyamuk keluar masuk suka hati je macam hotel.. daah siap buat kad touch N go lagi tau T^T
Oiit, awak.. nak pergi mana tu ? haishh jangan lah (X) pangkah dulu.. Moh la baca entry ni sampai habis. Ni bukan entry biasa-biasa yang merapu tu. Ni entry penyertaan kita lah. Penyertaan ? Ahah ! Korang dah join belum GA ni ? Aiiy.. rugi tak join . GA ni dah nak sampai ke penghujungnya tapi belom terlambat nak join ! GA apa ? GA apa ? *suara kecil berbicara** Baca informasi kat bawah ni :
<< klik banner di atas untuk join >>
Info penting mengenai Monster's giveaway :
• 100% hadiah ditaja sendiri oleh Monster (pengajur)
• Mencari 3 pemenang bertuah
• Hadiah terdiri daripada barangan pos, topup dan header blog
• GA ini berlangsung selama sebulan (22.5 sehingga 22.6)
• Giveaway ini akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang peserta
Syarat penyertaan :
1. Follow blog Monster (bagi yang belum follow)
2. Follow Google+ (ada di sidebar kanan blog penganjur)
3. Like page : Girls Beauty Centre , CT Norain Homemade Cupcake&Apams
4. Klik link INI dan INI (tunggu sampai habis loading *ada rekod)
5. Buat entry ringkas mengenai keistimewaan blog korang
6. Copy paste link ini kedalam ruangan html :
Klik banner untuk join.
Keistimewaan blog saya ialah.....
(sambung)
## Dah siap semua syarat yang dinyatakan ? Tinggalkan link entry anda diruangan komen penganjur dengan sepantas kilat sepantas yang mungkin ! Dengan segera bak kata penganjur ^^
Pemenang bagi giveaway ini ditentukan :
• Hadiah utama (barangan pos) : top referral + entry menarik
• Hadiah kedua (topup) : entry menarik
• Hadiah ketiga (header) : Random
<< Domokun dah bertukar jadi sarung kotak tisu pulak ==' >>
Maseh maseh.. Terima yang sudi baca entry ni sampai detik ini. Membebel panjang-panjang, keistimewaan blog pun tak cerita lagi .. hehe Ni nak cerita ni.. sebelum tu kena buat mukadimmah berjela-jela =.=
Keisitimewaan blog saya ialah .....
Kalau nak bercerita mengenai keistimewaan blog ni memang tak akan sudah. Senang cakap, semua blog ni ada keistimewaan masing-masing. Sama macam manusia. Kita diciptakan oleh pencipta berbeza-beza personaliti, rupa, latar belakang dan mempunyai nilai dan sebab tersendiri mengapa kita diciptakan. Anggap sahaja kita merupakan pencipta bagi blog yang kita miliki. Kenapa ditubuhkan, bila ditubuhkan .. segala-galanya kita sahaja yang tahu. Kenapa ? kan udah ku bilang tadi ! hihihi Peace (V)
• Blog peribadi (berkisar tentang kehidupan saya as the owner)
• Berangan-angan nak anjur GA tapi sampai sekarang hasilnya tadaaak ^^
• Mempunyai senarai lengkap GA, segmen mahupun kontest yang sedang berlangsung
• Mesra alam (for those yang tinggalkan jejak di cbox, pasti akan dibalas kunjugan)
• Follow blog ni ? Mention di cbox dan saya akan follow korang kembali
• Tutorial mengenai edit blog, freebies blog, dan lain-lain tutorial bermanfaat
• Tips-tips yang berguna dah boleh dijadikan rujukan
• Design & header blog akan bertukar-tukar mengikut mood empunya blog
• Ada review beberapa IGshop yang menjual barang dengan harga termurah di abad ini !
• Bukan khusus kepada Kpoppers sahaja.. Anti-kpop pun boleh datang sini ^^
• Mengamalkan exchange link iklan, you clik mine, I click yours Mention di cbox ok.
• Psstttt , exchange link dibuka buat waktu sekarang.. Nyatakan di cbox
• Ada menjalankan preloved sale, dekat nak raya ni kalao nak cari baju comel2, klik SINI
• Tiada entry berkenaan GA mahupun segmen di blog ini kecuali beberapa yang terpilih sebab sudah dikhususkan entry berkenaan GA semua tu di blog rasmi ke-3 : GA's Sections
Huh ! Amacam.. mengancam tak senarai keistimewaan blog saya ? Kan dah mentionkan kat atas tu, kalau nak bercerita mengenai keistimewaan blog ni memang tak akan habis. Ni pun dah ringkaskan sehabis dan semampu mungkin ^^ Kalau boleh yang tak penting pun nak senaraikan jugak >.< hihi
Baiklah, setakat ni je yang saya dapat rungkaikan. Sebagai konklusinya *mcm buat karangan BM dah** anggaplah blog kita ni merupakan yang terbaik daripada blog orang lain. Bukan nak bangga diri, hidung tinggi ke hidup senget ke hape, cuma beranggapan yang kita ni as the owner ada hak nak menentukan di mana tahap blog kita berbanding blog orang lain mahupun otai-otai. Kita masih boleh berusaha untuk memperbaiki dari segi penulisan mahupun design, rupa tapi please dan elakkan menjadi si copycat .
Berdiri atas bakat sendiri .. Berbanggalah dengan blog korang walaupun dapat cemuhan daripada orang lain. Jangan putus asa dalam berblogging ni. Selain dapat tambah kenalan, ilmu bermanfaat dapat kita kongsikan dan insyaAllah blogging ni merupakan satu platform untuk kita mengejar cita-cita dan tonjolkan bakat diri sendiri yang selama ni tak pernah ada orang tahu.
Nak minta diri dulu.. Nak basuh kasut sukan.. hihi Dari tadi dah omma berleter.. kena gerak dulu lah. Jangan lupa join GA ni tau. Support each other jom ^^
1 comment:
1. WOW !! Interesting !! Terima kasih sbb join.. dan semoga berjaya dlm dunia blogger! ^_^ seronok sy baca panjang2 mcm ni.. huhu
ReplyDelete