Pengalaman Berpuasa Di Perantauan

8 comments:
Assalamualaikum semua dan salam Ramadhan
Alhamdulillah.. semua dah selamat berbuka kan ? Makan apa tadi ? Hari ni aku western sikit.. Order McDonalds.. haha Tak sampai 45 minit seperti dijanjikan, dah sampai delivery tu.. Ekspress giler ! So, terpaksa lah menghidu keenakkan burger dengan fried fries tu.. Kita berbuka dalam dorm je.. Malas nak turun kat cafe. Sahur tadi rajin pulak turun.. kihkihkih. Eksited nak sambut bulan ramadhan di perantauan katakan.. haha

Suasana kat sini lain sangat. Bazar ramadhan terdekat tak tahu kat mana. Anyone tahu tak, mana-mana bazar ramadhan terdekat area Bangsar ??? Ingat nak beli kat bazaar je esok.. tapi taktahu lagi. Kelas habis pun dalam tengah hari. Jumaat hingga Ahad tak hado kelas. Serius, taktahu nak buat apa ==' Tidur je lah yang dapat difikirkan dalam masa terdekat ni.. Tapi makruh tidur lama-lama time pose ni kan ?


Adoii, rindu giler nak menaip panjang-panjang berjela bagai ni.. Tapi kesempatan tu tak ada plus ada masalah dengan wifi broadband ni sebab dah sampai limit.. so jadi slow je.. Alhamdulillah boleh guna lagi. hihi. Sebenarnya banyak sangat nak share kat sini. Hari Khamis lepas, 26 June, aku sekali dengan roommate tengok Transformers 4. Perhh ! Gempak lah.. Berbaloilah RM15 tu.

Khamis pergi Times Square, Jumaat pergi Sunway Piramid.. Mana tak kering duit aku ?? haha Well, tak adalah shopping mana pun, setakat cuci mata bolehlah.. Tapi still beli jugak beli something. Oh ! Aku ada pergi satu Kpop shop kat TS ! Eksited woo 1st masuk kedai yang jual barang kpop ni.. Tapi, barang yang aku nak tu tak ado.. Tapi aku beli keychain EXO Overdose je. Harga ? RM 6.90. Jangan risau.. Nanti aku update entry masa aku pergi sana okey. Kat Sg. Wang pun ada. Kenal Kpop Garden ? Hah ^^ Sabar sabar.. nanti aku update entry pasal Kpop stuff yang aku beli.

Seperti yang sedia maklum, 21 June haritu, aku daftar masuk Unikl Miit .. Suasana kat kampus tu memang boleh buat tercabut jantung aku tau. Dah la ramai orang.. Aku sampai lebih kurang dalam pukul 8.30 kot. Tu pun dah ramai orang.. Tapi, aku taksempat nak ambik gambar sepanjang hari tu sebabnya rushing nak pergi hostel lagi.. nak cope katil lah.. hapelah.. even semua tu dah diorganisedkan

Yang ni jelah aku sempat update.. Esok ke malam esok ke.. Aku sambung balik.. Nak cerita pasal minggu MSR pulak. Kalau nak tengok gambar, korang search kat IG, #uniklmiit For sure korang akan jumpa nya gambar2 student intake June ^^ Ada jugak terselit gambar aku.. hihi Yang pakai tudung harimau bintang warna coklat tu,.. hah ! Tulah aku sebenarnya..

Pengalaman naik LRT bagai dengan Monorel plus KTM.. nanti aku update.. haha Jadi budak bandar aku duduk sini. Enough ! Takboleh takut sangat. Kena pandai survive N berdikari.. Xboleh nak bergantung kat orang je selalu.. Tambah pulak, yang jadi semangat nak update hari ni sebab rezeki dah masuk ^^ Alhamduliillah.. Menang topup RM 10 dengan notebook. Rezeki 1 ramadhan. Terima kasih Ya Allah.

p/s : baru aku tahu bahawasannya, Kak Lyssa Faizureen tu student unikl jugak !                                  haha Tapi ambik course DIT ( Dip. In Information Technology ) hehe Nanti         bolehlah jumpa dia kan ? haha Tak percaya ? Search IG dia, mesti korang percaya .

Today My Life Begin : 21 June 2014

3 comments:
Assalamualaikum warga dunia semua ^^
Sahur oii sahur hehe Jarangnya lah aku update entry time waktu macam gini .. Well,  hari ni kan dah nak daftar masuk untuk belajar. Sedih woo tapi entah eksited pun ada. Pft.. =='

kalau nama bukannya angan-angan memang tak sah kalao tak setinggi gunung ! Ni salah satu impian terbesar aku. hahaha Nak dapat bilik macam ni.. Huh best nya ^,^ Tapi yang ni better lagi daripada yang bawah ni. kalo yang bawah ni, sure-sure tidur tak nak bangun dah.. haha Nightmare kalo tak bangun esok pagi.


Ada ke yang nak bangun kalau dapat bilik hostel macam ni ? Dah siap-siap set jam mesti setiap 5 minit. Bila alarm tu berbunyi for the 1st time, terus fade-up, tutup semua alarm kat telefon yang dah disetkan tu dan berazam serta bercita-cita tinggi nak bangun 5 minit kemudian.. 5 minit kemudian yer. 

5 minit kemudian mengikut jangkaan aku..

oh shhhut up ! Bukannya 5 minit tadi aku terkejut pastu tidur balik pastu berazam tinggi bagai mendaki gunung sebelah rumah nak bangun . Terlepas bas terlepas kelas yang paling penting sambung tidur balik. hahaha Eh ! Dilema okey menda macam ni.. Aku yang stay asrama dalam 1 lebih tu pun selalu je terjadi kat diri sendiri. Tapi tak time lah guna alarm hp, aku kan budak nerd.. hp mana bawak ^^ Setakat alarm dalam kepala otak je.. Set 5 minit tapi, 50 minit kemudian.. =.=

<< perhhh.. macam hotel daa. Bilik tidur aku sendiri pun tak ada rupa cam gini >>

Tapi aku takberapa kisah sangat. Asal ada katil sendiri sudah. Yang lain hal, fikir kemudian. haha Okeylah, sebelum mengakhiri entry pagi buta aku ni, aku nak promote satu GA yang aku sponsor. 2nd time aku sponsor hadiah untuk GA orang, GA sendiri pun kelaut ==' hehe Niat mmg nak buat GA tapi belom diberikan kesempatan. Sabar ye.. coming soon


Uh mak aih ! Banner pun dah lawa ^^ Berlangsung selama sebulan. Korang join jangan takjoin okey. Aku malas jugak nak buat entry berjela-jela ni .. mood dah hilang da.. waktu semakin menghampiri.. hihi Apa-apa hal, korang klik je banner kat atas tu. Syarat dia simple je.. Basic punya syarat kalo join GA. Kalo syarat nya banyak, korang follow lah sikit2, jangan sampai takbuat teros tau. 

Mintak diri dulu korang semua. Doakan kejayaan saya di sana , boleh ? InsyaAllah, saya doakan korang pun berjaya dalam apa jua bidang, kerja yang korang ceburi. Uihh.. KLCC dah terpacak depan mata ni ! hihi 



Farewell .. Bye Bloggers T^T ..

No comments:
Assalamualaikum readers and fellas and everyone..
Adoi.. Jam dah pukul satu pagi lebih tapi still lagi mengadap blog .. Bukannya tidur ==' Kalau tahu di omma ni, mampus aku ! hehe Tapi, dalam keretakan boleh tidur ^^


Esok, pukul 7 pagi maka berangkatlah aku sekeluarga ke Kuala Lumpur.. Daftar hari Sabtu (21.6) tapi pergi awal sehari.. Eh ! Bukan nak daftar awal sehari.. Gilo ke hape ! haha Takla.. Nak pergi awal sehari la, aku ni duduk Terengganu bukannya Negori Sembilan ke.. Selangor ke yang bukak pintu je, nampak menara KLCC *nmpk benor nipunya** hehe Overnya ayat aku.

Taktahu sama ada ni last entry aku ataupun esok aku hupdate lagi.. InsyaAllah esok kalo sempat kat hotel nanti aku update lah 1 lagi entry. Takpe, lepas ni dah kurang entry daripada aku. So, selamat traffic dashboard korang.. tak ada lah busy memanjang.. kihkihkih XD Barang semua dah kemas.. 3 beg O.O haha Biasalah perempuan kan.. Takkan nak ikut adik aku tu..hari pertama daftar satu beg je dia bawak ?! Aku ni nak percaya ke tak percaya ke tak.. Alah percaya jelah.. dia kan lelaki.. bukannya perempuan ^,^

<< motif letak gif ni : ambil mood sikit lepas tengok semua episode HP >>

Dah la.. lain kali lah kalo nak buat entry berjela-jela berangkai-rangkai pun.. Nak sambung berangan daa.. Bye bye korang-korang. Doakan kejayaan saya selama 3 tahun di Unikl Miit , boleh ? ^^



Monster's Giveaway

1 comment:

Assalamualaikum peeps , readers ...
Korang jangan salah faham ye.. Domokun kat atas ni bukannya dia marah tapi entahlah.. dah dilahirkan mulut dia mmg tak boleh tutup sampaikan tidur pun ternganga jugak ! Lalat dengan nyamuk keluar masuk suka hati je macam hotel.. daah siap buat kad touch N go lagi tau T^T 

Oiit, awak.. nak pergi mana tu ? haishh jangan lah (X) pangkah dulu.. Moh la baca entry ni sampai habis. Ni bukan entry biasa-biasa yang merapu tu. Ni entry penyertaan kita lah. Penyertaan ? Ahah ! Korang dah join belum GA ni ? Aiiy.. rugi tak join . GA ni dah nak sampai ke penghujungnya tapi belom terlambat nak join ! GA apa ? GA apa ? *suara kecil berbicara** Baca informasi kat bawah ni :

<< klik banner di atas untuk join >>

Info penting mengenai Monster's giveaway :
  • 100% hadiah ditaja sendiri oleh Monster (pengajur)
  • Mencari 3 pemenang bertuah
  • Hadiah terdiri daripada barangan pos, topup dan header blog
  • GA ini berlangsung selama sebulan (22.5 sehingga 22.6)
  • Giveaway ini akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang peserta

WW : Best GIF of Running Man Ever !

1 comment:
Assalamualaikum peeps.
Lusa(Jumaat), maka berangkatlah aku ke Kuala Lumpur aka Keyell. Nak jadi budak U dah nanti. haha ^^ Barang dah hampir nak complete aku packing. Gambar ? Takyah la.. hehe

Hari ni taktahu nak update pasal apa, so aku just nak share beberapa .. beberapa ke ? banyak jugaklah gif running man yang memang superb daebakk ! Enjoy ^^ Nanti nak bw kat blog korang-korang.. Lepas ni dah kena limitkan la aktiviti berkenaan blogging bagai ni.. Bye world..


Ya Allah Kwang Soo yya ! haha Aku taktahu apalah motif dia angkat sofa tu letak atas badan dia. Menyeksa diri betul la mamat ni .. kihkihkih Kalau Haha tu takpelah , 'pendek' tapi dia yg macam lampu jalan punya tinggi ada ke patut nak nyorok bawah sofa yang ... =.= 


Asal cute sangat Gary ?? haha Tapi laju jugak dia jalan dalam keadaan macam tu kan ? Adoii XD Yang ni kalo seingat aku episode yang ada penyanyi veteran tu.. Akhir sekali main lawan guli..  Rindunya masa kecik-kecik dulu.. 


Burning Idol And MAMAMOO

1 comment:
Assalamualaikum readers..
Anyonghaseyo boice.. peeps.. kpoppers.
Currently tengah bosan taktahu nak update pasal apa kan, so why not shared whats in my mind. *baq kata Mark Zuckeberg**


1. Lee Jonghyun & MAMAMOO

Kalo korang one of the kpoppers kan, mesti familiar dengan : allkpop.com kan ? One of the article, of course about my burning soul : Lee Jonghyun-shi ^^ Yeah ! Akhirnya.. Jonghyun ni akan muncul dalam satu MV group baru iaitu MAMAMOO. Aku dah tengok video behind-the-scene and Jonghyun so so adorable plus handsome.. Memang tak boleh berpisah langsung dengan guitar ==' Takpelah.. as long you happy burning-yya XD

Check out the video here : Behind-the-scene Jonghyun and MAMAMOO MV


Kuasa Kentang Gelong

7 comments:
Assalamualaikum semua.
Apakah makhluk kentang gelong yang aku maksudkan tuh ? Rupanya macam mana ? Adoii dah nama pun 'gelong' , for sure lah bentuk nya macam ikan keli kan ? haha


Macam ni lah rupa kentang gelong yang aku maksudkan tu.. Aku tak tahu apa nama spesifiknya. Aku pakat hentam cincai mincai je namanya .. Tapi bukan yang ni !! Yang aku maksudkan, kalau korang beli Double Prosperity Burger kan, mesti ada package sekali dengan air plus kentang yang bergulong tuh. Hah .. itulah kentang gelong yg ak maksudkan.

Creepers Shoes

9 comments:

Assalamualaikum semua.
Nampak tak 'syurga' creepers kat atas tu ?? Alahai.. nak satu creepers shoes ! Teringin sangat. Mengidam dah ^^ Bukan durian crepe okey, creepers.. creepers shoes. Dulu, aku panggil kasut tinggi tapi tapak flat. Hah ! Kemain panjang lagi nama yg aku bagi. Tapi tadi usha 2-3 IGshop ygjual shoes, then ternampak lah.. rupa-rupanya nama 'rasmi' nya creepers shoes

Disebabkan aku dah 'terbeli' kasut for raya yang memang hillsnya kalah bukit belakang rumah *even belakang rumah ada reban ayam** hehe Tak lah.. bukan reban ayam.. Tapi mini zoo. haha Kalo nasib kau 'baik' adlah nampak satu keluarga binatang yg hidung petak yg warna pink/kelabu tu.. =='

Berbalik kepada topik, creepers shoes ! Sape kat sini ada tahu mana-mana IGshop ke, online shop yang jual creepers shoes dengan harga yang berpatutan dan yang penting boleh DIPERCAYAI ?? Ada tak ? If ada, please inform me boleh ? Tak tahu nak kata apa, dah jatuh cinta tahap meroyang dah dengan shoes ni.. Ish ! Nafsu menguasai diri dahh =.=

Running Man Is The Best : Lee Kwang Soo Edition

10 comments:
Assalamualaikum semua.
Anyonghaseyo oraebun !!! Perhatian ! Entry ini akan penuh dengan GIF/picture . So, please keep calm and do enjoy ^^ Korang, sape sini minat/tak minat Running Man ? Nak buat bancian jap ni. haha Pleaselah weyh, Running Man ni best sangat kot.


Haha Nampak tak muka eksited Jae Suk ? Bukan senang Suk Jin nak angkat orang kehulu-hilir. Dalam Running Man nilah chance nya ! ^^ Kalau tengok Running Man ni kan, kalo tak gelak sakan kalah beruk mak yung memang tak sah. haha Terutamanya kalau berkenaan dengan Kwang Soo ! Oh Lee Kwang Soo.. Our Icon Of Betrayel.. Our Girin..


Dapat Lamaran Daripada KMJ

No comments:
Assalamualaikum.
Kesian aku tengok kawan aku yang dah sambung belajar tapi mood still lagi teringat kat rumah ^^ haha Nanti turn aku pulak =.= *tamparpipikanankiri**

Tinggal beberapa hari lagi sisa hidup aku sebagai penganggur SPM terhebat pada abad ini ! 21.6 baru daftar masuk Unikl Miit ... Barang semua jangan kata beli, packing pun belom. Ada aku kesah.. haha Eh, mana ada. Tipu je . Barang dah ada yang beli.. dan ada jugak yang belom beli.. nanti nantilah aku settlekan .

Dulu eksited terlebih sebab ada kawan aku yang memang kawan dari sekolah rendah and aku pun quite rapat dengan dia dapat tempat belajar yang dekat. Aku kat KL, dia kat Putrajaya. Tu dulu lah... huhu Sekarang ni, dia nak pergi Kolej Matrikulasi Kedah kat Changlung. So, satu ke utara, satu ke selatan ==' Dia suruh aku check jugak matrik,


Dapat kat Johor!!! Yo yo orang Johor ! haha Dah la dapat course account . Oh ! memang sah sah aku tak pergi .. Aku ni aliran sains, boleh je aku ambik account ni tapi pleaselah, 2 tahun mengadap addmath pun aku rasa nak muntah terlajak lariiss dah. Time addmath je, jatuh mood nak belajr. Nampak tak betapa seksanya aku belejar addmath dulu . haha 

Tarikh daftar pulak, 12 June ???! Tinggal 1 je lagi tak termasuk hari daftar. So, dengan rasminya, saya MENOLAK tawaran ini. Alhamdulillah dapat jugak even 2batch tapi hati ni dah berkenan dekat Unikl daaa hahaha So, for those yang belum lagi check klik sini :

Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2014

Jom check ! Takkan korang tak nak tahu korang dapat matrik mana ?? Just isi no k/p dalam kotak tu dan tak sampai dua saat dah dapat result.Goodluck ^^ Yang mana-mana still lagi menjadi ratu sehari kat rumah tu, manfaatkan masa yang ada hahaha Sebab nanti dah tak ada dah saat saat macam ni =.=



Pabila Isu Tanda Soal Dua Kali Dijadikan Isu =='

3 comments:
Assalamualaikum semua.
Nak update entry hari ni tapi memang tak tahu langsung nak share pasal apa ^^ haha Sibuk baca entry orang je.. So now, ada idea nak citer. Ceritanya bermula bila hati ni menggatai nak beli ear cap untuk my hubby . Hah ! Korang tahu tak apa itu ear cap ?


Itulah namanya ear cap, untuk handphone . Jangan korang ingat ear cap ni untuk telinga pulak. Kang tak pasal-pasal ada yang cakap aku ni bagi ajaran sesat =.= haha Seriuosly, memang mengidam sangat nak beli satu ! Tapikan, ear cap ni tak tertanggal ke ? Ke memang dia melekat je kat lubang tuh ? 

Nanti kan, tak sampai sehari dah hilang . Tak ke merana siangmalampagipetang. XD

Okey, disebabkan ear cap ni kpop merchandise, so aku usha-usha lah beberapa online shop yang menjual barang merchandise kpop . Adalah beberapa online shop yang memang awal-awal jadi pilihan pertama. Survey dulu harga. Then bandingkan. Tengok yang mana lebih murah. ^^ Biasalah, kita ni dah nak pokai haha Kena belajar berjimat sikit. 

Done survey terjumpalah ear cap ni. Memang dah lama berkenan di hati .. 

<< sumber : google >>

Lebih kurang macam kat atas ni lah. Design terbaru lago EXO . Dulu masa 1st logo ni diperkenalkan, aku cakap " Apa punye design lah ? Apasal hodoh sangat. Huh ! blurrr " Tu dulu lah.. Sekarang bukan main fanatic lagi ^^ haha So, fikir punya fikir. Aku decide lah jugak untuk PM satu online shop ni. 

Aku tahu, kalau aku comment kat picture tu, mesti dia(admin) tak perasan nya. So aku  PM jelahh.. Balas ke tak balas tawakkal je. hihi Aku just tanya harga barang ni termasuk postage sebab aku nak tengok dulu berbaloi tak aku beli online. Nanti, aku sambung belajar kat KL, of course bersepah kan kpop shop kat sana. So, aku tunggulah reply. 

Esoknya ada dapat reply . Aku pun campur terkejut dengan tak percaya. Sebabnya, online shop ni memang famous teramat untuk kpop merchandise's lover. Sungguh tak tipu. Memang aku tak sangka dapat reply sepantas nih .. *thumbs up

Ni mesej aku : 


Masa aku hantar mesej ni, aku tak check plus tak kesah langsung dengan grammar BM aku. Nampak tak, tanda soal untuk soalan last tu aku letak 2 ? Aku tak sangka menda ni dijadikan isu. Sila baca mesej reply kat bawah ni :


Tup tap tup tap aku dapat reply macam ni. Acctualy kat atas tu ada details yang dia bagi untuk soalan yang aku tanya . Last sekali, tu mesej dia. Aku masa baca campur terkejut pun ada, campur hairan pun ada, campur bengang tahap gorila pun ada. Aku tak sangka langsung, penggunaan tanda soal dua kali yang aku taip tu boleh menyebabkan dia terasa annoyed =.= 

Demi Allah. Aku tak berniat langsung nak buat dia terasa annoyed ke apa. Masa aku baca, takboleh nak bayang macm mana berasap plus bergelegaknya hati aku nih. Memang sentap sangat ! Tak ada niat langsung nak buka aib orang, tapi macam ni ke cara nak layan customer ??? hah ! Nampak tanda soal aku yang banyak tuh ?? 

Mula-mula aku nak je serang habis habisan tuan punya online shop ni. Tapi aku istigfar banyak-banyak. mengucap banyak kali. Ya Allah Ya Allah.. Kenapa boleh dia salah faham sampai macam ni sekali ?

Aku fikir positif. Dia mungkin stress dengan kerenah pelanggan lain yang lagi banyak songeh dari aku kot. Aku tak kesah lah and aku respect dengan cara dia berniaga, tapi takkanlah sampai kan isu 'tanda soal' ni boleh menyebabkan aku sampai nak sumpah seranah dekat manusia ni ! Sunggoh aku tak tipu ! Hati ni nak je mentionkan nama online shop ni.

Aku nak tahu jugak macam mana cara dia layan customer dia yang lain. Ke memang cara dia layan pelanggan dengan cara agak lebih kurang 'kasar' macam ni ??!


Sepanjang aku shopping online ni kan, tak pernah lagi ada seller yang jenis macam ni ! Aku rasa bukan dia yang terasa annoyed, tapi aku ni yang baca mesej dia yang terasa lagi annoyed. Perasaanya macam ada orang tampar aku bertubi-tubi tanpa henti selama 24/7 jam !

Aku tak nak doakan dia punya perniagaan hancoss , tapi aku just doakan biar dia sedarsikit cara dia ni boleh buatkan orang terasa benci/marah/geram/anti dengan dia. Jangan sampai 'dosa' yang dianggap small matter ni boleh menyebabkan penghalang untuk dia melangkah ke syurga Allah ^^

P/S : Jika Sis ada terbaca entry ni, mohon Sis lebih memikirkan perasaan customer jugak. tak customer pun, anggap lah sebagai manusia. Setiap manusia dia ada tahap kesensitif'anmasing-masing. Mungkin bahasa yang digunakkan Sis tu dianggap sopan, tapi bagaimana pulak dengan tanggapan orang yang membacanya ??? Saya harap sangat Sis lebih more open/friendly dengan pelanggan selepas ni. Saya dah follow IG Sis, setiap hari ada je fedback baik dari customer. Alhamdulillah. Semoga perniagaan Sis akan lebih maju but please,
be consider for others feeling too ^^ Sebagai peringatan kita bersama Sis. 







Sudah Mencapai 500 Followers ^^

2 comments:


Assalamualaikum.
Curi masa kejap nak update entry ni. hehe Alhamdulillah, akhirnya dah sampai target nak ada followers melebihi 500 orang. Tiga angka tu ^^ haha Even tak sampai lagi 4 angka, okey lah tu.. . Awal tahun, followers aku ada seratus lebih je kott. Nampak tak ? 3 tahun blogging tapi ada seratus lebih je followers ==' huhu Manyak sedihh...

Macam mana aku naikkan followers aku ? Senang je. Rajinkan diri untuk join segala GA, segmen, contest yang dianjurkan. Selain tu, walking blogwalking ke blog lain ^^ Jangan sombong sangat =.= hehe Aku mmg bukan peramah doe. So, aku ramahkan diri ni yang tak berapa nak ramah ni, untuk tambah followers, then dapat jugak berkenalan sesama blogger kan ?

Well, start petang ni sehingga hari Ahad, aku semi-hiatus. Bukan sebab nak sambung belajr, tapi sebab nak pergi sambut wedding ayah saudara, so takde masa lah kowt nak blogwalking blog korang-korang, .. So, sila tinggalkan jejak langkah tapak kasut anda yer ^^


Nanti aku blogwalking and follow korang balik. Jangan lupa klik klik iklan hehe
Tabung untuk universiti nanti. Tinggal berapa hari je lagi sisa-sisa hari yang tinggal untuk bersuka ria Nanti tak boleh main-main dah. Ekisted weyhh ^^


Orang Masuk Cinema Tengok Movielah

2 comments:
Assalamualaikum.
Huh ! Tadi dah layan cerita Maleficient By Disney tu.. Best jugak lah.. Nama pun dari
Disney kan, so memang best nak layan ^^ Cerita ni pun macam gabungan daripada cerita
Disney yang lain *kalo tak silaplah* Oh bukan gambungan ! Macam re-imagine of
Sleeping Beauty lah. Boleh baca sinopsis kat S I N I .


Mula-mula, aku ingatkan Angelina Jolie ni jahat .. Tapi tak jahat sangat pun. Jahat sebab
nak balas dendam balik dekat Stefan yang pergi curik/potong sayap dia tuh. So, dia cursed 
kan anak Stefan ni. Anak Stefan ni akan mati dalam tidur, errk dia nampak macam tidur
tapi sebenarnya mati. Hanya satu je boleh hilangkan/hapuskan cursed tu melalui ciuman
sejati. So, best jugak lah layan. Sape-sape yang ada adik perempuan/anak perempuan 
yang suka layan cerita fairy tale, memang sesuai sangat bawak dorang pergi tengok ^^

Nak tahu lebih lanjut, layan sendiri kat cinema. Nanti nak layan Transformers 5 lah ! 
Macam best je trailer dia.. Oh my bumblebee : 3 

Okey enough dengan trailer jadian oleh aku pasal movie Maleficient ni, so sekarang nak 
cerita apa yang berlaku kat cinema tadi. Aku mula-mula hairan lah, kenapa ramai sangat 
kaum-kaum Adam yang tengok movie ni, sebab movie ni kan bukan macam action movie tuh.
Fairy tale kowt =.= Layan kartun jugak ke mamat nih ! haha

So, kat depan aku ni, ada lah dalam 5-6 kaum Adam yang macam baru 1st time masuk
panggung wayang. Sedihh aku tengok. Tang bagi salam bila masuk cinema tu tak kesah lah..
Tapi tang buat darat/kelaut sangat tu apa kes ?!


Kalau biasa-biasa tak hape lah, ni over sangat ==' Dia buat macam cinema tu ayah saudara 
dia punye ! Huh ! Aku bab macam ni lah pantang sangat kalao masuk cinema T.T Derr, relaks
dah laaa.. Kalo 1st time masuk cinema pun, jangan obvious sangat. Buat malu kaum jer.
Tu mujurlah tak ada kaum lain, .. Ya Allah, memalukan laaa.. 

Tu tang bahagian depan aku. Yang bahagian belakang ni pun apa kurangnya. Tapi aku tak
ada masalah mana pun. Cuma, beradab lah sikit akak yer ^^ Aku guna 'akak' sebab yang 
cari pasal dengan taiko ni which is me, ialah perempuan. Kalo nak keluar pergi tandas ke, 
janganlah dipegang/ditarik kerusi orang depan ni.. Aku yang tengah syokk layan movie 
pun panas sekejap. 

Kalo sekali dua tu boleh tahan, ni dah macam lebih-lebih pulak. Aku tak tahu lah tu maybe 
habit dia bila masuk cinema ke hape ==' Akak yang duduk sebelah aku ni pun dah macam 
'berasap' je dengan perempuan tu... . 


Sebenarnya, macam-macam ragam kita jumpa kalau masuk panggung wayang ni kan..
Aku tak ambil ni serius sangat sebab memang typical malay macam tuh ^^ 




Rezeki Berblogging

4 comments:
Assalamualaikum.
Alhamdulillah Ya Allah. Penantian hampir sebulan berhasil jugak ^^ hehe Masa hari Ahad haritu, aku ada dapat call dari Abg Poslaju, dia tanya rumah aku kat mana ? 1st time kot ada posman call aku nak tanya rumah kat mana ==' Lawak pun ada jugak ! Tapi aku tak ada kat rumah, so dia tinggalkan je barang tu, so esok aku kena ambik kat pejabat poslaju.

Disebabkan tahap kemalasan yang melampao, aku tunggulah jugak my mom yang pergi ambik ! Mcm tak hado guna jer lesen kereta aku >.< haha So, tadi dah dapat !! yeah


Yeah ! Dah la dapat warna putih !!! Hati mana tak senang weyh ^^ Boleh tahan berat jugak 'kepala' jam ni.. Aku ingatkan battery tak ada sebab jarum tak bergerak pun, rupanya jarum saat tak ada haha Apa benga* sangat aku nih =.=

Ni merupakan hadiah untuk kemenangan aku dalam GA XOXO Giveaway By Lyn Lyna Target memang nak menang entri terkreatif sebab dapat beg EXO ! Teringin nak ada satu beg EXO XD Tapi alhamdulillah, terpilih jugak as :


InsyaAllah, ada kesempatan nanti, aku review online shop K-Kiomi Market . Tadi aku dah usha barang-barang kat sini, sungguh tak tipu ! Harga ditawarkan lebih murah berbanding online shop kpop yang lain yang mmg lebih famous ! Sunggu tak tipu ^^ Nanti aku review.

Dan tadi, syok-syok melayan Beast Showtime EP 5, ada bunyi hon ! Poslaju lagi : D Mak aku dah tahu, barang tu mesti yang aku punya Hahaha


Ni pun boleh dikatakan penantian ^^ hehe Dah lama GA ni tamat tapi Sis Amirah busy . Biasalah kan, nama pun student . So tadi dah selamat sampai hadiahnya. Cookies ni boleh dijadikan bekalan untuk sambung belajar nanti .. haha Menang pun sebab aku ni salah seorang drpd 10 peserta terawal ! GA : Couple Chocolate Cookies Contest

Dan tadi, menang topup RM 5 !!! Jimat duit omma dengan appa kan ? haha  Alhamdulillah, tak sangka jugak menang. Sape yang belum check, klik S I N I Mana tahu anda salah seorang pemenang bertuah tu kan ? ^^

Kesimpulannya, rezeki Allah tu luas . Jangan lupa menyebut alhamdulillah dengan segala nikmat, rezeki yang Allah limpahkan. Kalo tak menang, sebut alhamdulillah, kalau menang, sebut jugak alhamdulillah. InsyaAllah, pintu rezeki kita diluaskan olehNya.Yang penting, jangan merasa dengki dengan rezeki orang lain, seeloknya, berfikir positif. Peringatan untuk diri sendiri jugak ni ^^ hehe


Di Review, Twice

6 comments:
Assalamualaikum semua..
Tinggal 17 hari lagi sobs sobs >.< Eksited nak sambung belajar and masuk alam universiti , tapi sedih sebab im gonna miss my home so so much plus nanti mesti jarang nak blogging .. haha even nanti lappy menjadi peneman sejati ^^

Well, semalam alhamdulillah dua kali blog ni di-review. Tak sangka ada jugak yang sudi review blog ni yang semakin hari semakin hambar je tanpa berupdate .. . Sebenarnya, aku aktif kat blog satu lagi.. GA's Sections : 3rd Blog Sekarang dah masuk musim GA, Segmen, Contest kan, so sape lagi nak lepas peluang cuba nasib ^^

Boleh baca selanjutnya di entry > S I N I <<

Thank you so much dear adik Intan ^^ Tak sangka pulak terpilih untuk direview.. Aku tak tahu pun aku terpilih as pemenang MRB ! Aku ni pun terfikirlah, apa maksud M R B tu.. Oh.. May Review Blog rupenya.. haha Ingatkan apa tadi.. Btw, thanks again.


Bog Title : The Parisophobia
Blog url : http://luvmywonderland.blogspot.com/
Owner : Intan Amani
Extra(s) : UPSR candidates, 12 y/o , on semi-hiatus, busy with preparations for UPSR

Blog Intan pun apa kurang cun kedabomm lawanya ! Sangat kemas, dan akak suka cara adik appreciate hasil kerja orang lain.. I mean, ruangan credit blog Intan.. Tak ramai yang kenal erti PENGHARGAAN ni.. So, keep it up okeyh.. Ramai yang rela menjadi copycat dan copy paste punya orang.. ^^


Boleh baca selanjutnya di > S I N I <<

Hah ! Ni lagi satu .. Terima kasih Alan sudi review blog kak Anies ni.. Terima kasih jugak atas
pujian tu.. hehe ^^ Kemain pandai dia puji hah.. 9 out 10 ??? Kenapa tak 10 je ?? hehe Sis
gurau jer Alan.. Tapi, aku lagi jeles dengan blog dia sebenarnya.. nak tengok ?

Ni headernya yang memang menggugat iman-kejelesanku >.<


Dan yang ni screen shot blognya.. so so jeles dengan blog Alan.. lawa sangat.. Memang
sudah berkenan di hati ni.. Orang kata, jatuh cinta pada pandangan pertama ! haha


Bog Title : Mr.Right Blog's
Blog url : http://mrrightonblog.blogspot.com/
Owner : Muhammad Nurazlan a.k.a Alan
Extra(s) : 16 y/o , InsyaAllah Arkitek to be, orang Taiping ^^ born on May 28th 98

Blog Alan ni memang dah menjadi one of my favourite list lah ! Bukan senang aku nak suka/adore blog someone tuh.. Tapi yang ni memang tak tipu .. betul-betul adore sangat blog Alan.. Lagipun, kite geng biru kan ? XD Tenang sangat masuk blog ni.. Tak serabut.. InsyaAllah, nanti memang nak masukkan blog Alan dalam bloglist Kak Anies, tu pun bila blog ni dah bertukar kepada Simple Template Pray for me .. hehe

Okey tu sahajalah bebelan kita pada hari ni.. Nanti insyaAllah sambung cerita lain pulak.
Tak janji tapi insyaAllah lah kan.. Thanks semua sudi stop by and i really appreciate it <3