Road to Lesen P : Part 2

Assalamualaikum. Yeah ! Aku masih di sini menghantui ruang dashboard mu ^^ Lambat lagi aku nak menyepi, .. pertengahan bulan Jun nanti hiatus lah aku. Waeyo ?? Baca kat sini >> SINI . Dah baca keep going.. Kalau belum baca, baca lah dulu.. . hehehe

Hari tu.. walaupun dah berjaman lamanya entry ni.. . Aku nak sambung untuk part 2. Apa
yang terjadi pada part 1 ? Baca kat sini >> S I N I . Ini merupakan perjalanan aku untuk mendapatkan lesen P. Semalam, 21 Mei 2014. Genap setahun sebulan aku dapat lesen P. Nikmat dapat lesen sendiri ni lain weyh.. Lain sangat. Mission accomplished ^^

Ujian Berkomputer : The first and the last try . 


Alhamdulillah sekali ambilk je.. Aku dapat 47/50 . Lulus 42/50 Okey lah kan ? haha Sebelum aku capai result yang 'membanggakan' tu, ada satu peristiwa yang menyayat hati. Hari sebelum ujian tu, omma dah cakap awal-awal, pergi pagi lah esok. Sebabnya ada dua sesi.. Pagi dan petang. Pagi tu start pukul 8 sampai 12 kowt. Petang, pukul 2 sampai 4 petang. Apa yang aku buat hari sebelumnya ?? Blogging, facebook, .. layan game.. ??

Baca buku kuning ?? Setakat belek 2-3 page boleh la.. Mula-mula focus kemain nak habiskan buku kuning tu.. . Jawab semangat ni.. Macam jawab exam sebenar. Lama tu, dalam 5 minit.. . fikiran ni dah melayang .. . hanyut dah .

Hasilnya, terpaksa pergi petang ==' Tambah dengan bebelan omma . huiih ! Boleh tahan jugak tazkirah omma pagi-pagi hari. Sentapp mak ^^ . Then, baru lah aku start study satu buku tu.. Huh ! Jenuhh nak habiskan.. Bosan giler ==' Mind set aku : takkan nak ambik dua kali.. malu la weyh.. berkorban sikit.. .

Sampai je kat tempat nak ambik ujian tu, adalah dalam sepuluh orang perempuan plus sorang lelaki. . ... Most of them, budak sekolah, tapi muka dorang mature lagi dari aku. Aku pula rasa yang aku ni lebih 'adik' dari dorang. Muka kanak-kanak ribenna kan. bhaha Okey, lama juga nak tunggu .. Kena tulis nama dulu then tunggu giliran. Omma dah balik maka tinggalah aku sorang diri.. .

10 minit.. .. .

15 minit .. .. .. .. .

20 minit .. .. .

Nur Anis S******* Am******* .. Finally.. giliran aku. Masuk dalam bilik tu. Baca basmallah dulu tau.Tetiba jantung ni berdebar. Macam nak seat exam SPM pulak ==' Serius tak tipu.

Aku dapat komputer no.6 . Aku pun mulakan 'peperiksaan' aku tu.. Soalan pertama pun aku dah blank.. Soalannya yang ada tunjuk bentuk 2D .. Macam triangle. Circle.. rectangular.. Tapi , yang aku list ni dalam BI kan, soalannya dalam BM. Aku nih macam, weyh.. Segi empat sama yang mana satu ?? Segi empat tepat ?? tiga penjuru ?? Anyone ?. ..

Waktu tu aku rasa, aku lah manusia yang paling 'cerdik' . Beku otak aku . Kalau cg. BM aku waktu sekolah rendah tahu ni, tak ke menangis 3 hari 3 malam .. haha Apalah, bentuk yang basic macam tu pun aku kompius. Masa limit 3 minit rasanya.. Malu lah kalau soalan no.1 dah salah kan. Tapi, aku berjaya jugak jawab . Fuhh .. .

Sampailah ke soalan seterusnya dan seterusnya.. Rasa best pulak lama-lama. Macam tengok movie pun ada **menipu kat situ * : P

Aku siap bersela lagi atas kerusi tu.. Bukan main santai je. Ala, masa dia bagi tu panjang lagi. Nak buat apa gaduh-gaduh.. . Habis je jawab.. Aku double check.. Ada lah 2-3 soalan yang aku tak yakin jawapan nya apa.. Hentamm sajalah.. ^^

Dah siap hentam tu.. Tadaaa . Siap pun.. Tak lah lama mana aku jawab. Tak sampai setengah jam pun.. Soalan not bad laa. Ada yang senang ada yang sedarhana. Nak kata susah tu tak adalah.. melainkan korang tak study langsung buku kuning tu. hehe So, make sure study betul-betul dulu. Pastikan study satu buku. Jangan menyesal sudahh..

So, tips untuk menduduki exam komputer ialah :

1. Buat latihan dan baca dua buku tu : buku kuning dan buku oren
2. Kenal pasti bentuk-bentuk papan tanda sebab biasanya kita akan konfius
3. Jangan amalkan amalan, "tak tahu, tembak .. " Takkan nak ambik dua kali kot ^^
4. Jangan meniru bila time exam.
5. Sebelum masuk bilik tu, baca basmallah dulu.
6. Jangan terburu-buru nak habis jawab. Make double-check. Selagi masa ada, manfaatkan sebaik mungkin.
7. Kalau rasa akan bosan bila nak tunggu giliran tu kan, bawa siap-siap buku kuning tu. Sebelum masuk boleh la refresh balik. Jangan risau, dalam bilik tu nanti, korang akan bawak
diri je.. Beg galas, handbag, beg mekap ke, tinggal kat luar ^^ Harap maklum yee. ... .
8. Yang paling penting sebenarnya ialah, katamkan dua buah buku tu je ! Dah katam, jangan buat-buat lupa .. belek la 2-3 kali.. Sebab soalan yang keluar tu pun, semua nya datang daripada buku kuning tu.. Jangan hafal jawapan je ^^ Baca soalan tu jugak.

Tapi no worries laa.. Markah nak lulus tu 42. Soalan ada 50. Ada 3 bahagian. Bahagian A untuk soalan basic.. Nak tengok mata kita ni kenal warna ke tak .. Macam tu je.. Cuma bahagian B ngan C tu sedarhana susah.. Tak lah susah mana..

Rasanya tu jelah kot.. Kalau ada tersilap, minta diampunkan ^^ Sebab aku ambik exam komputer ni bulan februari.. Sekarang dah bulan mei.. Tahu-tahu jelah.. Memori aku tak lah secergas dulu.. 5 bulan duduk rumah ternak lemak ^^ Macam mana nak aktif ?? =='



No comments:

Post a Comment