IPTA Ke IPTS ???

Assalamualaikum semua. So, IPTS ke IPTA ?? Kenapa pilih IPTS dan kenapa korang pilih IPTA ?? Sebab IPTA ni famous.. IPTS ni macam tohor-tohor je.. . Ke sebab IPTA ni kurang guna duit tak macam IPTS .. Kikis duit je tahu ==' Alaa, biasanya, IPTS ni untuk orang banyak duit je.. Then kalau tak dapat UPU, mesti semua campak kat IPTS. Kalau IPTA ni pulak, semua yang masuk dapat UPU, then untuk budak yang cerdik top pandai jee.. . Kan ? Eh , betul ke ???!

Setuju tak kalau aku cakap, IPTS dengan IPTA ni, dua-dua guna duit. Dua-dua famous dan dua-dua ni memang untuk both yang pandai, serdahana pandai dan kurang pandai ?

Sebelum tu, macam mana nak bezakan sama ada IPTS ataupun IPTA ? Senang jer. .. Semalam aku ada pergi seminar kerjaya kat Uitm Dungun, penceramah tu cakap, kalau nak bezakan IPTS atau IPTA, kalau IPT tu ada dalam UPU maksudnya tu IPTA. Cuba korang fikir, Uitm ada tak dalam list masa nak isi UPU hari tu ? Adakan ? So Uitm ni IPTA lah.. Yang tak ada contohnya macam, KPTM, KTTM, Unikl, Unitar, Uniten dan seangkatannya lah. So dah tahu macam mana nak bezakan ??

IPTA ni stand for what ? 
IPTA maksudnya : Institusi Pengajian Tinggi Awam.
IPTS ni pulak stand for : Institusi Pengajian Tinggi Swasta .

Senang cakap, IPTA ni kerajaan dan IPTS ni macam private school lah. Dimiliki bukan kerajaan. Anda faham ?

Dalam seminar tu, baru aku tahu banyak menda. Alhamdulillah aku gagahkan diri jugak nak pergi walaupun dalam hati ni malas nak mampu* ^^ Apa yang aku ingat, penceramah tu cakap, ramai di antara kita ni iaitu golongan lepasan SPM , malas nak buat research. Sibuk dengar cakap orang. Kawan kata ni ikut. Kawan kata tu ikut =='



" Weyh, kawan aku cakap, tempat tu tak bagus. Dia cakap, tak ada life belajar sana.
Jom lah masuk sekali dengan aku kat sini. Baru ada geng kalau nak buat 'projek'. "

"Eh, kau tahu tak, kakak aku dah masuk situ. Hampehh betul ! Dah la peraturan ketat
nak mampu* ! Menyesal dia masuk sana kau tahu ! Tak payah la weyh .. .
Tak best kat sana. Percayalah !!!"



Hah ! Tu lah kite kan (termasuk aku) . Sibuk sangat percaya dekat orang. Yang nak belajar tu kita ke dia ? Kita ke kakak dia ?? Sentapp mak tau bila penceramah tu cakap macam tu Bagi aku semua tempat tu sama je. IPTA ke IPTS ke kolej komuniti ke.. . As long as kita berusaha, belajar dalam hutan pun boleh berjaya tau. Semua bergantung atas niat, usaha kita sendiri. Tak semestinya kalau belajar kat IPTA/IPTS tu semua boleh berjaya. Kalau tak, tak ada nya penganggur graduan dlm negara

Apa yang aku dapat melalui seminar tu jugak, jangan tertipu dengan result SPM kita. Si A dulu masa exam, nak dapat A satu subject tu macam nak tunggu ayam jantan bertelur. Kalau kumpul C ke D ke boleh lah. Bila time result SPM sebenar keluar, perhhh! Dapat straight A !! Mana tak pecah suara tu duk menjerit keliling kampung !!

Dia pun decide nak pilih masuk UiAM buat asasi . Result last sem, hancossss ! Kenapa ?? Sebabnya, kalau korang fikir, masa exam biasa kat sekolah, kita tahu kan markah kita berapa. Kalau B dalam 60%. Tapi time SPM, ada tak markah yang kita dapat tu? A tu sebenarnya berapa ??? 100% ke ? Ke 80 ?? Ke 65% ? Ha.. Tak tahu kan?

Semuanya bergantung kepada gred purata seluruh Malaysia. So, tak semestinya yang A tu 90% above. So kalau korang rasa masa exam biasa , biasanya dapat D then bila SPM dapat A, ada something wrong tu ^^ So, sebelum decide nak ambil aliran apa, baik fikir betul-betul . Masak sehabis mungkin. Jangan sampai hangus dan menyesal sudah.




2 comments:

  1. tak kisahlah kita belajar kat mana,as long as there's a will,there's a way right?hehe. Betul tak? niat nak belajar tu yang penting :D

    ReplyDelete
  2. good luck dik :) jgn pts asa . tapi uitm dgn poli ada sesi second intake . kalau masih nak mohon dip ipta . mohon laa julai nanti rasanya . kena kerap chek laman uitm n poli . anyway . belajar mana22 sama je . usaha kena ada :)

    ReplyDelete