Ada Apa Sebenarnya Dengan Korea ??

Assalamualaikum. Baru perasan macam tajuk movie pulak kan ? Ada apa dengan cinta ? Tapi
kali ni, ada apa dengan Korea ? Well, zaman kegemilangan negara tu dah lama naik. Kita je tak perasan ==' Ye ke ? Laa, yang drama Winter Sonata tu ? Bukan dari Korea ke ...

Aku ni nak kata kedaun, kesewelan kegilaan kat Korea tu, bukan. Aku just amazed dengan negara ni. Bagi aku, Korea Selatan dengan Jepun ni tak jauh beza pun.. Dari segi orangnya, pembangunan, teknologi, budaya , semua lahh. .. tak jauh beza sangat. Patut la negara dorang ni ramai orang respect. Apa yang bagus sangat Korea Selatan ni ?

Disebabkan tiada idea nak karang pasal apa, tadi tiba-tiba aku tengok header blog ni .. .


Apa yang korang nampak ? Artis korea lagi kan.. .
Salah ke kalau aku nak letak gambar dorang as my header ??! Im Just A Fan ==' Ramai salah anggap. Aku tak marah pun even macam marah kan ^^  haha Aku just bias them. Aku bukannya hardcore , hard die fans tu.. or also known as sasaeng fans .. Tak sampai tahap 4 tu lagi... . Minat aku dekat dorang ni masih boleh dikawal.

Aku minat dorang sebab bakat yang dorang ada. Kalau bab rupa paras, body, sixpack semua tu.. Bagi aku tu bonus . Even ramai idol korea ni selalu cocok sana, cocok sini, or plastic surgery.. . itu bukan sebab aku nak benci dorang. Tak salah nak minat. Tapi jangan lah sampai menda yang dilarang agama : merubah rupa paras bukan disebabkan kemalangan , saja-saja nak buat sebab dah tak yakin dengan ciptaan Allah.

Kalau dorang minum arak, berjudi, berdisko, clubbing, tattoo sana sini.. jangan lah ikut. Jangan sampai kita boleh mempermainkan larangan agama. Minat sangat, sampai sanggup buat ! Jangan terlampau taksub ==' Tak salah nak berhibur..

Tapi berpada-padalah.. . Ramai orang yang tanya aku, :

"kenapa minat sangat dengan group kpop?" 
"kenapa dorang ni suka sangat tunjuk body? tahulah ada sixpack!"
"Eh, kau minat sangat lagu kpop tu kan.. Kau faham ke maksud lagu tu apa? Mana tahu
ada mencarut ke.."
"drama Korea ni semua sama. ! dah lah muka fake ! Plastik je semua nih. Kau layan
setiap episode, last-last kau tahu juga kan ending dia macam mana.."

Sape pernah kena ? Kalau kpopers mesti pernah kan ^^ Ada je 'wartawan' jadian yang duk tanya soalan macam ni. Bagi aku dorang curious je tuh.. hahaha Tak kenal maka tak cinta. Bosan lah awak tanya soalan ni. Tapi tak apa, meh aku tolong jawabkan. Nak tahu sangatkan kenapa .. !

Salah satu sebab aku minat dekat group korea ni sebenarnya .. datang dari lagu yang dorang nyanyi tu.. tarian yang dorang persembahkan masa nyanyi lagu tu.. Kalau bonus, rupa paras dorang yang hensem tu,.. bahaha Eh ! Ada je yang tak hensem okey. Tapi suara best.. garau-garau maskulin gituh.. macam T.O.P Big Bang. Dulu gemuk giler, tapi sekarang dah ada sixpack : O hehe

Yang tang tunjuk body tu bagi aku , sebab dorang ada body cantekk lah ! Kalau perut boroi, ada ke nak tengok ?? Satu lagi, sebab nak tarik perhatian ==' Baru ramai girlfans ^^

Yup ! Mula-mula memang tak faham satu habukk pun apa yang dorang nyanyikan tu.. Pasal girlfriend dia ke.. pasal mak kawan dia ke.. pasal putus cinta ke.. Tapi, youtube kan ada ^^ Lagi satu, bahasa Korea ni best lah.. Bukan setakat layan je lagu Korea ni.. Lagi satu, boleh tambah bahasa ke-3.. Bahasa Korea..

Aku tak nafikan drama korea ni ada yang jalan cerita nya sama je.. Sama pun sebab genre yang sama.. Kalau pasal history , action, melodrama.. bagi aku tak semua sama pun. Aku cakap ni sebab pengalaman.. Bukan layan drama romantic je.. Lagi satu, sebab hero, heroin dorang comel pastu suka tengok kehidupan orang Korea ^^ Plus, boleh tambah ilmu pengetahuan pasal sejarah negara sana.

Lagi satu pasal negara Korea yang aku suka sangat-sangat ialah panggilan.

Omma, appa, haraepueji .. haha tahu salah eja.. hyung .noona ,,..
dongsaeng.. . sunbae.. sunbaenim.. .

Semua lah. Rasa best pulak kalau kat negara kita macam ni. Rasa hormat antara satu sama lain kat Korea tu sangat-sangatlah tinggi. Kalau korang tak guna dalam perbualan korang dengan senior korang contohnya, mesti korang kena cop sebgai kurang ajar. .. biadap .. Baguskan ?? ^^

Oihh ! Kemain panjang pulak aku karang . hehe Tapi, yang ni memang datang dari hati.. patutlah panjang.. tak hado tokok tambah.. . Kesimpulannya , yang baik ambil menjadi contoh/ikutan, yang tak baik tu, janganlah diikutkan.. Jadikan sebagai teladan . Maaf sekiranya, ada penggunaan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan.



4 comments:

  1. setakat kena bash tu banyak kali kena :-(
    sabar jelah...

    ReplyDelete
  2. Hi . Yeah memang banyak kali penanya penanya tak beradab tanye why suka ke kpop . huh . Kalau Ainur buat dono je . Lantok aku yang yg mendengar bukan aku pinjam telinga hang . haha . Yeah kita kan peminat standard (kpopers low low ) . Haha . Stay strong :D

    ReplyDelete
  3. salam. ni mesti peminat korea ni kan hehe

    ReplyDelete
  4. perghh kawan kite banyak yg tanya macam tu. buat dunno je. dah aku suka engkau peduli apa ? hahahaha. PEACE

    ReplyDelete