1st Time Aku Benci Tengok Heroin Drama Korea

Sebelum tu, Salam satu Rejab buat semua muslimin dan muslimat. Korang puasa tak 
hari ni ? Takpe kalau taksempat hari ni, esok lusa kan ada lagi. InsyaAllah kalau 
dipanjangkan umur. So, bara api dalam badan aku semakin membara dah ni bila 
teringatkan heroin satu drama Korea ni. Bukan main menyampah lagi aku dengan heroin 
ni. Aku pun taktahu kenapa hati dia ni busuk binti kering sangat. Tahniah ! Anda 
berjaya buat saya benci kat ko ! Sape layan One HD, mesti ada tengok drama ni kan ?

<< Poster creditkan kepada owner asal >>

Aku pun taktahu kenapa aku layan jugak cerita ni even taksuka kat heroin. Ahah! Sebab 
aku suka tengok hero dia. XD Tapi, hero ni terlampao baik sangat. Ni pun aku geram 
jugak. Aku tengok drama ni start pada episode 7 kalau tak silap. Ke episode 6. Entah lah. 
Aku layan lah jugak sebab sambil online, duduk sorang-sorang kat ruang tamu, tengah 
malam, mana tak seramm wooah kalau tak bukak tivi. Ngehehe. 

Tak kan korang takpernah buat kan ?? Semalam, aku tengok movie ni online . Sebabnya, 
memang aku nak tahu sangat apa dah jadi kat hero ni ( tak hengatt nama hero ) lepas dia 
tahu anak dia mati :( Cerita ni pun suka buat aku nangis .. .

Sorang-sorang layan feeling best jugak. Rupe-ruphenya, ramai jugak yang menyampah 
tengok heroin ni. Memang tak kenang budi lah. Aku ada baca sinopsis, kalau tak silap 
heroin ni mati jugak last-last nanti. So, aku tengah gigihkan diri habiskan semua episode 
drama ni. Sape lah directornya, selalu bagi orang yang baik-baik mati. Oh, Yunho TVXQ 
pun berlakon dalam drama ni. Aku pun benci jugak dia sebab percayakan sangat betina 
heroin ni. Huh ! 

Kalau korang nak tahu macam mana perasaan aku ni, free free tu boleh laa layan drama 
ni. Aku tengok online kat website ni : D R A M A L O A D Jangan risau, drama ni dah 
habiss dah siarannya kat Korea. Semua episode ada 24 . Nak sambung balik tengok 
cerita ni.. Bertambahlah benci aku kat heroin tu !




2 comments:

  1. Tak pernah dengar drama ni, nama je k-drama lover :P
    kalau best nak tengok tapi banyak sangat eps dia

    ReplyDelete
  2. jangan risau , nanti sakit hati tu hilang :P dah habis dah tengok k-drama ni . sakit hati je dengan Joo Da Hae tu -.-

    ReplyDelete