Apa Itu Page Source ???

4 comments:
Assalamualaikum semua.
Hari ni, aku baru lah tahu bahawasanya, apa itu makna P A G E  S O U R C E ! Aku rasa ada je yang geng sekali dengan aku kan ? ^^ hehe Ni aku nak cerita, apa itu page source ? Korang perasan tak, most of the bloggerians mesti mention dalam blog dorang :


Please jangan bukak page source saya !
Mohon memahami. Janganlah buka page source blog ni .
Bukak page source aku ? Allah Maha Mengetahui. Kau tangguh la sendiri balasanNya !

Perkataan jangan tu sepatutnya diubah. Gantikan dengan Bukalah/Silalah . Kenapa ? Lumrah manusia. Yang dilarang tu lah yang nak dibuat. Orang kata jangan, makin dia bertegas nak buat. Betul tak ?? Percayalah.. Tak payah ambil contoh jauh-jauh, kita sendiri je.

" Amin, jangan panjat pagar tu .. nanti jatuh , sakit . "
" Sila jangan tekan link ni .. "
Jangan scroll down, atau anda tahu akibatnya "

Baik kita tukar perkataan 'jangan' tu kepada buat lah.. kalau nak mampuss ! buatlah kalau :

" Amin, panjatlah pagar tu.. Bila jatuh nanti, pandai-pandailah ko bawa diri pergi hospital. "
" Tekan link ni.. Maut menanti mu "
" Sila scroll down, anda pasti akan takkan menyesal "


Hah ! Kang lebih baguss. .. yang ditegah tu lah yang dikejar, dibuat, diamalkan .. Manusia.. manusia .. Tak pernah nak serik ! Perasaan ingin tahu membuak-buak.

Curiousity killed the cat

So, sama macam isu kat atas tu. Jangan bukak page source blog ni.. Aku yakin nanti korang mesti buat jugak kan ? Sebenarnya page source ni macam satu halaman yang penuh dengan code css/html blog kita.

CTRL + U

Cuba korang tekan CTRL + U serentak. Nanti akan keluar pop-window yang penuh dengan code semua. Kalau yang tak biasa main code, mesti akan rasa mual/pening. Hah ! Itulah page source. Melalui page source ni, orang boleh copy bolat-bolat design blog kita. Tapi still lagi kena edit. Ni dikira sebagai satu 'jenayah' siber kowt.. hehe Suka hati aku jeh..

Tapi, consider lah sikit perasan orang lain yang penat lelah, susah payah edit blog/skin tu, senang-senang je korang ciplak hasil kerja dia. Kejamm sangat tu weyh ! So sila-silakan diri anda untuk bukak page source blog aku nih ^^ Aku tak rugi apa-apa pun..

Cuma, hermm.. lantak lah.. korang tanggung lah sendiri azab kat neraka nanti ^^


Logo EXO Telah Diubahsuai !

1 comment:
Assalamualaikum.. .

Semalam 25 dan hari ni 26/5 , semua lepasan SPM yang memilih matrik sebagai tempat pengajian mereka telah selamat mendaftar .. macam formal jer ==' hehe Well, tahniah for those matriculations goodluck ! Alah, dua sem je kan ?? Ke empat sem ? Sekejap je tuh : D

So,tinggalkan kisah matrik now masuk cerita sebenar. Disebabkan, sejak kebelakangan ni busy mengedit blog sebab nak tukar kepada denim/simple template , tapi sampai sekarang hasilnya tak membuah kan hasil =.= Tambah pulak dengan mood malas nak blogwalking tuh.. Terima kasih banyak-banyak yang sudi singgah blog ni N tinggal jejak kat cbox.

Even, ada je silent readers yang tak pernah tinggal jejak langsong ^^

Tadi, bosan. Hari-hari bosan sebenarnya. So, aku dah renovate/mengubah suai logo EXO kepada logo CN BLUE ?? Eh, jangan ada yang bash aku pulak.. Aku buat ni sebabnya aku minat EXO dengan CN BLUE dengan SHINee dengan .. hah ! Kan list semua tak cukup ruang kang .!

Ni lah hasilnya.. walaupun senang giler nak buat =='

Cantek tak cantek tak ?? haha Senang je.. nak buat.. Okey, so now aku dah tak skip entry..  Adalah jugak satu entry untuk hari ni ^^ hehe . Oh sebelum tu, aku guna dua bahan ni jer.. aku edit guna photoshop cs6 > clipping mask > rujuk tuto clipping mask.



So, aku manfaatkan logo tu untuk jadikan favicon untuk blog ni .. hehe Walaupun tak clear mana kan.. asal nampak yang besar kedabakk kat atas tuh dah cukup ^^


Misi Menternak Lemak, Berjaya !!!

2 comments:
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah.. aku tak tidur lagi,.. . hihi Nak tidur tapi perut ni ya Allah meragam pulakk.. buat mogok lapar daaa =.= So, apa lagi, jom serbu dapur.. tengok kat dalam peti ais :

tak ada makanan pun nak makan.. tadi dah makan pizza dua slice tapi still tak cukup. Peti ais penuh dengan air kotak milo je ^^

Tak nak minum.. nak makan..

Tengok kat bahagian freezer, ada ayam crispy yang kena masak 20 minit tu ==' Pastu ada kentang goreng yang kena masak 15 minit tu.. godek-godek jumpa bebola ayam... Tutup peti ais.. . buka kabinet tepi.. jumpa :

Aissh.. takkan nak makan maggi.. hari tu dah makan.. maggie ni kalau nak tahu kan, dia ambil masa lebih kurang dua minggu untuk hadam.. Baru 3-4 hari lepas makan.. tak sempat nak 'buang' dah masuk yang baru.. ^^ Apa kes ?! So, Maggie OUT !

Setelah berfikir dengan waras, aku pilih laa bebola ayam tu, dengan telur dengan daun sup. Okey.. cukup lah tu . tengok lah jam pukul berapa weyh =.= Nak tengok tak hasilnya :



Jajangg !!! Walaupun gambar tunggeng langgang *bak kata org ganu* ada aku kesahh ??!  haha Aku malas nak pegi edit.. so biarkan jelah.. Senang je nak buat.. boleh try kalo-kalo tengah lapar ke kan. nak nak kalau jam sekarang ni ^^

So.. bye bye.. nak sleep tight pulak.. Anyeong .. .



Ada Apa Sebenarnya Dengan Korea ??

4 comments:
Assalamualaikum. Baru perasan macam tajuk movie pulak kan ? Ada apa dengan cinta ? Tapi
kali ni, ada apa dengan Korea ? Well, zaman kegemilangan negara tu dah lama naik. Kita je tak perasan ==' Ye ke ? Laa, yang drama Winter Sonata tu ? Bukan dari Korea ke ...

Aku ni nak kata kedaun, kesewelan kegilaan kat Korea tu, bukan. Aku just amazed dengan negara ni. Bagi aku, Korea Selatan dengan Jepun ni tak jauh beza pun.. Dari segi orangnya, pembangunan, teknologi, budaya , semua lahh. .. tak jauh beza sangat. Patut la negara dorang ni ramai orang respect. Apa yang bagus sangat Korea Selatan ni ?

Disebabkan tiada idea nak karang pasal apa, tadi tiba-tiba aku tengok header blog ni .. .


Apa yang korang nampak ? Artis korea lagi kan.. .
Salah ke kalau aku nak letak gambar dorang as my header ??! Im Just A Fan ==' Ramai salah anggap. Aku tak marah pun even macam marah kan ^^  haha Aku just bias them. Aku bukannya hardcore , hard die fans tu.. or also known as sasaeng fans .. Tak sampai tahap 4 tu lagi... . Minat aku dekat dorang ni masih boleh dikawal.

Aku minat dorang sebab bakat yang dorang ada. Kalau bab rupa paras, body, sixpack semua tu.. Bagi aku tu bonus . Even ramai idol korea ni selalu cocok sana, cocok sini, or plastic surgery.. . itu bukan sebab aku nak benci dorang. Tak salah nak minat. Tapi jangan lah sampai menda yang dilarang agama : merubah rupa paras bukan disebabkan kemalangan , saja-saja nak buat sebab dah tak yakin dengan ciptaan Allah.

Kalau dorang minum arak, berjudi, berdisko, clubbing, tattoo sana sini.. jangan lah ikut. Jangan sampai kita boleh mempermainkan larangan agama. Minat sangat, sampai sanggup buat ! Jangan terlampau taksub ==' Tak salah nak berhibur..

Tapi berpada-padalah.. . Ramai orang yang tanya aku, :

"kenapa minat sangat dengan group kpop?" 
"kenapa dorang ni suka sangat tunjuk body? tahulah ada sixpack!"
"Eh, kau minat sangat lagu kpop tu kan.. Kau faham ke maksud lagu tu apa? Mana tahu
ada mencarut ke.."
"drama Korea ni semua sama. ! dah lah muka fake ! Plastik je semua nih. Kau layan
setiap episode, last-last kau tahu juga kan ending dia macam mana.."

Sape pernah kena ? Kalau kpopers mesti pernah kan ^^ Ada je 'wartawan' jadian yang duk tanya soalan macam ni. Bagi aku dorang curious je tuh.. hahaha Tak kenal maka tak cinta. Bosan lah awak tanya soalan ni. Tapi tak apa, meh aku tolong jawabkan. Nak tahu sangatkan kenapa .. !

Salah satu sebab aku minat dekat group korea ni sebenarnya .. datang dari lagu yang dorang nyanyi tu.. tarian yang dorang persembahkan masa nyanyi lagu tu.. Kalau bonus, rupa paras dorang yang hensem tu,.. bahaha Eh ! Ada je yang tak hensem okey. Tapi suara best.. garau-garau maskulin gituh.. macam T.O.P Big Bang. Dulu gemuk giler, tapi sekarang dah ada sixpack : O hehe

Yang tang tunjuk body tu bagi aku , sebab dorang ada body cantekk lah ! Kalau perut boroi, ada ke nak tengok ?? Satu lagi, sebab nak tarik perhatian ==' Baru ramai girlfans ^^

Yup ! Mula-mula memang tak faham satu habukk pun apa yang dorang nyanyikan tu.. Pasal girlfriend dia ke.. pasal mak kawan dia ke.. pasal putus cinta ke.. Tapi, youtube kan ada ^^ Lagi satu, bahasa Korea ni best lah.. Bukan setakat layan je lagu Korea ni.. Lagi satu, boleh tambah bahasa ke-3.. Bahasa Korea..

Aku tak nafikan drama korea ni ada yang jalan cerita nya sama je.. Sama pun sebab genre yang sama.. Kalau pasal history , action, melodrama.. bagi aku tak semua sama pun. Aku cakap ni sebab pengalaman.. Bukan layan drama romantic je.. Lagi satu, sebab hero, heroin dorang comel pastu suka tengok kehidupan orang Korea ^^ Plus, boleh tambah ilmu pengetahuan pasal sejarah negara sana.

Lagi satu pasal negara Korea yang aku suka sangat-sangat ialah panggilan.

Omma, appa, haraepueji .. haha tahu salah eja.. hyung .noona ,,..
dongsaeng.. . sunbae.. sunbaenim.. .

Semua lah. Rasa best pulak kalau kat negara kita macam ni. Rasa hormat antara satu sama lain kat Korea tu sangat-sangatlah tinggi. Kalau korang tak guna dalam perbualan korang dengan senior korang contohnya, mesti korang kena cop sebgai kurang ajar. .. biadap .. Baguskan ?? ^^

Oihh ! Kemain panjang pulak aku karang . hehe Tapi, yang ni memang datang dari hati.. patutlah panjang.. tak hado tokok tambah.. . Kesimpulannya , yang baik ambil menjadi contoh/ikutan, yang tak baik tu, janganlah diikutkan.. Jadikan sebagai teladan . Maaf sekiranya, ada penggunaan bahasa yang kasar dan menyinggung perasaan.



Road to Lesen P : Part 2

No comments:
Assalamualaikum. Yeah ! Aku masih di sini menghantui ruang dashboard mu ^^ Lambat lagi aku nak menyepi, .. pertengahan bulan Jun nanti hiatus lah aku. Waeyo ?? Baca kat sini >> SINI . Dah baca keep going.. Kalau belum baca, baca lah dulu.. . hehehe

Hari tu.. walaupun dah berjaman lamanya entry ni.. . Aku nak sambung untuk part 2. Apa
yang terjadi pada part 1 ? Baca kat sini >> S I N I . Ini merupakan perjalanan aku untuk mendapatkan lesen P. Semalam, 21 Mei 2014. Genap setahun sebulan aku dapat lesen P. Nikmat dapat lesen sendiri ni lain weyh.. Lain sangat. Mission accomplished ^^

Ujian Berkomputer : The first and the last try . 


Alhamdulillah sekali ambilk je.. Aku dapat 47/50 . Lulus 42/50 Okey lah kan ? haha Sebelum aku capai result yang 'membanggakan' tu, ada satu peristiwa yang menyayat hati. Hari sebelum ujian tu, omma dah cakap awal-awal, pergi pagi lah esok. Sebabnya ada dua sesi.. Pagi dan petang. Pagi tu start pukul 8 sampai 12 kowt. Petang, pukul 2 sampai 4 petang. Apa yang aku buat hari sebelumnya ?? Blogging, facebook, .. layan game.. ??

Baca buku kuning ?? Setakat belek 2-3 page boleh la.. Mula-mula focus kemain nak habiskan buku kuning tu.. . Jawab semangat ni.. Macam jawab exam sebenar. Lama tu, dalam 5 minit.. . fikiran ni dah melayang .. . hanyut dah .

Hasilnya, terpaksa pergi petang ==' Tambah dengan bebelan omma . huiih ! Boleh tahan jugak tazkirah omma pagi-pagi hari. Sentapp mak ^^ . Then, baru lah aku start study satu buku tu.. Huh ! Jenuhh nak habiskan.. Bosan giler ==' Mind set aku : takkan nak ambik dua kali.. malu la weyh.. berkorban sikit.. .

Sampai je kat tempat nak ambik ujian tu, adalah dalam sepuluh orang perempuan plus sorang lelaki. . ... Most of them, budak sekolah, tapi muka dorang mature lagi dari aku. Aku pula rasa yang aku ni lebih 'adik' dari dorang. Muka kanak-kanak ribenna kan. bhaha Okey, lama juga nak tunggu .. Kena tulis nama dulu then tunggu giliran. Omma dah balik maka tinggalah aku sorang diri.. .

10 minit.. .. .

15 minit .. .. .. .. .

20 minit .. .. .

Nur Anis S******* Am******* .. Finally.. giliran aku. Masuk dalam bilik tu. Baca basmallah dulu tau.Tetiba jantung ni berdebar. Macam nak seat exam SPM pulak ==' Serius tak tipu.

Aku dapat komputer no.6 . Aku pun mulakan 'peperiksaan' aku tu.. Soalan pertama pun aku dah blank.. Soalannya yang ada tunjuk bentuk 2D .. Macam triangle. Circle.. rectangular.. Tapi , yang aku list ni dalam BI kan, soalannya dalam BM. Aku nih macam, weyh.. Segi empat sama yang mana satu ?? Segi empat tepat ?? tiga penjuru ?? Anyone ?. ..

Waktu tu aku rasa, aku lah manusia yang paling 'cerdik' . Beku otak aku . Kalau cg. BM aku waktu sekolah rendah tahu ni, tak ke menangis 3 hari 3 malam .. haha Apalah, bentuk yang basic macam tu pun aku kompius. Masa limit 3 minit rasanya.. Malu lah kalau soalan no.1 dah salah kan. Tapi, aku berjaya jugak jawab . Fuhh .. .

Sampailah ke soalan seterusnya dan seterusnya.. Rasa best pulak lama-lama. Macam tengok movie pun ada **menipu kat situ * : P

Aku siap bersela lagi atas kerusi tu.. Bukan main santai je. Ala, masa dia bagi tu panjang lagi. Nak buat apa gaduh-gaduh.. . Habis je jawab.. Aku double check.. Ada lah 2-3 soalan yang aku tak yakin jawapan nya apa.. Hentamm sajalah.. ^^

Dah siap hentam tu.. Tadaaa . Siap pun.. Tak lah lama mana aku jawab. Tak sampai setengah jam pun.. Soalan not bad laa. Ada yang senang ada yang sedarhana. Nak kata susah tu tak adalah.. melainkan korang tak study langsung buku kuning tu. hehe So, make sure study betul-betul dulu. Pastikan study satu buku. Jangan menyesal sudahh..

So, tips untuk menduduki exam komputer ialah :

1. Buat latihan dan baca dua buku tu : buku kuning dan buku oren
2. Kenal pasti bentuk-bentuk papan tanda sebab biasanya kita akan konfius
3. Jangan amalkan amalan, "tak tahu, tembak .. " Takkan nak ambik dua kali kot ^^
4. Jangan meniru bila time exam.
5. Sebelum masuk bilik tu, baca basmallah dulu.
6. Jangan terburu-buru nak habis jawab. Make double-check. Selagi masa ada, manfaatkan sebaik mungkin.
7. Kalau rasa akan bosan bila nak tunggu giliran tu kan, bawa siap-siap buku kuning tu. Sebelum masuk boleh la refresh balik. Jangan risau, dalam bilik tu nanti, korang akan bawak
diri je.. Beg galas, handbag, beg mekap ke, tinggal kat luar ^^ Harap maklum yee. ... .
8. Yang paling penting sebenarnya ialah, katamkan dua buah buku tu je ! Dah katam, jangan buat-buat lupa .. belek la 2-3 kali.. Sebab soalan yang keluar tu pun, semua nya datang daripada buku kuning tu.. Jangan hafal jawapan je ^^ Baca soalan tu jugak.

Tapi no worries laa.. Markah nak lulus tu 42. Soalan ada 50. Ada 3 bahagian. Bahagian A untuk soalan basic.. Nak tengok mata kita ni kenal warna ke tak .. Macam tu je.. Cuma bahagian B ngan C tu sedarhana susah.. Tak lah susah mana..

Rasanya tu jelah kot.. Kalau ada tersilap, minta diampunkan ^^ Sebab aku ambik exam komputer ni bulan februari.. Sekarang dah bulan mei.. Tahu-tahu jelah.. Memori aku tak lah secergas dulu.. 5 bulan duduk rumah ternak lemak ^^ Macam mana nak aktif ?? =='



Berita Gembira Buat Blogger

2 comments:
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Even aku sendiri pun dah daftar nuffnang tapi sampaikan
sekarang ni, still lagi tak letak iklan yang encik nuffnang bagi. Entah lah. Dulu memang
nuffnang ni menjadi kegilaan untuk newbie. Nak nak macam aku ni yang tak tahu apa
langsung. Nuffnang tu apa ?? Churp churp tu apa ? Hah ! Heartbeat ? Apa tu ? Bukan ke
tajuk lagu 2PM eah ? haha Jahil tak jahilnya aku dulu. Sekarang , semua dah kenal.


Tahniah untuk blogger yang ada dapat CPUV dengan apa ntah satu lagi. Aku pun tak
faham macam mana korang boleh dapat ^^ Yang dapat ni mesti yang aktif bernuffnang.
Tak macam aku. Dah lupa daratan =='

Dulu-dulu, memang aku selalu terkejarkan nuffnang ni. Tapi earning aku tak pernah naik.
huhu Sadiss betol. Kalau ada blogger yang cakap dah cash out 2-3 kali. Huwaaa !!! Sedih
nya aku. Satu sen pun aku tak dapat . Macam tunggu ayam jantan bertelur lah jawabnya.
Tapi, semalam ada satu berita gembira buat blogger yang ada letak iklan nuffnang
dalam blog dorang. Berita apa ?? Hah ! Ni nak buat kecohh satu blogger ni ^^

Selama ni, nak tahu tak ? Setiap kali aku pergi blogwalking kat blog yang ada letak iklan
nuffnang, mesti aku tak nampak kat mana iklan tu. Aku pun pelik. Aikk! Ke blog aku
sorang je yang ada masalah ni ? Ke komputer aku yang terlajakk uzur sampai tak boleh nak
detect iklan nuffnang ?? Ada juga blogger yang cakap, iklan nuffnang kat blog dorang
tak nampak-nampak. Aku ni 2-3 kali scroll down , scroll up . Nampak tak kesungguhan aku
nak click iklan nuffnang korang ?? Yang ada dpat CPUV tu, lagi lah aku semangat. Nak
support korang kan ^^ Kalau iklan 8share tu, terang-terang dah nampak.


So, semalam. Akhirnya. Iklan nuffnang dah kelihatan ! Tahniah tau. So sekarang ni, senang
lah aku nak nampak iklan nuffnang korang . Senang aku nak datang buat amal jariah.
Sambil-sambil tu, boleh rapatkan ukhuwah sesama sendiri. Kalau aku bosan, memang
aku akan datang menyemakk kat blog korang N kasi gift gituhh ^^ hehe

So, kepada sape-sape yang ada dapat CPUV daripada nuffnang tu, jangan malu-malu
nak suh saya klik okey. Saya tak kisah pun. Ala, tunggu tak sampai seminit pun kan ^^


Sebagai balasan, sila-silalah klik iklan kat blog saya ni. Setakat 0.20 sen, alhamdulillah.
Dapat jugak saya cash out suatu hari nanti. *bila lah tu.. **



IPTA Ke IPTS ???

2 comments:
Assalamualaikum semua. So, IPTS ke IPTA ?? Kenapa pilih IPTS dan kenapa korang pilih IPTA ?? Sebab IPTA ni famous.. IPTS ni macam tohor-tohor je.. . Ke sebab IPTA ni kurang guna duit tak macam IPTS .. Kikis duit je tahu ==' Alaa, biasanya, IPTS ni untuk orang banyak duit je.. Then kalau tak dapat UPU, mesti semua campak kat IPTS. Kalau IPTA ni pulak, semua yang masuk dapat UPU, then untuk budak yang cerdik top pandai jee.. . Kan ? Eh , betul ke ???!

Setuju tak kalau aku cakap, IPTS dengan IPTA ni, dua-dua guna duit. Dua-dua famous dan dua-dua ni memang untuk both yang pandai, serdahana pandai dan kurang pandai ?

Sebelum tu, macam mana nak bezakan sama ada IPTS ataupun IPTA ? Senang jer. .. Semalam aku ada pergi seminar kerjaya kat Uitm Dungun, penceramah tu cakap, kalau nak bezakan IPTS atau IPTA, kalau IPT tu ada dalam UPU maksudnya tu IPTA. Cuba korang fikir, Uitm ada tak dalam list masa nak isi UPU hari tu ? Adakan ? So Uitm ni IPTA lah.. Yang tak ada contohnya macam, KPTM, KTTM, Unikl, Unitar, Uniten dan seangkatannya lah. So dah tahu macam mana nak bezakan ??

IPTA ni stand for what ? 
IPTA maksudnya : Institusi Pengajian Tinggi Awam.
IPTS ni pulak stand for : Institusi Pengajian Tinggi Swasta .

Senang cakap, IPTA ni kerajaan dan IPTS ni macam private school lah. Dimiliki bukan kerajaan. Anda faham ?

Dalam seminar tu, baru aku tahu banyak menda. Alhamdulillah aku gagahkan diri jugak nak pergi walaupun dalam hati ni malas nak mampu* ^^ Apa yang aku ingat, penceramah tu cakap, ramai di antara kita ni iaitu golongan lepasan SPM , malas nak buat research. Sibuk dengar cakap orang. Kawan kata ni ikut. Kawan kata tu ikut =='



" Weyh, kawan aku cakap, tempat tu tak bagus. Dia cakap, tak ada life belajar sana.
Jom lah masuk sekali dengan aku kat sini. Baru ada geng kalau nak buat 'projek'. "

"Eh, kau tahu tak, kakak aku dah masuk situ. Hampehh betul ! Dah la peraturan ketat
nak mampu* ! Menyesal dia masuk sana kau tahu ! Tak payah la weyh .. .
Tak best kat sana. Percayalah !!!"



Hah ! Tu lah kite kan (termasuk aku) . Sibuk sangat percaya dekat orang. Yang nak belajar tu kita ke dia ? Kita ke kakak dia ?? Sentapp mak tau bila penceramah tu cakap macam tu Bagi aku semua tempat tu sama je. IPTA ke IPTS ke kolej komuniti ke.. . As long as kita berusaha, belajar dalam hutan pun boleh berjaya tau. Semua bergantung atas niat, usaha kita sendiri. Tak semestinya kalau belajar kat IPTA/IPTS tu semua boleh berjaya. Kalau tak, tak ada nya penganggur graduan dlm negara

Apa yang aku dapat melalui seminar tu jugak, jangan tertipu dengan result SPM kita. Si A dulu masa exam, nak dapat A satu subject tu macam nak tunggu ayam jantan bertelur. Kalau kumpul C ke D ke boleh lah. Bila time result SPM sebenar keluar, perhhh! Dapat straight A !! Mana tak pecah suara tu duk menjerit keliling kampung !!

Dia pun decide nak pilih masuk UiAM buat asasi . Result last sem, hancossss ! Kenapa ?? Sebabnya, kalau korang fikir, masa exam biasa kat sekolah, kita tahu kan markah kita berapa. Kalau B dalam 60%. Tapi time SPM, ada tak markah yang kita dapat tu? A tu sebenarnya berapa ??? 100% ke ? Ke 80 ?? Ke 65% ? Ha.. Tak tahu kan?

Semuanya bergantung kepada gred purata seluruh Malaysia. So, tak semestinya yang A tu 90% above. So kalau korang rasa masa exam biasa , biasanya dapat D then bila SPM dapat A, ada something wrong tu ^^ So, sebelum decide nak ambil aliran apa, baik fikir betul-betul . Masak sehabis mungkin. Jangan sampai hangus dan menyesal sudah.




Mode Study Akan Diaktifkan

2 comments:


Tak lama lagi dah kena aktifkan balik mode study nih. ==' Ohyeahh ! Eh, korang tak nak tahu ke kat mana I sambung belajar nanti ??? Bahaha I lah sangat. Well, UPU hari tu aku tak dapat : ( Politeknik premier pun aku tak dapat. Matrik ??? Tak dapat jugak lah awak. Tapi kan, kalau dapat pun, macam aku pergi. Aku bukannya pandang rendah kat matrik tau. Ukur baju di badan sendiri. Woahh!
Kemain keluar satu pepatah melayu

Result SPM aku tak lah segempaxx mana. Alhamdulillah dengan apa yang dapat . Kalau tang subject sains tu yang aku sedeh tahap babun ! Nama je sekolah sains, tapi subject sains aku lah yang paling hampehhh ==' Aku memang tak minat sains kottt !!

Apa yang tinggal ?? Yang tinggal semua IPTS . Unikl, KPTM. Dua ni je yang tinggal. Both under mara. Masa kawan aku tolong check kan result UPU aku tu kan, sebak weyh ! Kawan aku semua dapat IPTA. Sorang dapat utara, timur, selatan.. Dorang pun tanya aku, dapat kat mana ??? Aku pun cakaplah, tak dapat plus icon sedih = :' ( duk menangis tu.


Aku pun dah buntu .. Aduiii , kat mana lah aku nak sambung belajar ni.. . Aku pun tetiba teringatkan tawaran Unikl yang aku dapat. Tapi, IPTS kott. Banyak guna duit.. Ayah aku bukannya mesin duit.. Tahu-tahu jelah kan kalau masuk IPTS ni manyak kowt guna duit =='  Tapi, aku dah buat decision !!! Aku masuk Unikl !!! Yeah Yeah.. ^^ Unikl MIIT

Masihkah kau ingat entry yang ini << I N I >> Aku ada mentionkan yang aku dapat kursus Diploma In Multimedia di Unikl MIIT. Aku ni memang jahil betul bab-bab tempat belajar. Aku ingatkan Unikl ni kat Kl je. ==' Sedihh la aku ni kan ?? Sebabkan, kawan aku ada jugak yang decide nak masuk Unikl. Aku ni kemain eksited sebab ada jugak kawan sekolah yang dapat sama. Alih-alih, dia cakap dapat kat Kedah . Aku pun macam, eh pasai apa kat Kedah pulak ?? Bukannya Unikl ni kat KL ke ??! Ruphe-ruphenya, ada 8 kampus Unikl di Malaysia ni. Okey, baru dapat pendedahan baru.

So, ada sape-sape dapat Unikl MIIT ?? Ohyeahh, kita geng . Aku pun try lah survey pasal MIIT ni.. Ya Allah, tengah bandar KL kot. Aku ni memang ada simpan impian sambung belajar 
luar pada terengganu.. Tapi, dapat kat tengah bandar KL. Dorang cakap, dengan KLCC tu,
dekat sangat.





Cara Senang Nak Download Running Man Eng Subs

4 comments:
Sape peminat tegar Running Man ?? Ahah ! Korang dah tahu belum cara nak download Running Man dengan cara yang teramat mudah. Buat sekali, lepas tu tak perlu pusing-pusing kepala fikir cara nak download semula. Simple sangat caranya. Sebelum tu kan, hehe ^^ Macam biasa, akan selitkan satu sesi promote. Aku just nak promote dan minta jasa baik korang yang singgah blog aku ni, jemput-jemput lah klik klik iklan kita. Yang ada gambar ni :


Okey, yang dah klik tu terima kasih banyak-banyak. Mention kat cbox okey bila korang done . Sorry lah, nampk sangat aku ni menagih simpati kan ? Biasalah , nanti nak sambung belajar manyak guna duit awak oii ^^. So. Tanpa berlengah masa, jom kita mulakan sesi pembelajaran kita hari ni. 

1. Mula-mula sekali, korang ke webiste ni : Kshownow .
2. Dah masuk website tu, cari link episode running man yang korang nak download. 
Kat sini, aku bagi contoh nak download episode terbaru RM . Episode 195 . 
Contoh macam kat bawah :


3. Bila dah klik link tadikan, so akan keluar pulak page macam kat bawah ni :


4. Bila korang done klik link dalam kotak tu kan, akan jadilah macam kat bawah ni . Jangan risau. Korang dah separuh jalan ni. Nampak macam panjang sebab aku terang satu persatu. Nak memudahkan korang faham betul-betul jerr ^^


5. Aku dah zoom in. Macam kat bawah ni. Okey, then korang klik link MP4upload tuh. Contohnya aku klik yang part 4.


6. Bila dah tekan link tu, maka akan keluar satu page yang warna biru tu. Korang tunggu je 5 saat. Lepas 5 saat tu, akan ada kotak tulis : SKIP AD  . Tekan je kotak tu. So, akan jadi macam kat bawah ni. Eh, nak habis dah ni ^^ Sabarr .. .



Tadaaa ! Dah siap. Nanti akan automatic download dengan sendirinya. Tunggu lah dalam 10-15 minit. Kalau internet korang laju, dalam 5 minit dah siap satu part. So, senang je kan? Simple sangat ! Kalau tak faham boleh tanya kat kotak comment entry ni. So, terima kasih sebab luang masa jadi student tak berbayar ^^ haha Selamat menonton Running Man XD



Entry Memang Best. Baru Nak Baca. Tapi ... .

5 comments:
Sebelum pape, nak promote jugak blog ke-3 aku. Bahahaha Sape belum follow, jemput 
singgah, tinggal jejak N jemputlah follow ^^ Yang dah follow tu terima kasih banyak-
banyak. Baru siap semalam, so memang tak sempat nak pergi promote blog ni : 
Giveaway's Section kat blog korang-korang.

Berbalik kepada motif sebenar entry ini diterbitkan. Aku sebenanrnya memang suka
sangat baca cerita korang. Pasal UPU ke, pasal sambung belajar ke, pasal isu semasa ke, 
pasal kes politik kat Terengganu ker, ataupun pasal artis ke. Apa sahaja yang muncul kat 
dashboard aku. Tapi sejak dua-menjak ni kan, aku dah dapat detect beberapa blog 
yang ada virus ! Ya Allah, mujurlah aku ada pasang anti-virus kat laptop ni. Kalau
tidak, alamatnya dah lama laptop ni hembuss nafas terakhir.

Macam mana erk ??? Adoii, aku memang pantang betul kalau bab-bab virus ni. Tak kesah 
lah trojan ke, virus terajang ke, dan sepupu-sepapak nya. Macam mana nak 
selesaikan masalah ni ??? 

Aku nak je bagitahu kat tuan empunya tanah tu, tapi mana tahu aku salah
informasi ke. Laptop aku yang sebenarnya masalah ke. Tapikan, aku guna antivirus ni :


So, avast ni akan selalu update dari semasa ke semasa. Kalaulah aku bukak blog korang 
kan, pasal entry terbaru ke tak kesah laa.. then akan keluar warning yang ada tertera 
virus apa then link entry blog korang yang ada virus tu. Contohnya macam kat bawah ni:


Tadi aku pergi kat satu blog ni. Bukak-bukak, then keluar lah makhluk di atas. So lepas ni, 
aku dah tak boleh dah singgah kat blog tu. Blog ni selalu update pasal isu semasa mostly 
and ada jugak gosip artis luar and pasal artis Malaysia. Alhamdulillah,  Avast ni dah 
jalankan tanggungjawab. Tak lama tu, everything dah okey. Laptop ni tak kena apa-apa 
infection ke hape ke. Semua dah update. So takde masalah.


So, aku nasihatkan kepada blogger-blogger kat luar sana, yang belum ada pasang anti-
virus kat lappy korang tu kan, cepat-cepat grab satu. Selamat pun selamat. Maybe 
tuan tanah blog tu tak tahu kan.. . yang blog dorang ada virus semua ni. Eh, baru 
perasan macam serius pelikk je entry aku kali nih. Bahaha ^^ 

Biasannya mesti ada lawak longkang dari aku . Tapi kena lah buat mood serius sebab 
kes ni pun agak serius. Tak pasal-pasal korang kena format balik lappy korang tu. 
Bayangkan laptop korang tu ada assignment ke, document penting ke, yang memang
korang dah tak copy kat mana-mana , tup tap hilang dalam sekelip mata ^^.




Hadiah Giveaway Jadikan Hadiah Hari Ibu

1 comment:
Walaupun hari ibu lambat lagi iaitu pada 11 Mei. Tak semestinya bila hari ibu baru nak 
bagi hadiah kan ? Baru nak bagi kek kan ? Baru nak buat kad guna kertas A4 warna 
warni kan.. Hari-hari sebenarnya hari Ibu. Cuma kalo Hari Ibu ni special sikit lah. Tak 
macam hari-hari lain. Special macam mana ? 

Bukannaya haritu ada sales besar-besaran, bukannya ada promosi harga runtuh kat 
Sogo ker, cuma special lah XD hehe So, semalam, 7 Mei . Hadiah yang aku nanti-
nantikan dah sampai. Tada ~ 


Saje je letak dua gambar. Baahahaha .Nampak tak tekstur dia ? Bukan main berombak-
ombak lagi kan. Sebenarnya, tak sempat aku bukak, mak aku dah rasmikan. Hancoss 
plan aku ==' So, yang ni aku recycle balik dari tong sampah. Baru aku niat nak bagi 
surprise sikit kat omma. 

Sempena Mother's Day lah kan. Alih-alih, mak aku yang surprise kan aku. Apakah isi 
disebaliknya ?? Acu teka acu teka. Tak payah teka, jawapannya dalam gambar di 
bawah ni hah :

<< D o u b l e  . S t e m c e l l >>


Bukan main eksited lagi muka omma. Aku sendiri pun tak percaya yang aku menang. . 
Aku ni buat jugalah research pasal produk ni guna katalog lah, and of course bantuan 
crush aku iaitu Google. Aku join GA ni : 


Alhamdulillah terpilih jugak sebagai pemenang. Produk ni memang sangat-sangat sesuai 
bagi mereka yang ada masalah kulit, masalah kesihatan contohnya kencing manis, 
migrain, tekanan darah tinggi, boleh baca selanjutnya di sini


InsyaAllah, kesannya amat memberansangkan. Cubalah dulu. Belum cuba belum tahu kan. 
Sepatutnya, hadiah ni dah lama sampai. Tapi disebabkan ada masalah dengan
penghantaran, poslaju ada masalh, so barang tak sampai-sampai. So, aku PM semula Kak
Zai and semalam dengan selamatnya abang Gdex tercegat depan pintu pagar rumah XD 

Even hadiah tanpa dirancang sampai semalam, jimat duit omma. Sebb dia ingat nak beli 
dengan kawan dia sebabkan dah habis yang dia guna. Suka lah tu. hehe Murahnya rezeki 
join giveaway ni. TQVM Kak Zai. Oh, kalo sesiapa berminat dengan produk ni and stay 
area Bukit Rambai, Melaka, boleh lah PM Kak Zai. Kak Zai ni baik orangnya tapi 
maybe dia busy sikit. Biasalah businesswoman kan ? hehe



#Throwback : Hari Terbuka Asrama HUTESS 2012

No comments:
Mohon semua ambil perhatian, sebab entry ni akan penuh dengan gambar. Jadi jangan lupa buat senaman jari dulu sebab korang akan scroll, scroll sampai lah ke garisan penamat. Entry kali ni, hanya untuk HTA 2012 Hutess. Untuk 2013, nanti akan aku update pada entry seterusnya. Manakala, tips-tips nak hias dorm, semua tuh akan aku update pada entry seterusnya pula. So, Sebelum tu, nak bagi sedikit informasi pasal HUTESS.



Nama sebenar : Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu.
Nama singkatan : SAHUT / HUTESS
Mula beroperasi sejak tahun 2011 



Nama je sekolah dekat hulu tapi please jangan terkejut dengan apa yang bakal korang tengok nanti ! Dorm yang biasanya kalau perhimpunan rasmi, selalu kena sebut, #terutamanya aspura tapi bila time HTA, dorm dorang lah paling lawa. HUTESS ada empat buah rumah sukan. Yang mengungguli carta teratas ialah Tok Janggut. Iaitu rumah warna merah.

                                       Rumah sukan Tok Janggut - Merah                                              Rumah sukan Tok Indera - Biru (rumah aku XD)
                                          Rumah sukan Tok Belian - Hijau                                              Rumah sukan Tok Raja Ri - Kuning

Semua rumah ni mewakili nama pahlawan di Kuala Berang . Kalao tak silap aku lah. hihi So, siapakah yang merangkul takhta Dorm Terceria Bagi Aspura dan Aspuri untuk tahun 2012 ??? Jeng.. jeng.. jeng.. Sebelum tu, layan dulu gambar-gambar di bawah :


<< pemandangan hadapan semua dorm Tok Indera. Bermula dari Tok 
Indera 1 sehingga Tok Indera 8. Dorm aku Tok Indera 3. Yg ada dolphin tu >>

Tok Belian Aspura 
Tok Belian tahun ni, semua dorm aspura dan aspuri diselaraskan. Maknanya, semua dorm lelaki dan perempuan kena buat theme jungle.




Tok Belian Aspuri 




Tok Indera Aspura
Semua dorm Tok Indera aspura dan aspuri bebas nak buat tema apa.
Semua bergantung di atas kreativiti masing-masing.



Tok Indera Aspuri



Tok Indera 3 : Camaraderie (my dorm)

Alhamdulillah kitaorang dapat tempat ke-2. Slack sikit bahagian kebersihan.
Kipas dinding kitaorang lupa nak cuci. Takletak harapan tinggi, tp ad rezeki jgk.



And ini adalah Tok Indera 4 Aspuri, sebelah dorm aku je. Dorang menang tempat pertama! Tapi memang cantik giler bilik dorang. Memang terasa macam kat oversea.


Tok Janggut Aspura & Aspuri
Tak banyak gambar yang aku snap. Sebabnya, malas nak ambil . Tapi, for sure
ni semua kamar aspura. Kamar aspuri aku tak ambil gambar even dorm sebelah.
 Dan semua gambar ni tak ada yang lower form. Maksudnya, aku malas nak pergi naik
tangga aras 3 dan aras 4. Lembik dah kaki aku ni jalan. Mujur tak jadi sotong XD
Lagipun, aku snap gambar yang kamar aku berkenang je. hihi 




Tok Raja Ri Aspura & Aspuri





Huh ! Tujelah yang sempat snap. So, nanti aku akan update pasal HTA Hutess 2013. Dimana, kamar aku menang ! Yeah !!!  Best woo !! Nanti aku share okeyh. Bila tu tak tahu lagi. Ngeh ngeh ngeh XD Dan insyaAllah, aku akan update jugak tips untuk hias dorm dan berkaitan. See you next entry .