Road to Lesen P : Part I

Seperti yang dijanjikan, walaupun terlambat nak update entry ni, tetap jugak terpampang di dashboard korang XD Sebelum tu, meh kita tengok dulu kronologi, perjalan pergi dan balik, segala turun dan naik sepanjang riwayat yang aku lalui untuk mendapatkan L E S E N  P ! Ohyeahhh !!!


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah .. Tak ada apa yang dapat digambarkan. Betapa bersyukurnya , sampai jugak hajat diri ini nak pegang Lesen P , kowt ! Dulu, setakat Lesen L, boleh laa berangan tepi sungai 24 saat, konon-konon dah ada lesen yang real punya.

So, kronologi untuk mencapai salah satu wishlist aku ni ialah :

4 Januari 2014 - Kursus KPP ( Yang 5 jam tuh >.< )
Tak ingat berapa haribulan - Ujian Berkomputer
18 Mac - Start Belajar Kereta ! Ohyeahh .. .

So, apa citer sepanjang Kursus KPP yang 5 jam tuh ?? Seperti kanak-kanak yang sedang membesar , aku nih memang kena pergi berteman. hoho So, aku pergi dengan my lovely Omma, Pn. Rosmiatun. So, sampai-sampai sana, lupa pulak nak pakai kasut yang tertutup. Aku masa ni pakai sandal yang aku guna sejak F3 .. hehe 

Terpaksa pakai kasut my omma , even tidak berkenan di hati yang lara ini, daripada pelik pada orang lain, so, rembatt jelah. So, dalam pukul 9 lebih tu, aku keseorangan, Omma dah balik : ( Sedihh woii !! Aku pun masuk lah dalam bilik yang telah disediakan. Masuk tu, aku terus straight pergi kat tempat duduk paling hujung sekali. Tapi baris yang ketiga dari depan. Kalau tak silap lah.

Sementara nak tunggu penceramah start ceramah, nak tunggu semua masuk, ada lah dalam 10-15 minit. So, aku keluarkan makhluk yang berkawan rapat dengan aku sejak masuk asrama dulu , bukan main layan lagi tauu :


Okeyh. Memang sejibik lah. So, layan laa 3-4 lagu. Masuk je penceramah, terus tarik masuk dalam beg. Aku memang sumpahh tak hengatt apa nama penceramah tu. Tapi dia around 50 ++ dah umur. Ya Allah. 1 - 2 jam tu aku boleh layan lagi. Dah lama duduk atas kerusi tuh, kejang otot-otot,  start lah layu mata aku ni.. .. . 

Dia kadang tu buat lawak, tapi, sour sour jah.. Macam biskut lah.. Kejap ada kejap tak hado. So, aku conteng-conteng lah dua buah buku yang aku dapat tu. Aku lukis, tetiba muncul karya terhad aku kat atas buku tuh, .. . Then,sampai lah satu detik ketika ni, aku tak sedar langsung yang aku terlelap !

Tersengguk-sengguk kepala ni. Macam orang mabuk dalam club jeh. =='

Then, dalam terangguk-angguk kepala ni, sempat lah aku catat 2-3 isi penting yang dia duk cakap. Tiba-tiba, dia cakap nak tanya soalan. Sebab dia tengok ramai yang mengantuk. Aku ni bukan main gelabah lagi. Jangan-jangan dia tanya aku. Terhenti gamaknya jantung aku nanti.

So, dalam dia duk bercakap berjela-jela tuh, aku sempatt lah terlelap lagi sekali dalam 2-3 saat. Then aku cuba bulatkan balik biji mata ni. Pandang depan, dia tengok aku, aku tengok dia.Tanpa rasa bersalah, dia pun tunding jari kat aku. Aku macam, betul ke pak cik ni ..

Penceramah : Ye, awak yang duduk hujung sekali, tepi pintu tu.
Aku : *dalam hati* aku ke ?? Weh, aku lahh . Sengih kerang busuk.
Penceramah : Sila jawab soalan saya tanpa tengok buku. 

Dengan spontan nya aku jawab. Mujur betul tau. Aku pakat tembak je guna senapang gajah. Then, dia tanya budak lelaki pulak. Ni konfem dia nampak aku terlelap tadi ni. Masuk sesi yang ke-2. Boleh tahan lawak lah jugak penceramah tu . Namanya , Khalid Al-Walid. Tapi, yang , menjadi persoalannya dia duk bercerita pasal kelahiran anak ke-2 dia. Pasal harga barang naik, pasal isu semasa lah... . 

Aku pun layan jelahh apa dia duk bercerita panjang lebao tuh. Walapupun fikiran aku dah memang kelaut, fikir bila lah nak balik woii. 

Walaupun terdapat beberapa rintangan dan halangan yang terpaksa aku rempuh dan tempuhi, akhirnya tamatlah sesi kursus KPP 5 jam tuh. Next mission :Ujian berkomputer. InsyaAllah akan bersambung dalam part II. Nantikan .. .. XD



6 comments:

  1. aha,aniss kte pun dh dpt lesen (y) bruu je ahad lps.smlm bru pi buat kad lesen tu :p boleh dahtuu turun kt :3

    ReplyDelete
  2. salam. sy tak tahu la bilanya nak mengambil lesen :D

    ReplyDelete
  3. berapa lama tempoh nak ambil lesen? 3 bulan?

    ReplyDelete
  4. yeahhh .. kite geng .. hanan duk depan sekali tapikannn boley pulak tersengguk .. kelas ni memang boring :D

    ReplyDelete
  5. hehe..c0ngrates dear....lepas ni bole drive dengan happy kan...^^

    ReplyDelete
  6. btw , jeles sangat2 tengok lesen tu dah jadi macam mykad dah .. hanan punyer liminate gitu jo .. cannot wait nak dapat lesen mcm tu next year :)

    ReplyDelete