Apa Yang Patut Saya Lakukan ?? Help Me !!!

Assalamualaikum.
Sorry banyak-banyak to my fellow gorgeous awesome handsome and adorable chingu(s), lately aku tak adalah busy sangat, setakat ternak lemak 2 3 ladang , small matter lah. XD Cuma, busy as a normal person tambah-tambah, tarikh tarikh penting as SPMleavers semakin menghampiri. Macam semalam, semua dok kecoh, 

"eh, ko dah check belum matrik ?? Aku dapat kat utara"

Memang riuh laa . Semua pakat duk jadi wartawan , tanya semua. Aku ni jahh tersengihh-sengih macam kerang busuk, tak ada rezeki . Lagipun, matrik ni memang langsung tak ada dalam senarai. Orang kata, last choice, konon =='


Bagi aku, memang tak akan pernah aku jejakkan kaki kat matrik. Sebab, aku tak nak ambil aliran sains dah ! Enough laa dengan result SPM aku tuh, subject sains semua dah lari ke laut, hihi Dalam diri aku ni, memang sejakk azali lagi, sejak orang guna telefon lipat-lipat lagi, aku ni memang kalau bab sains, aku lemah. Tambah pulakk, aku ni memang tak minat. Kalau dulu masa kecik-kecik, semua duk berebut nak jadi doktor *mmg 1st choice bdk sek ren* , aku pulak simpan impian
nak jadi arkitek . Wah ! Arkitek pun not bad kan ? Alhamdulillah, aku dapat F6, .. tapi F6 ??? Macam, ermmm STPM ?? Ermm .. .. 

Dalam dilema memikirkan masa depan, alik-alik, my mum kata ada surat. Aku ingatkan, hadiah GA yang aku menang, hihi tapi 'hadiah' yang lagi bermakna ! Allah adalah sebaik-baik perancang. Aku memang pegang teguh, benam betul-betul dalam otak. Alhamdulillah, permohonan aku ke KPTM diterima. Dah la dapat course yang aku mintak. Lagi tersengih , jadi bangga semangkuk XD Dalam sengih tu, tengok tempat kolej kat mana, JDT yoww ! haha Johor Darul Takzim. 

Jauh nya lah aku merantau. Berapa negeri tuh nak kena redah. Ni kalau naik bas, tak ke tegang semua urat saraf aku. Berapa jam nak sampai sana. Dan hari ni,satu lagi berita yang gembira : ) Alhamdulillah, dapat tawaran kat UniKL.

Course : Diploma In Multimedia



Ya Allah ! Baru aku tahu macam mana perasaan senior-senior aku dulu. Pening nak pilih yang mana terbaik. Memanglah, belajar kat mana pun, sama jerr. Yang penting kita ni. Kena lah selalu berusaha. Jangan bergantung kat orang je. Tapi, kita mesti nak yang terbaik untuk masa depan kita kan. Bakal menentukan masa depan ni. Bukan menda main-main. Bukan main bina-bina Legoland okey. 

Tapi, apa pun tetap kena tunggu keputusan UPU 4 Mei ni, kan ? Kalau nak masuk yang swasta , mohon mimpi dan berangan jelah.. Saya tak mampu : )

Sepatutnya, entri ni aku selitkan sekali experience belajar n test kereta,
tapi rasa macam panjang lebar dah duk karang entri ni. So, i decide
nak sambung next entry lah. See you next entry okey .

No comments:

Post a Comment