Apa Itu Dalgona ? Sejenis Bakteria Merbahaya ??!

1 comment:
Dalgona ? Ye , dalgona. Dalgona merupakan sejenis bakteria yang hidup bersama manusia. 
Ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini. Dan ramai juga yang memandang ringan 
terhadap bakteria ini. Bayangkan, kita sudah hidup berapa tahun. 17 ? 71 ? 28 ? 33 ? 48 ? 
Cuba kita bayangkan pula berapa jutakan bakteria ini sudah menetap di dalam badan 
kita ???! Zaman semakin maju, namun pemikiran manusia masih lagi ketinggalan 
mengenai masalah ini. Mari kita rungkaikan isu permasalahan ini.

N A M U N ,

Dalgona yang seperti di atas : Sejenis Bakteria . Betul ke idok ? Sape di antara korang 
percaya , angkat keyboard ? Bahahaha Mana adalah. Dalgona yang dimaksudkan ialah 
seperti berikut :

Dalgona is a sugar-cookie which is made of sugar and baking-powder.

Hah ! Itulah Dalgona. Ruphenya seperti gambar di bawah ni . Dalgona ni sangat famous 
amous di Korea. Senang je nak buat makhluk ni. Guna Baking soda and sugar je. Lepas 
ni pakat serang dapur rumah masing-masing yer XD


Kalau korang peminat EXO, dan selalu layan EXO Showtime, cuba korang throwback 
balik, dalam Episode 7, dorang ada berhenti kat seorang pak cik ni yang gigih buat dalgona 
tuh. Nampak macam senang kan ? Kalau korang free, jom cuba buat . Ni resepinya :

                                  

You need to prepare white sugar , baking soda and Dalgona scoop. If you don't have 
Dalgona scoop, you can use a ladle in your kitchen.

1. Turn on the fire.
2. Pour the white sugar in a scoop (3/4 of scoop)
3. Heating up the white sugar until it starts melting.
4. Put in tiny amount of baking soda and stir up with stick.
5. If it become a liquid, sprinkle the baking soda on the chopping board and pour 
melting sugar.
6. Make various shapes with Dalgona frames.
7. Wait until it beocmes hard and eat.

Korang boleh rujuk video from Youtube tu or korang search : EXO Showtime Ep 12 di 
youtube. Sebab dorang ada buat Dalgona masa episode last tu. So selamat mencuba. Nak 
try jugak buat , tapi nanti dulu lah XD

Road to Lesen P : Part I

6 comments:
Seperti yang dijanjikan, walaupun terlambat nak update entry ni, tetap jugak terpampang di dashboard korang XD Sebelum tu, meh kita tengok dulu kronologi, perjalan pergi dan balik, segala turun dan naik sepanjang riwayat yang aku lalui untuk mendapatkan L E S E N  P ! Ohyeahhh !!!


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah .. Tak ada apa yang dapat digambarkan. Betapa bersyukurnya , sampai jugak hajat diri ini nak pegang Lesen P , kowt ! Dulu, setakat Lesen L, boleh laa berangan tepi sungai 24 saat, konon-konon dah ada lesen yang real punya.

So, kronologi untuk mencapai salah satu wishlist aku ni ialah :

4 Januari 2014 - Kursus KPP ( Yang 5 jam tuh >.< )
Tak ingat berapa haribulan - Ujian Berkomputer
18 Mac - Start Belajar Kereta ! Ohyeahh .. .

So, apa citer sepanjang Kursus KPP yang 5 jam tuh ?? Seperti kanak-kanak yang sedang membesar , aku nih memang kena pergi berteman. hoho So, aku pergi dengan my lovely Omma, Pn. Rosmiatun. So, sampai-sampai sana, lupa pulak nak pakai kasut yang tertutup. Aku masa ni pakai sandal yang aku guna sejak F3 .. hehe 

Terpaksa pakai kasut my omma , even tidak berkenan di hati yang lara ini, daripada pelik pada orang lain, so, rembatt jelah. So, dalam pukul 9 lebih tu, aku keseorangan, Omma dah balik : ( Sedihh woii !! Aku pun masuk lah dalam bilik yang telah disediakan. Masuk tu, aku terus straight pergi kat tempat duduk paling hujung sekali. Tapi baris yang ketiga dari depan. Kalau tak silap lah.

Sementara nak tunggu penceramah start ceramah, nak tunggu semua masuk, ada lah dalam 10-15 minit. So, aku keluarkan makhluk yang berkawan rapat dengan aku sejak masuk asrama dulu , bukan main layan lagi tauu :


Okeyh. Memang sejibik lah. So, layan laa 3-4 lagu. Masuk je penceramah, terus tarik masuk dalam beg. Aku memang sumpahh tak hengatt apa nama penceramah tu. Tapi dia around 50 ++ dah umur. Ya Allah. 1 - 2 jam tu aku boleh layan lagi. Dah lama duduk atas kerusi tuh, kejang otot-otot,  start lah layu mata aku ni.. .. . 

Dia kadang tu buat lawak, tapi, sour sour jah.. Macam biskut lah.. Kejap ada kejap tak hado. So, aku conteng-conteng lah dua buah buku yang aku dapat tu. Aku lukis, tetiba muncul karya terhad aku kat atas buku tuh, .. . Then,sampai lah satu detik ketika ni, aku tak sedar langsung yang aku terlelap !

Tersengguk-sengguk kepala ni. Macam orang mabuk dalam club jeh. =='

Then, dalam terangguk-angguk kepala ni, sempat lah aku catat 2-3 isi penting yang dia duk cakap. Tiba-tiba, dia cakap nak tanya soalan. Sebab dia tengok ramai yang mengantuk. Aku ni bukan main gelabah lagi. Jangan-jangan dia tanya aku. Terhenti gamaknya jantung aku nanti.

So, dalam dia duk bercakap berjela-jela tuh, aku sempatt lah terlelap lagi sekali dalam 2-3 saat. Then aku cuba bulatkan balik biji mata ni. Pandang depan, dia tengok aku, aku tengok dia.Tanpa rasa bersalah, dia pun tunding jari kat aku. Aku macam, betul ke pak cik ni ..

Penceramah : Ye, awak yang duduk hujung sekali, tepi pintu tu.
Aku : *dalam hati* aku ke ?? Weh, aku lahh . Sengih kerang busuk.
Penceramah : Sila jawab soalan saya tanpa tengok buku. 

Dengan spontan nya aku jawab. Mujur betul tau. Aku pakat tembak je guna senapang gajah. Then, dia tanya budak lelaki pulak. Ni konfem dia nampak aku terlelap tadi ni. Masuk sesi yang ke-2. Boleh tahan lawak lah jugak penceramah tu . Namanya , Khalid Al-Walid. Tapi, yang , menjadi persoalannya dia duk bercerita pasal kelahiran anak ke-2 dia. Pasal harga barang naik, pasal isu semasa lah... . 

Aku pun layan jelahh apa dia duk bercerita panjang lebao tuh. Walapupun fikiran aku dah memang kelaut, fikir bila lah nak balik woii. 

Walaupun terdapat beberapa rintangan dan halangan yang terpaksa aku rempuh dan tempuhi, akhirnya tamatlah sesi kursus KPP 5 jam tuh. Next mission :Ujian berkomputer. InsyaAllah akan bersambung dalam part II. Nantikan .. .. XD



Apa Yang Patut Saya Lakukan ?? Help Me !!!

No comments:
Assalamualaikum.
Sorry banyak-banyak to my fellow gorgeous awesome handsome and adorable chingu(s), lately aku tak adalah busy sangat, setakat ternak lemak 2 3 ladang , small matter lah. XD Cuma, busy as a normal person tambah-tambah, tarikh tarikh penting as SPMleavers semakin menghampiri. Macam semalam, semua dok kecoh, 

"eh, ko dah check belum matrik ?? Aku dapat kat utara"

Memang riuh laa . Semua pakat duk jadi wartawan , tanya semua. Aku ni jahh tersengihh-sengih macam kerang busuk, tak ada rezeki . Lagipun, matrik ni memang langsung tak ada dalam senarai. Orang kata, last choice, konon =='


Bagi aku, memang tak akan pernah aku jejakkan kaki kat matrik. Sebab, aku tak nak ambil aliran sains dah ! Enough laa dengan result SPM aku tuh, subject sains semua dah lari ke laut, hihi Dalam diri aku ni, memang sejakk azali lagi, sejak orang guna telefon lipat-lipat lagi, aku ni memang kalau bab sains, aku lemah. Tambah pulakk, aku ni memang tak minat. Kalau dulu masa kecik-kecik, semua duk berebut nak jadi doktor *mmg 1st choice bdk sek ren* , aku pulak simpan impian
nak jadi arkitek . Wah ! Arkitek pun not bad kan ? Alhamdulillah, aku dapat F6, .. tapi F6 ??? Macam, ermmm STPM ?? Ermm .. .. 

Dalam dilema memikirkan masa depan, alik-alik, my mum kata ada surat. Aku ingatkan, hadiah GA yang aku menang, hihi tapi 'hadiah' yang lagi bermakna ! Allah adalah sebaik-baik perancang. Aku memang pegang teguh, benam betul-betul dalam otak. Alhamdulillah, permohonan aku ke KPTM diterima. Dah la dapat course yang aku mintak. Lagi tersengih , jadi bangga semangkuk XD Dalam sengih tu, tengok tempat kolej kat mana, JDT yoww ! haha Johor Darul Takzim. 

Jauh nya lah aku merantau. Berapa negeri tuh nak kena redah. Ni kalau naik bas, tak ke tegang semua urat saraf aku. Berapa jam nak sampai sana. Dan hari ni,satu lagi berita yang gembira : ) Alhamdulillah, dapat tawaran kat UniKL.

Course : Diploma In Multimedia



Ya Allah ! Baru aku tahu macam mana perasaan senior-senior aku dulu. Pening nak pilih yang mana terbaik. Memanglah, belajar kat mana pun, sama jerr. Yang penting kita ni. Kena lah selalu berusaha. Jangan bergantung kat orang je. Tapi, kita mesti nak yang terbaik untuk masa depan kita kan. Bakal menentukan masa depan ni. Bukan menda main-main. Bukan main bina-bina Legoland okey. 

Tapi, apa pun tetap kena tunggu keputusan UPU 4 Mei ni, kan ? Kalau nak masuk yang swasta , mohon mimpi dan berangan jelah.. Saya tak mampu : )

Sepatutnya, entri ni aku selitkan sekali experience belajar n test kereta,
tapi rasa macam panjang lebar dah duk karang entri ni. So, i decide
nak sambung next entry lah. See you next entry okey .

What's Up Dengan Header Ni ??!

3 comments:

Semalam bukan main gatal lagi tangan ni pergi buka Photoshop. Disebabkan frust tak dapat matrik Tsk Tsk, even tak nak pergi pun kalao dapat, hihi Maka terhasil lah satu karya sendiri. Apa kata korang ? Over kah ? Hudushh kah ? Never mind . Kenapa gambar lelaki korea ?? Kenapa tak letak gambar sendiri ? Sebabnya, saya tak yakin nak letak gambar saya sendiri untuk jadikan header. 

Tak pasal-pasal bertambah pulak senarai secret admirer I.  Hikhok.. So, dah hampir sebulan guna
header sama, tiba lah masa nak tukar yang baru. Kasi fresh gitu <3 And you know what, blog ni under construction. Sebarang perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa.

So, semalam, Kak Hanan ada tanya, macam mana dengan test JPJ hari isnin lepas. Thank Kak Hanan. Prihatin dengan kite. hehe InsyaAllah akanku kongsikan pada next entry. Nak tahu macam mana keadaan aku hari tu ? Pengsan kah .. Menangis kah .. Senyum tanpa kata kah.. Apa apa kah.. .. .
Next entry kita citer-citer okeyh. Nantikan.. hehe *konon ada lah yang berminat.   
** Jumpa petang nanti .. . .. . .. .. .



Lesen Kereta || SPM || University

2 comments:
Assalamualaikum.
Hari ni dah masuk hari ke-16 aku belajar kereta. Hari pertama, mmg kenangan yang tidak terindah langsung Tapi, aku mmg akan ingat sampai bila-bila. Hari tu jugaklah, first time aku kenal mana satu pedal break, minyak, .. Sedih kan? haha Nak buat macam mana, aku mmg malas nak ambil tahu menda yang takpenting buat aku. Sekrang, mmg penting sangat sebbnua lusa bersamaan;

Isnin, 21 April 2014hari aku kena test JPJ.

Tsk tsk.. Aku ni kan, drive atas jalan raya hancooor !!! Masa hari pertama, pandai pulak aku bawak. Masuk hari ni, semua benda tak kena. Memang sel-sel otak dalam kepala aku ni tak berhubung langsung ! Kalau macam ni, tak ke tragis aku hari Isnin ni. Memang kena lenyek lunyai habis laa di cikgu aku plus, tester aku. Dengar kata, ramai tester perempuan. Kalau lelaki boleh bodekk sikit, kalau perempuan, alamatnya, jadi tiang lah aku dalam kereta tu. 

Apa pengalaman korang masa ambil lesen kereta ke, motor ke dulu ?? Jom lah share kat entry ni. Kita Borak-borak hujung minggu bersama Anies, nak ?? hehe Kalau lah aku lulus hari Isnin ni, lepas satu beban kat bahu ni. Tinggal satu lagi beban yang aku kena pikul iaitu keputusan UPU dan
kemasukan ke institut pengajian tinggi / kiranya sambung belajar laa.                                 

Result SPM ?? hehe Segan nak share. Result aku tidak lah setinggi Eiffel Tower, tidaklah sehebat Cristiano Ronaldo, tidaklah jugak secantik ciptaan Allah. Tapi alhamdulillah. Itu je yang mampu aku ungkapkan :) Aku rasa memang setimpal dengan usaha yang aku buat. Mungkin aku expect more, tapi aku percaya yang Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah mungkin tidak tunaikan apa yang aku minta, hajati, tetapi Allah beri yang terbaik untuk aku.

And now, menda yang paling aku takut :

                            

nak tempuhi ialah suasana di alam universiti. Macam-macam jenis orang lah aku akan jumpa. Tapi, ni jugak detik-detik yang paling aku nantikan. hahaha Even dah 1 tahun lebih pernah hidup di asrama, suasananya memang akan berbeza. Plus, jeles jugak aku tengok kawan-kawan aku yang dapat iv sana-sini. Tak tahu nak pergi yang mana :( Aku ni masih tercungap-cungap, tak tahu apa, tak dapat satu pun lagi . :) Takpe, rezeki dia . Aku nantikan jelahh keputusan UPU , soon .. .

Please laa, tajuk entry ni aku pakat letakk je.. Kan aku buat random kan,
macam kurang berkenan di hati. Letakk jelahh yg mana berkenan di hati XD


First Segmen : Fill in The Blank

4 comments:

<< Klik banner jika berminat nak join >>

Segmen bakal tamat pada 18 April 2014 Seramai 5 orang pemenang yang bertuah akan dipilih, 2 daripadanya bakal menerima hadiah topup RM5, dan kelima-lima pemenang akan direview manakala semua peserta akan tersenarai dalam bloglist selama sebulan : )

"Kalau saya pemegang black belt, saya akan .. .. .. "

Saya akan ajar Kwang Soo teknik yang betul untuk balas dendam kat Jong Kook. Akan ku ajar segala teknik melibas, melipat, menunggeng, menterbalik, mengopek, menyiang, menghiris, mencincang, menumis dan sebagai balasannya, Kwang Soo akan ajarkan saya cara untuk menjadi betrayel.
haha. Dia kan Icon Of Betrayel . Tinggi tak cita-cita saya : ) Lepas dia balas dendam tu kan, boleh laa dia rembatt semua harta Jae Suk Bhahaha


Selepas Kwangja bermadu dengan Jong Soon , dorang bertiga berdamai dan menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang bahagia. Untung Jae Suk ada 2 bini yang cun ! tuh. LOL Maka amanlah hidup Kwang Soo dan adik perempuannya, Kwang Ja.  - The End -

Tapi, saya tak rasa akan berlakunya kesudahan Kwang Soo 'dibuli' oleh ahli RM yang lain. Kalau tak, taksyiokk lah tengok running man kan.

Nasib Kwang Soo Yang Dulu di dalam Running Man :


The best way to wake up someone in Running Man. LOL 

Nasib Kwang Soo Yang Terkini di dalam Running Man :


Even Woo Bin sendiri pun taklepaskan peluang nak buli Kwang Soo hyung. What a good dongsaeng LOL : ) And you know what, virus betrayel Kwang Soo ni dah menular !!! Sampai-sampaikan Yonghwa sendiri pun dah dijangkiti virus dia ni ==' Aku pun nak jugak : D hehe Ni lah akibatnya bila dah terlalu kerap muncul di Running Man. Kesian Yonghwa : ) Hope my burning tak terkena
tempias virus Yonghwa. Tak percaya,

Search Youtube >> Weekly Idol CN Blue . You'll know what I mean.


Sekian. Semoga terhibur. Apa yang diperkatakan di atas tu, hanyalah guraan semata-mata. Dont take too serious okey, dear Boice : ) and Running Man fans out there.  Keep Calm and do support them .

Cover Buku Giveaway by Irsalina Lovely

9 comments:


** Kalo korang takbuat/taktahu nak buat cover pun takpe. Still boleh join.
Just ikut syarat2 wajib. Klik banner di atas untuk lebih lanjut **

Alhamdulillah , first of all tahniah diucapkan kepada penganjur
kerana hasil karya beliau telah terpilih untuk diterbitkan tidak lama lagi.
Kedua, tahniah juga buat diri ini sebab berjaya menghasilkan beberapa keping
cover yang tidak seberapa. Hasil memerah otak berhari-hari akhirnya
tercipta lah cover-cover berikut :
















 InsyaAllah akan bertambah dari semasa ke semasa. Mohon sangat jangan
ambil tau. Penat-penat saya buat. Lagipun, yang awak buat tu 
lagi 10000 kali ganda cantek dari saya punya. If berminat nak join,
boleh klik di banner di atas. GA ni bakal tamat pada 25 April 2014. Masih
ada masa lagi. Kalau korang tak pandai nak cipta cover pun tak pe,
korang masih boleh join !!! Goodluck : )



Freebies : Header EXO Part 1

No comments:

First time buat freebies header. hehe Excited nya lah. Okey, semua header 
kat bawah ni memang 100% saya yang buat ! Tak ada ciplak mana-
mana pun kecuali gambar tu. Credit to Tumblr . Kalau nak ambil, mohon 
sangat credit kat saya. Kalau baik hati, klik lah iklan kat sidebar tu. Yang gambar 
CN Blue tu. hehe Terima kasih daun keladi, ada masa saya buat 
freebies header lagi : ) Apa pendapat korang ? okeyh tak ?



http://i.imgur.com/nfXoMOU.png


http://i.imgur.com/mPEPQpR.png


http://i.imgur.com/CW06oEh.png


http://i.imgur.com/jVbqMhT.png


Width : 900 px Height : 300px Kalau tak silap lah. Sorry lah dah tak hengat.
Freebies Header EXO Part 2 Coming Soon : D

Cara Letak Subtitle Dalam Movie ( Emergency Couple Edition )

2 comments:

Emergency Couple okeyh, bukan Monday Couple. hehe So, sesiapa yang belum lagi download Full Episode Emergency Couple, boleh ke SINI. Dan sekarang nak tunjuk tutorial macamana nak masukkan subtitle dalam movie. 

Saya biasanya tengok movie dengan VLC Media Player. Sape yang belum download lagi tuh, boleh laa search Google.. Free of charge : ) Ni saya tunjuk untuk episode 21. Kalau dah faham yang ni, episode lain boleh buat sendiri.

1. Buka VLC Media Player. Then, drag mana-mana EP Emergency Couple. 

2. Pause dulu video tu. Then, buka link Eng Subs , boleh cari di SINI.

3. Lepas tekan link tu, akan keluar page macam kat bawah. 


4. Tekan button Download English Subtitle . Done ? Lepas tekan tu, memang automatic dah download subtitle tu. Contohnya macam gambar kat bawah ni :


5. Tapi masalahnya sekarang ni, file tu dalam bentuk Winzip. Jadi nak tukarkan file tu dalam bentuk sebenarnya, Open Computer > Download > Cari nama file subtitle yang download tadi tu.


6. Tadaaaa ! Dah jumpa file tu. Right click > Extract Files... Dan akan keluar satu pop window. Tak perlu banyak fikir, tekan je Okay. Macam gambar bawah ni :


7. Lepas tekan okey, maka akan ada satu pertambahan file. Iaitu file sebenar subtitle tu. Yang ni cara nak extract file, belum lagi cara nak masukkan subs dalam video. Sape dah fasih, boleh tengok. Mana tahu kalau-kalau dah lupa ker kan.


8. Mohon abaikan jer link download yang lain tu. Buat tak nampak je lah okey. Yang kena tengok, yang dalam kotak merah tu. Okey, so dah siap extract file. Cara seterusnya , nak masukkan subs dalam video. Okey, buka balik VLC Media Player tu, kalau korang tengok, video tu memang RAW. So, first, Right Click di video tadi > Subtitle > Add Subtitle File... Akan keluar pop window :


9. Cari file untuk subtitle episode video tu. Sebabkan saya tengok EP 21, so saya buka file Subs 
Episode 21. Lepas buka, akan keluar macam ni pula :


10. Ada 3 file semua sekali. Kalau tak silap saya, mana-mana file pun boleh. Saya pilih yang atas. Dan, jeng.. jeng .. jeng.. .. Dah ada subs. Senang je kan ? 


Sorry kalau tak faham. Saya ni memang takpandai nak jadi tutor ke, cikgu ker,
hanya share ilmu yang ada. If ada sebarang persoalan mengenai tuto ni, boleh 
comment di entry ni, ataupun di cbox saya. Kalau ada silap mana-mana step ke, 
mohon dimaafkan sebab saya budak baru habis belajar. hihi : ) schooleaver #