Tshirt Wolf 88 Serendah RM30 Include Postage


Walaupun era Wolf dah lama berlalu, itu tak bermakna Wolf  diatas ni dah berlalu dengan zaman kegemilangan dorang dulu. Entry kalini bukan khusus kepada kpopper sahaja, sape-sape pun boleh baca. Kalau dulu, aku ada buat 'review' tentang satu IG ni, di mana para peminat tegar aku yang dulu bukanlah yang sekarang setia hujung nyawa Wide Shawl, maka kali ni aku nak share
satu IG lagi bagi peminat EXO : We Are One !

Kalau berminat nak jenguk entry pasal Wide Shawl tu boleh klik >>SINI<<  Sejak boleh dikatakan aktifberistagram skarang ni, so sempat la jumpa berpuluh-puluh IG pasal shopping online. Sebab niat dari tahun lepas nak cari tshort Wolf88 yang affordable, sebb bajet tak berape tinggi,
so, nak dijadikan cerita maka timbullah cinta pandang pertama dengan satu IG ni. Fuhh ! Harga yang termurah yang pernah aku jumpa. Sungguh tak tipu okeyh.


Korang nak design macam mana ? Macam-macam ada. Shortsleeve ke long sleeve ke. Ada :) Yang macam Nora Danish pakai kat atas ni pun ada. Nak tengok banyak-banyak gambar design tshirt ni
senang cerita korang jenguk  la mentar IG tuh. Pasti tak percaya dengan price yang ditawarkan. Senang cerita , below RM 30 termasuk postage . Hah ? Murah kan ? So, boleh la angkat kaki
semua, start enjin kereta, pergi drivethru kat IG tu pulak. 






Tadaaaa ! Aku pun nak tumpang glamour sekali dengan Nora
Danish . Sama tak ?? Sama kan :) Haha Nak cerita pasal kualiti kain memang okey. Kain tshirt ni lembut sangat. Kalau time musim 'summer' plus dry season ni memang best pakai. Tapi cuma kain jenis bergetah so better korang beli size yang bukan korang pakai contohnya kalau korang bersize S, why not beli size M/L. Lagi selesa untuk pakai. Okey, sekian sahaja di sini. 


1 comment: