Kerana Dirimu Tiada Pengganti



Throwback : 19 Februari 2013 ( Selasa )

Kelas Kimia bersama classmate 5 UM, tutor : Cg. Salahuddin. Hari ni, aku duduk meja kedua dari depan. Aku duduk kat paling hujung sekali. Dekat dengan sink. So, bila aku mengantuk mula lah tangan ni bukak paip air and main air :) hehe Baru rasa segar sikit. Tapi hari ni aku tak rasa ngantuk pun. Maybe aku cukup tidur kot semalam. Hari Selasa memang wajib pakai baju unit KOKO.

Aku kan ahli tegar Kadet Remaja Sekolah dari sekolah rendah lagi. Cuma masa aku form 1 je, sebelum aku pindah kat SMKS , aku jadi Pengakap. Cg. Salah #nama manja cg HEHE# Khusyuk duk mengajar Bab II Chem. Aku dengar jelah sambil catat nota sikit-sikit.

Then, ada orang ketuk pintu lab. Masa ni aku dah taksedap hati. Tiba-tiba jerr. Pastu cg Salah sebut nama aku. Aku ni macam :

" Eh, nama aku tu kan ? Ye ke ? Apa pasal pulak ni ? Aku ada buat
salah ke ? Ada aku , ... blah blahh blah

Budak tu cakap Ustaz Joe nak jumpa. Aku ni memang blurr gila. Tambah pulak dengan apa yang Cg Salah ajar tadi aku pun tak dapat faham 100%, ..Aduhh! On the way nak ke pejabat dari Lab tak ada lah jauh mana. Tak sampai 5 minit sampai dah. Aku ni dah pikir macam-macam. Sebab biasanya
kalau Usztaz Joe panggil suh pergi pejabat dia personally nih, mesti ada menda tak kena ni. Aku mengucap panjang. Harap-harap tak de apa-apa lah. Sampai je kt bilik Ustaz Joe, dia suh aku duduk. 

Dia senyum-senyum kat aku. Tapi senyum dia tuh, macam lain sikit. Aku ni takboleh nak kata lahh, kecutt perut ! Lebih takut dari jumpa doktor gigi lagi. Sesungguhnya hanya Allah je yang tahu.

First soalan dia tanya aku, " Macam mana belajar ? " , then aku jawab okey.Soalan demi soalan sampai lah satu soalan ni, " Family awak macam mana ? " , " Datuk , nenek sebelah ayah dengan emak ada lagi ke ? , aku jawab ada. Pastu Ustaz Joe tetiba senyap. Dia pun terus terang . 

" Sebenarnya, tadi ayah saudara awak ada telefon. Dia cakap datuk
awak baru saja kembali ke rahmatullah pagi tadi. Dia cakap, datuk belah
emak. Jadi, awak kemas barang-barang awak, beritahu dekat cikgu yang
mengajar awak, lepas tu jumpa saya dekat kantin . Nanti, ayah
saudara awak datang ambil. "

Masa aku dengar tu, aku macam Ya Allah betul ke ni ? To'kie dah tak ada ? Ustaz Joe tanya aku okey tak, aku jawab okey. Boleh terima. Tapi on the way aku nak balik Lab, aku nangis . Aku ingat balik masa aku kecik-kecik dulu. Macam mana rupa to'kie . Semua lahh ... . Masuk je dalam Lab, 
dah la mata aku bengkak + berair, semua pandang aku pelikk jahh. Cg. Salah pun tanya , blahh blahh blah .. . Aku terang satu-satu. Then, aku pergi balik asrama kemas apa yang patut. Kawan yang rapat dengan aku tahu pasal ni. Tak lama lepas tu, ayah saudara aku sampai. Sampai je kat kereta. Aku nampak to'kie aku. Aku pun pelik, " huh ? Tadi Ustaz Joe cakap to'kie trg ( sebelah emak ) yang meninggal, jadi maknanya  , .. ... .. .

No comments:

Post a Comment