Hiatus Until Final Exam

2 comments:
Assalamualaikum.
Blog terbiar, cbox bersepahh .. entry pun entah kemana. Busy. Mmg busy sangat-sangat dengan assignment. Nak habiss sem dah katakan :3 Buat masa ni, ada 2 assignment penting yang aku kena hadap. 1 lagi quiz dan satu lagi test utk subj Tech Math 1. Last test dgn quiz result hancoss. So kena bt yg paling OK, nak cover balik markah quiz yg lepasss.

Last paperrrr 6hb Januari. Sabar lah wahai hati.. sabar. Ditunda! Sepatutnya 3hb tapi masa tu public holiday sekali dgn Maulud kalau akutaksilap. So, 6hb baru habis final exam. Cuti taksampai sebulan pun. Pastu sambung sem2. Fuhhh. perjalanan aku nanti makin berliku-liku lah. Ni pun dah kena beli tiket awal-awal, kang nanti takbalikk ganu aku tsk. tsk. Aku beli online je ticket. Senang pun senang. Just pergi kat website ni : http://www.eticketing.my/

Then, pilih bas pilihan korang. Kalau aku, mmg pilihan di hati tetap, Sani Ekspress.. tambah pulak dengan peristiwa haritu. Boleh baca kat SINI. Memang bersyukur sangat-sangat. Terima kasih pakcik. <3 <3 <3



Last but not least, ni ada teaser pasal final project utk Subj. Intro To Multimedia. Aku kena buat Interactive Storybook. Pray for me guys.. Setakat ni alhamdulillah takde problem lagi. Sebelum ni memang aku takpernah guna pun Adobe Flash.. Ni baru berjinak-jinak. Beginner lah katakan. Memang tak setanding dengan animator yang dah pangkat degree semua tu =='

Nak sambung balik siapkan assignment ni. 18hb dah kena submit. Tambah plak aku ni guna yang trial version je utk Adobe Flash. Anyone tahu tak mana nak download FULL VERSION ADOBE FLASH PROFESSIONAL CS6 ? Kalau tahu, nak jugakkkkk :D




Food Review : Magnum Lah Sangat Kan

3 comments:
Assalamualaikum.
Disebabkan rasa kebosanan tahap melampau, 48jam stay hostel dan terperap dalam bilik #maklumlah hari minggu kan , so aku decide dengan Asilah untuk mengisi waktu-waktu kelapangan kitaorang hari ni dengan pergi Midvalley, kononnya berhajat lah nak merasa Magnum kat Magnum Cafe, Midvalley. Kononnya lah kan =='

Ni 2nd time jugaklah kitaorang date bersama. Maklumlah, orang jauh. Orang dekat semua dah balik rumah. Untunglah rumah dekat. Disebabkan musim skrg dah masuk 'winter' so terpaksalah tadi berjalan laju sikit. Naik Rapid bas smpai LRT Bangsar. Sampai LRT Bangsar, kitaorg naik teksi. Rate RM 5. Okeylah. So, kitaorg decide nak makan magnum tu dulu sblum pergi 'melahap' kat tempat lain plak nanti.


Mak oiiiiih. Bukan main panjang lagi beratur. Cuti sekolah dah bermula kan =,= #menyampah Seperti yang dimaklumkan, Magnum Cafe ni ada 2 floor. Ingatkan, floor atas dengan bawah ni sama je function dia. Rupanya bukan seperti yang kitaorang sangka. For those yang berniat, berhajat, berkeinginan, mengidam nak melahap kat Magnum Cafe ni kan, sila baca entry ni sampai habis eh
Sebab nanti korang tersalah 'floor' plak kan.

Mula-mula aku beratur kat floor bawah, lama tu kitaorang gerak kat floor atas sebab nak tengok barisan mana yang lagi pendek kan. Pastu, kitaorg decide nak beratur yang atas jelah. Yang atas dia ada hot food, lagi apa ntah tak ingat dah.

Bila turn kitaorang, baru tahu yang sebenarnya kalau nak order yang magnum harga RM 9.90 tu kan
yang macam gambar kat bawah ni :


Korang kena order menu yang dorang dah tetapkan. Tu, kalau korang beratur belah atas laa. Agaknya kalau yang belah bawah tu takperlu dan takde pun syarat2x yang korang kena oder menu lain semua tuh. Frustt jugak bila tahu macam tu.Yang belah bwah ni yang korang boleh decide, decorate, pilih topping mana untuk korang punya magnum.

Kitaorang order menu yang sama sebab sebenarnya nak pilih yang ada waffle tu, tapi waiter tu cakap, takbolehhh! Kena pilih menu yang dah ditetapkan je dulu. Aku pun takberapa faham dengan perjalanan, kronologi step  kalau nak pilih menu semua benda ni. So, kitaorg ambik : Magnum Soup.


Magnum SoupRM 22 (exlude tax)

Food Rate : 4/10

Satu je, takberbaloiii! Tengok dalam menu nampak macam gempak je kan. Tapi ni rupa sebenar Magnum Soup tu. Dan dan korang nak tahu tak yang biskut tu, biskut apa ? Sape kat sini penggemar 'biskut beras' ? Haaaaaa. Biskut beras lah tu =='

Ya Allah memang rasa macam apantah. Bagi aku.. (my opinion) better RM22 habiskan kat Dip N Dip. Sump** berbaloi ! Kat sini takberbaloi .. Tapi commonlah kan, nama pun Magnum takkan lah jual murah.. tapi yang takboleh tahan tu kenapa ada biskut beras dalam pinggan ni ???! Aku dengan Asilah takboleh tahan nak gelak, tapi kitaorang control je tadi.. Kan nanti orang pandang plakk 

Kawan aku cakap yang chip magnum warna coklat tu yang mahal sebenarnya. So, lepas ni kalau korang nak pergi magnum dan nak beli yang harga RM9.90 tu, korang beratur floor  bawah eh. Bukannya yang atas. Kan nanti menyesal tak sudah.

Total harga termasuk tax untuk 2 Magnum Soup ni ialah : RM 51.05 sahaja Tax dah RM6++ lebih. Service dia lembab sikitlah. Biasalah kedai baru bukak kan.. Baiklah, tujelah cerita disebalik Magnum Cafe. Kalau senang , cari je Daiso, takpun Vans ke, .. yang tujelah yang aku ingat kedai area Magnum Cafe ni. Kalau hari minggu rasanya lagi ramai kot.

Akhir kata, berbaloi ke tak ?? Bagi aku, TAKKKK! Langsung takk! 
Menyesal pun ada huhu T^T








18 Tahun Pun Nak Homesick Lagi Ke?

No comments:
Assalamualaikum.
Alhamdulillah tadi dah masuk kali ke-4 aku puasa. Puasa apa ? Eh eh.. haha Puasa ganti +,+ Dan hari ni masuk hari kedua aku takpergi mana-mana. Stay kat hostel 48jam. Ya Allah, serius puas teramat-amat, rasa macam nak drive sorang-sorang, pastu pergi bandar.. Date sorang diri. Tapi apakan daya, sini KL, bukannya Dungun. ==' Kalau ada kat rumah skarang ni, dah lama aku ajak ibu keluar pergi jenjalan.. Mesra Mall ke. .. Tengok wayang #banyak film best2 skarg ni. Tak pun makan angin kat tepi pantai. Tapi, apa mau buat, aku berada 389.03980 km dari Dungun.

Nak nangiss.. sobs sobs T^T Kalau aku keseorang, memang macam nilah jadinya. Homesick. Kalaulah Dungun tu dekat, bukak pintu rumah dah nampak menara KLCC, kan best. Setiap 2 minggu sekali dapat balik rumah. Dulu aku tak ada pun feeling-feeling homesick ni. Since assignment banyak bertimbun, perasaan tu semakin menjadi-jadi.

Rindu masakan kat rumah, rindu nak makan kuih-muih kat pasar malam, minum air tebu.. Rindu katil tercenta.. rindu bilik kesayangan.. rindu bantal bushukkk. XD Takpe, hold dulu perasaan ni. Tinggal kurang dari sebulan lagi sebelum study week. Nanti study week mmg aku nak balik. Lantak laa. Nak balik jugak. Lama dah ni tahan penangan masakan orang ganu ^^ especially my omma. <3


18 tahun ke, 56 tahun ke, 30 tahun ke.. perasaan homesick kat kampung memang bagi aku takkan hilang. Even nanti kalau belajar obersea ke, #insyaAllah hometown takkan aku lupa. Normal lah tu kalau ada perasaan homesick, kan ? Dulu yelah waktu F4, nangis-nangis kat public phone Haha Cakap kat ibu, nak balikk lah.. tak best belajar kat sini.. Nak pindah.. Semua ada. Biasalah tu, anak manja. Takboleh berjauhan dengan ibu sebenarnya aku ni. Ibu je buat-buat takde apa2.. XD

Hidup berjauhan dengan family ni menganjar kita untuk matang, hargai apa yang ada sekarang. Hargai apa yang ada depan mata kita. Sebab nanti kita mesti akan rindukan saat-saat tu. Keep smile, may Allah ease everything, Amin Ya Rabbal Alamin.




Rooftop Photoshoot

6 comments:
Assalamualaikum,
Quill City Mall yang terletak betul-betul belakang kampus Unikl Miit dah jadi 'port' baru untuk student Unikl, terutamanya. Kalau nak senang, boleh naik LRT turun di stesen LRT Dang Wangi. Tapi kena jalan jauh sikit laaa. Nampak je bangunan Unikl, haah betul la tu. Nak senang, naik je monorel berhenti di stesen Medan Tuanku. Tapi kalau naik monorel, faham-faham jelah 'speed' km/j if naik monorel.

Saiz mall ni memang superb laaah! Ad 8 tingkat taksilap(termasuk rooftop) tapi serius weyhhh, syok giler. Cinema, bowling, semua ada : buat masa sekarang still dalam construction. Mula-mula aku ingatkan kat rooftop ni takboleh naik kan nanti kata ceroboh la , tapi bolehhh je sebenarnya ^^


Dalam banyak-banyak gambar, aku paling suka yang ni ! haha Yang ni gambar kedua untuk 'aksi' lompat. Konon-konon nak lompat sama-samalah guna timer phone. Cehh ! angan-angan je. hihi Gambar 1st, aku sorang je yang lompat. *bangga** XD Gambar atas ni candid pun ada. Aku yang pakai baju hitambiru tu. Time melompat ni, tudung aku plakk gatai duk menari2x, habess cover muka aku. ngehehe


Yeahhhhyy ! Aku sorang je yang berjaya lompat XD Yang lain semua blurr time ni. "bila lah nak lompat". Acctually, aku dh timer 10seconds so pandai2x sendirilah set time bila nak lompat.


Dan dalam banyak-banyak gambar, gambar yang ni aku rasa yang paling high-class ! kihkihkih Motif kitaorang buat pose ni aku taktahu. Tapi mmg semua takboleh senyum pastu buat muka 'bajett' ganazz sikit. Berlagakk ganster, "ini rooftop, kami punya lahhhh" =='


Banyak lagi sebenarnya gambar nak 'tayanggg' kat sini tapi, taksemua boleh. Ada yang hanya boeh buat simpanan peribadi je XD hihi Takde ayat dah aku nak karang. Assignment awaiting.

Rooftop Quill ni jugak mmg sesuai untuk 'mereka' yang gemar ambik gambar !!

till then,

#photo had been taken with Sony Xperia Z1. Akhirnya, baru aku tahu yang handphone aku ni yang bercirikan camera 20.1 MB memangg sesuai untuk snap gambar ala-ala macam photoshoot gitu.
For those yang nak cari tempat nak ambil gambar dengan 'pencahayaan' yang natural, moh datang ke rooftop Quill. Confirm puas hati dengan hasil yang korang dapat.



Powerbank Pineng 10000mAh RM49

1 comment:
Assalamualaikum.
Lamanya takupdate cerita baru. Hari ni, rajin sikit sebab semalam, aku dah pokaikan dompet aku.
Tahniah tahniah, tapi aku pokaikan bukan beli benda yang takberfaedah. Dulu ye laa, time pergi Times Square, tu aku shopping : skirt, baju, shawl. Tapi kalau fikir balik, tak adalah laa membazir sangat pun. Aku guna je semua benda alah yang aku beli tu =,=

Semalam, kawan aku ajak pergi Midvalley. Dia cakap ada PC Affair kat sana. Alang-alang dah habis kelas ganti semalam kitaorg berempat pun terus pergi sana. Hajat dihati nak jimatkan duit konon-konon nak laa makan kat DBKL, sebab harga makanan jauh lagi murah. Faham-faham jela kalau makan kat food court, harga mesti nak sampai RM10. So, macam biasalah kan, aku pergi sana naik KTM.

KL Sentral > KTM ke Midvalley.

Masa masuk dalam train tu tak adalah ramai sangat. Tapi bila sampai je sana PENUHHH manusia. Hujung minggu, faham-faham jelah. So lepas makan kitaorang gerak ke Midvalley Exhibition Center. Dewan Pameran dalam BM . Sebelah food court atas. Food court yang sebelah Daiso Japan tu. Hari ni konferm lagii ramai sebb hari ni hari last. Macam-macam ada kat sana. Laptop, Printer, Powerbank, Speaker, Monopod, Headphone, Keyboard etc TAPI disebabkan manusia kat dalam sana terlampau ramai, memang kalau nak buat urusan jual-beli tu , huh ! kena sabar lah sikit.

Aksi tolak menolak, jalan tak pandang kiri-kanan, terlanggar bahu, tangan, tersepak itu ini dah kena biasakan lah. >.< Macam takbiasa je kalau pergi pasar malam.

Wishlist aku nak cari headphone dengan powerbank. Tapi, takut jugak nak beli kat tempat macam ni terutamanya powerbank. Nak cari yang ORI tu macam susah sikit nak percaya. Tapi aku TERbeli jugak semalam ^^ InsyaAllah, harap-harap elok sihat walafiat laa keadaan powerbank aku ni.



Warna putih je hado. Semalam aku charge sampai pukul 2 pagi alhamdulillah okey je powerbank ni.
So pada sesiapa yang nak cari powerbank Pineng ORI murah, sempat lagi kot nak serbu Midvalley. Ramai ke tak ramai redahh je, confirm hari ni dorg buat sale gempakk punya ^^




Alkisah Barang Tak Sampai-Sampai

1 comment:
Assalamualaikum.
2-3 hari ni aku tak update blog, semua gara-gara mood happy hilang. Konon-konon, kalau barang 'tu' sampai, nak laa update entry kat sini. Barang apa tu ? Haaa.. Tu kena tunggu Abg GDex hantarkan laa. Bengang ==' Bengang juga kenapa barang aku tak sampai-sampai lagi. Sepatutnya, hari Selasa lepas dah sampai. Aku order barang tu hari Ahad. Semangat ni, buat payment malam tu jugak guna Cimbclicks. Ingatkan, Selasa tu adalah van GDex hon depan rumah aku. Hampehhh!

Okayy. Aku tunggu sampai hari Khamis. Eh ! Tak ada jugak. Disebabkan Rabu tu Deepavali, so aku hold dulu perasaan bengang aku ni. Sampailah semalam hari Khamis. Taksampai lagi. Hari ni hari Jumaat, pantai timur mana ada orang bekerja =,= Bengang kali ke 213912873243x !!

Track number dah kasi. Aku pergi lah kat website GDex nak check barang aku tu dah dipos ke belom. Eh, macam ni pulak keluarnya :


Apa maksudnya ? Aku pun takfaham. Adakah aku yang kena collect barang ni sendiri ? Sbb tu abg GDex tak hantarkan terus kat rumah ? Macam tu ke ? 21.10 hari Selasa. Kan ? Yang ni aku taksure. Sama ada aku sendiri ke kena ambil barang ni kat GDex ??! Hadoii, apalah makna aku kasi nombor phone alamat bagai kalau tak call ?! Ni pun aku bengang lagiii.

Esok. InsyaAllah harap-harap barang aku ada kat sana. Esok kena ambil sendiri laa. Nak call customer service, ni aku akan buat lastt sekali. haha ^^ Aku bukan jenis orang yang suka sangat layan operator ke, kerani yang menjawab.

So, sabarlahh menanti wahai hati. Ahad dah nak balik KL. Kalau barang tu takdapat jugak kat tangan aku, merajuk aku dengan GDex. Lepas ni guna Poslaju je. Tapi tulah, beza harga penghantaran GDex dengan Poslaju, GDex lagi murah. Ke sebab tu GDex takhantar barang kat rumah aku ?!
#banyak pulak persoalan yang timbul. Macam sinopsis novel daa ~


Segment Blog Review by Sally Samsaiman

15 comments:
<< klik banner di atas untuk join >>

21st Oktober - 26th October 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Assalamualaikum semua.
Hari ni aku nak join satu segmen review blog. Aku ni bab-bab review blog memang aku suka ^^ Dulu aku ada update entry pasal review : S I N I  Kalau korang nak baca, dialu-alukan .

Dengan cara review blog ni juga dapat tingkatkan pageview blog aku. Almaklumlah, blog aku kadang-kadang tuan dia rajin menaip sampai 2-3 entry sehari, kadang tu 2-3 entry je seminggu hihi
Bergantung atas tahap kerajinan aku jugak =='

Khidmat random.org digunakan untuk memilih 5 orang blog yang bertuah untuk direview. Harap2 dapatlah direview oleh Kak Sally XD




Alkisah Hampir Tertinggal Bas Part 2

1 comment:
Assalamualaikum.
Wah wah wah ! Taksabar nampaknya nak tahu sambungan cerita 'sadis' aku tu eh ? Kalau yang belum tahu boleh ke link ni : Alkisah Hampir Tertinggal Bas . Dah nama pun h a m p i r tertinggal bas kan so, memang aku sempat je nak naik bas tu tapi HOW ?


Okeyy, bila aku frusst menunggeng sebab akak tu cakap seat bas trip ke-2 ni full aku dengan muka poyo sehabis-habis sedih kalah minah indon berlakon tu, tercegat je kat depan tangga. (bas dua tingkat kan ada tangga) Luckily , hahaha speaking ko! Alhamdulillah, ada juga seorang hero yang bantu aku. Hero ni memang penyelamat 'dunia' akulah. Akhirnya, bantuan Allah sampai. Ada jugak insan yang sudi bantu aku.

Sebelum tu, sepanjang aku berada kat bahagian driver bas tu kan, aku memang dah takpandang belakang. Aku pandang muka akak tu je sekali dengan hero yang bantu aku tu. Mesti orang belakang duk mengumpat aku.. hehe Bukan mengumpat laa, macam :

"apalah masalah budak ni, dah tertinggal bas sibukk nak naik bas ni!"
"eh eh ! kenapa dengan budak ni ? Tertinggal bas ekkkkkkk ?"

Lebihh kurang macam tu la. Tapi tak adanya aku dengar orang ngumpat aku masa dalam bas tu XD
Okeyy, sebenarnya hero yang aku maksudkan itulah seorang pakcik. Ye. Seorang pakcik ni iaitu driver bas SANI Ekspress untuk trip ke-2 ni. Biasanya kan, setiap bas ada dua orang driver. Nama aku tak sempat nak tanya, tapi nasiblah pakcik ni cakap,

"call driver bas trip-1. #Bas yang sepatutnya aku naik tu laa. Cakap kat dia. tunggu kat Tol Gombak sebab ada budak tertinggal bas. "

Alkisah Hampir Tertinggal Bas

8 comments:
Assalamualaikum.
Okeyy, hari ni dah officially cuti sem walaupun seminggu, bukan 3 bulan macam budak asasi yg lain. Tapi, seminggu pun best jugak dapat balikk. Lepas ni dah takada cuti. Terus final ! ==' Okeyy sebenarnya, ada cerita menyayat hati aku nak share dan memang aku takkan lupa sampai
bila-bila. Last Friday, was not my day.


Jumaat | 17.10.2014
Hari ni ada test Tech. Math then, quiz Proggraming (FP) Tapi disebabkan tiket bas aku pukul 1.30, so aku terpaksa delay ambil quiz. Habiss je class FP dalam pukul 12.35 dahh. Nak kejar bas lagi. Hadoii. Dah rungsing ni. Perjalanan nak ke KL Sentral bukannya senang dan bukannya cepat. Dah laa bawak beg. Kalau sehelai sepinggan, senang je lari pun tak ada hal. So, dipendekkan cerita, niat dalam hati ni memang nak singgah sekejap. Sekejap je kat Chatime, nak beli air. Tapi waktu ni jam dah pukul 1 lebih. So, terpaksa lupakan hajat aku ni.

Sampai KL Sentral dalam pukul 1.05 petang. Dan guess what ? Train KTM seterusnya ialah pada 1.23 petang !!! Ya Allah. Speechless. Tahu-tahu jelah kelajuan KTM tu macam mana. Paling kurang ambil masa 10 minit nak sampai Hentian Putra. Tu pun kalau train ni tak ada halangan. Harap-harap sempatlaa nak kejar bas aku yang pukul 1.30 tu. Bosan memang takboleh nak cakap. Menyesal pun ada jugak sebab Chatime aku takbeli =,= Ingatkan tak sempat, rupanya lebihh pada sempat.

Okeyylaa. Penantian aku berakhir jugak walaupun lewat 1 minit. So untuk confirmkan sama ada bas aku tu dah sampai ke belom, aku call laa counter SANI Ekspress . Nasib bas tu taksampai lagi. Oh! Aku naik SANI Ekspress untuk trip kali ni dan sebenarnya trip sebelum ni pun sama.
#Aku akan setia dengan SANI Ekspress lepas pada kejadian yang menimpa aku.

Pintu train tertutup. Waktu tu aku dah lega .. Then, pintu tu terbuka balik. Masa ni aku dah taksedap hati. Sebab ni bukan macam ERL boleh main bukak tutup pintu. Ni KTM ! Rupanya, lampu tengah merah. Dah bagi sesiapa yang pernah naik KTM ataupun Monorel, mesti korang tahu kan, berapa lama train ni akan berhenti untuk tunggu lampu tu hijau. Adalah dalam 10 minit. Sekali lagi, aku rasa macam nak nangis sangat-sangat. Buatnya, aku takbalik tertinggal bas. Memang meroyan aku balik hostel nanti T^T


Jam dah pukul 1.45. Masa ni aku dah frust sangat-sangat. Apa ke beng***nya train ni berhenti ! Memang aku dah putus harapan. Memang aku dahterlepas bas. Tsk tsk.. Dan akhirnya. train ni bergerak juga. Sampai je di Hentian Putra. Aku dah memang tasedap hati buat ke 121038103x kali sebab masa dalam perjalanan ke Stesen Bas Hentian Putra tu, aku bertembung dengan satu bas SANI. Waktu tu kiranya bas tu dah bertolak. Aku dah memang agak yang tu sepatutnya bas yang aku kena naik. Jam dah pukul 1.55 petang. Confirm!

So, aku terus call sekali lagi kaunter then jyeahhh, aku dah tertinggal bas ! :' ( So, akak tu cakap suruh aku pergi kat bas satu lagi then jumpa kerani kat sana. Tapi aku beli ticket online so, macam mana nak jumpa kerani tu kalau tiket tak ada. Aku pun pergi kat kaunter then cakap kat akak tu yang aku ada call tadi. Akak tu cakap suruh pergi kat bas tu. Kalau ada seat kosong tak ada hal. Tapi kalau dah full memang tak boleh nak buat apa.

Sampai je kat bas tu, aku cakaplah blah.. blah.. blah.. Then akak tu cakap aku dah terlambat. Dia pun check kot-kot adalah seat kosong tapi dah F U L L . So aku pun memang dah fikir, tak ada harapan nak balik laa. Terpaksa beli tiket lain laa nampaknya.



T A P I




akan bersambung. Cehh ! Konon-konon adalah yang baca entry ni. hihi Buat suspens sikit. Konon laah. Boleh je aku sambung tapi aku tengok macam panjang je aku taip ni. So, untuk sambungan jumpa next entry. For sure, aku memang dapat naik bas tu. But, how ??? 

Itu yang korang kena nantikan. Ni part yang paling interesting . Percayalah..^^

## Updated !!
Sambungan : http://anies-msletoes.blogspot.com/2014/10/our-lifes-in-allah-hand.html




11:50 P.M. 14.10.2014

1 comment:
Assalamualaikum.
Tanpa meninggalkan blog ni tak berupdate walaupun sehari, so aku share lah jugak hasil kerja aku tadi. Bosan memang bosan sebab idea tak hadooo.


Ni pun taktahu nak taip apa. Biasa idea merapu-rapu aku banyak. Sekarang semua dah hilang entah kemana. Sebenarnya, aku taksabar nak balikk Tranungg ! Taktahu kenapa, rasa nak balik cepat-cepat. Maybe sebab sekarang ni assignment pun dah ada menanti, task nak kena submit pun
adalah sikit berbanding masa short sem dulu. Short sem dulu aku enjoy je lebih. hehe ^^

Ni baru betul student life. haha Tapi alhamdulillah ni minat aku. So tak ada terasa macam terpaksa sangat. Sebab ni pun minat, passion aku. Berbeza masa sekolah menengah. =='

Chemistry, Additional Mathematics, Biology, Physics.

4 adik-beradik ni memang aku dah serik jumpa masa 2tahun dalam tingkatan 4 & 5. Cukup lah setahun lebih aku duk mengadap menda yang aku sendiri pun takfaham. Cg mengajar semua masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Takpun, bila dalam Lab faham, bila dalam class bukan main eksited lagi bagi response bila cg tanya. Bila keluar je class, melangkah setapak dua daripada Lab, semua ilmu tu hilang. Okeyy, tak berkat kan ilmu yang aku dapat tu =.=

Masuk U ni lah aku nak betulkan balik apa yang takbetul. Dulu, aku banyak main-main time belajar 4 beradik tu, sekarang aku nak buat yang paling terbaik untuk Sem 1 ni. Dan SEM yang seterusnya.
Sebab target aku, CGPA mesti above 3.5 

InsyaAllah.
#sesungguhnya tajuk entry aku memang ni je termampu aku fikir. Merapu tahap godzilla


Assignment : Model 'company' Sendiri

2 comments:
Assalamualaikum.
Hari ni aku takde class. Happy nya Haha Esok baru start class. Tapi minggu ni heavy week sikit sebab, dalam minggu ni laa ada test : Programming, Tech. Math dgn Competency.English.
So, takboleh enjoy-enjoy sangat even hari Jumaat ni start SEM BREAK. Ohyeahhh! Seminggu je pun tapi okeylaa. Lepas ni, rasanya dah takada cuti panjang. Bulan 12 nanti final.

Dan naik je daripada cuti, ada satu assignment menanti untuk dihantar kepada lecturer. Yang ni subject Multimedia pulak.

Poster In The Making 

Jyeahhh. Ini assignment aku. 
Design a poster; you may choose any types of poster example product, event, movie, campaign
etc. You have to decide a suitable theme, choose the correct colour, apply your creativity, neatness, and must put a slogan/tagline.
This task requires you:
  1. to capture a product photo,
  2. to be a model of the product / event,
  3. edit, add text and apply suitable effect to your design.

Yang paling takboleh blahh tu, syarat no.2 . Kena jadi model dalam poster tu. Mean, aku kena ada dalam poster tu. Muka aku kena ada dalam poster tu. 
Lantak la macam mana korang nak buat, asalkan muka kena ada dalam poster tu okey ? ==' 
Aduhai! Macam mana lah aku nak buat ni. Alhamdulillah, idea datang melimpah ruah, sampai aku pun dah feningg nak pilih yang mana. 


Oh tu bukan aku. Haha Ni hasil karya aku time bosan tadi. Syok syok tengah edit, tetiba pulak datang dugaan yang tidak diingini. Habiss hasil kerja aku. Nak save macam mana? Agaknya terpaksa (X) | Close photoshop then bukak balik. Sadissss tsk. tsk.

Nanti nak buat shooting kat KLCC. ngehehe Konon-konon jadi model lah sehari. Model untuk company sendiri pun boleh. Apa ? Kau mampu ??! haha ^^

#updated: nak tengok hasil poster, boleh ke link dibawah:
http://anies-msletoes.blogspot.com/2015/08/assignment-student-multimedia.html

Lelaki di Mata, Perempuan di Mulut

2 comments:
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama. Apa yang korang faham dengan tajuk entry ni ? Konfem korang tak faham kan apa yang aku maksudkan. Kalau aku pun aku takfaham. =='


Kebanyakan wanita akan meletakkan tangan mereka di mulutnya bila dia menangis.
Dan lelaki pula akan meletakkan tangan mereka di matanya bila dia menangis. Seolah-olah
mereka mengetahui dari mana banyak terhasil dosa, . . . 

[ Dr. Khalid Abd. Aziz Muhammad Al-Jubair ]

Pendek je kata-kata ni tapi memang deep. Deep sangat-sangat. Sentapp aku masa baca. Kalau kita sedar, memang itu pun yang kita akan buat. Perempuan, taklepas dari mengumpat. Mengumpat kawan sendiri, depan baik belakang jahat. Saudara seagama sendiri. Tanpa kita sedar, kita bekalkan dosa sebagai amalan di Akhirat sana. Allahu.

Lelaki. Walaupun perempuan dikatakan mempunyai 7 nafsu, lelaki hanya 1 namun yang satu itulah yang banyak membawa kaum Adam ini ke lembah dosa. Tanpa kita sedar, setiap perbuatan yang kita lakukan itu membawa kepada kebesaran ciptaan olehNya. Subhanallah ! Allahuakhbar !

"Ya allah ampunilh dosa2ku , suamiku, ank2ku, kaum kluargaku, saudara maraku, sahabat2ku dan muslimin muslimt.. sebelum engkau mngmbil nyawa sempatlh buat kami menyebut prkataan.. LA ILA HAILLALLAH.. ya allah pekenananknlh prmohonan kami ini Aaminn "

Share from this page : L I N K ( FB Ust. Ahmad Dasuki )



Food Review : Chemistry Cafe Seksyen 7

1 comment:
Assalamualaikum semua.
#RSH : stand for Ronda Shah Alam. haha Ntah pape. Never mind. So, tanpa membuang masa lagi, ni aku nak kasi cerita sikit berkenaan dengan Chemistry Cafe ni. Mula dengar daripada instagram, ramai recommend suruh pergi jugak cafe ni. Mula-mula memang macam, alahh... "cafe je pun. kat tempat lain belambakk kan"  TAPI yang bestnya, cafe ni memang lain daripada yang lain.

Untuk melengkapkan senarai tempat yang akan dikunjungi dalam list RSH, so aku dengan ex-roommate aku mmg decide nak jugak sampai kat cafe ni. Alang-alang dah sampai Shah Alam kan, lagipun dekat sangat dengan Laman Seni Seksyen 7, why not singgah sekejap ^^ Sebelum perjalanan iaitu sehari sebelum, kitaorang dah set baik-baik plan. Nak pergi yang mana dulu. Save address bagai. Dan kitaorang memang menggunakan perkhidmatan apps Waze dari awal sehingga akhir and guess what, kitaorang taksesat pun. hihi





Address : No 26, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7 40000 Shah Alam
Operational Hours : Monday-Friday = 12pm until 2 am
Saturday-Sunday = 10am until 2am
thechemistrycafe@gmail.com
017-6262797



Akhirnya, sampai jugak kat #chemistrycafe ni. Nampak banner warna hitam yang bangunan hijau tu, hah itulah tempat yang aku nak tuju. Type je alamat cafe ni di Waze, 100% korang akan jumpa cafe ni tanpa sesat. So, sebelum pergi sini, download dulu apps Waze, Apps Store, Play Store pun ada.


Ni merupakan laluan masuk ke lab aka cafe. Memang ohsem dan bagi aku, aku suka concept cafe yang macam ni.. kalau kat Korea, Jepun mungkin dah banyak tapi kat Malaysia pun ada jugak ^^ Acc, sebelah tong hitam besar belah kiri gambar tu, ada seat untuk customer. Kalau datang awal, konfem korang boleh pilih sudut mana yang korang suka. tak macam kitaorang =='

Kalau nak dapat tempat yang best-best, macam aku cakap, jangan datang lewat sangat dan jangan datang waktu hujung minggu. Kitaorang sampai pukul 5 petang, seat dah full. So yang ada untuk 2 orang, 3 orang, so kitaorang decided duduk berasingan dan aku pilih seat bar. Memang boleh nampak semua yang pekerja buat. Memang menguji iman aku betul tengok dorang masak waffle depan mata.


Memang rambang mata lah jawabnya >.< Aku kalau boleh nak je order kek, waffle, pasta, semualah tapi alhamdulillah nafsu makan tu masih boleh dikawal. Kitaorang memang sengaja nak datang lewat petang sikit sebab nak makan dinner terus. So, takkan nak pilih kek kan ? So aku pilih :


Chicken Lasagna : RM 10.00
Rate : 9/10

Untuk orang yang selera tinggi tapi kapasiti perut takberapa mengizinkan, aku recommend kan Chicken Lasagna ni. Memang sedap. Dahla panas-panas, nampak kecik je kan, tapi memang kenyang untuk makan malam bagi aku. Aku takorder air pun sebab dah beli chatime tadi kat Setia Jaya Mall.


harga RM 14 ++ kalau taksilap la

Rate : 9/10

Dan ni merupakan dinner pilihan Asilah. Aku lupa namanya apa, .. Aku masa nak order pun pening nak pilih apa. Tapi, korang jangan segan-segan tanya je pekerja kat situ apa yang best. Aku sebenarnya kalau boleh nak je ambik gambar menu semua tu tapi memang segan, haha Takpe kalau korang nak survey menu apa yang best-best kan, singgah je di IG #chemistrycafe , yang pasti korang akan rambang mata. Semua sedap-sedap. 


Menu untuk makan aku taksempat snap sebab menu ni ada kat counter. Baru nak ambik gambar eh, dah habis order. =,= Macam aku cakap tadi, sebab nak jimatkan aku takorder air pun cuma menumpang air kawan aku jer. haha Memang muka takmalu. InsyaAllah, next time aku nak pergi lagi sini. Order air sekali dengan dessert. 


Vanilla Junkie : harga lupa ( above RM 10 ++ )

Rate : 9/10

Harga dalam RM 11 ke RM 9 . Aku taksure sebab menu untuk air macam ni ada kat banner menu kat dinding belah atas. So, nak snap pun taklawa sebab sudut yang aku duduk ni taklawa. Lighting pun tak support aku punya gambar. Rasanya best .. vanilla plus ice-cream. 


Dan ini adalah order aku dengan kawan aku. Boleh la kalau berniat nak makan western food sikit kan. hihi Sorry sebab gambar memang takbanyak. Seperti yang aku nyatakan, make sure sebelum datang sini, save dulu address ni dalam Waze. Simpan di bahagian favourite. InsyaAllah, memang Waze akan guide korang sampai jumpa jugak cafe ni nanti. 





ICYDK

No comments:
Assalamualaikum.
Tiket bas dah beli.. tunggu nak naik je nanti. So, esok dah bermulah journey aku untuk 1st sem di Unikl. 2bulan lebih aku di Unikl tu just untuk short sem. The real sem start 8 September ni. So, do pray the best for me yoo guys ^^

Lately, ramai yang tanya apa font yang aku gunakan dalam blog ni.. then apakah tajuk lagu yang selalu 'menyambut' kedatangan korang bila visit blog ni.. So, entry ni aku bagi jawapan tentang persoalan yang bermain-main difikiran korang yer. hihi


Since 3 April tahun ni, buat pertama kalinya.. aku taktukar pun aku punya skin, template, header  Agaknya header ada kot aku tukar sekali. Tu pun sekali. Kalau dulu, tak sekali, dua kali sebulan aku tukar. Aku rasa macam bosan sangat tengok blog aku ni so aku tukar , .. tukar ..sampailah aku rasa puas.  Sekarang, memang aku dalam perancangan nak tukar design blog ni tapi disebabkan Photoshop aku ada problem so kena tunggu sampailah photoshop ni ok balik. huh =='

So, untuk font bagi sesiapa yang nak tahu : 


happy monkey

Tu nama font yang aku guna. Tak ada tokok tambah pun yer. Korang boleh cari font ni kat mana-mana web font insyaAllah jumpa. Kalau takjumpa boleh tanya aku lagi.. haha


Merdeka Kah Kita ?

1 comment:
Assalamualaikum.
Alaa ~ ~ tak sempat nak update entry ni semalam.. haha macam lama jer padahal baru beberapa minit yang lalu. .. Alhamdulillah semalam, merdeka !!! jyeah. eh ! Bukan semalam merdeka, Malaysia ni dah 57 tahun merdeka.. harap Malaysia ni akan terus merdeka, bebas sampai bila-bila , amin. Sebenarnya tajuk tu memang tak kena mengena pun dengan isi entry ni.. Saja nak buat korang tertanya-tanya, sama ada betul ke kita ni dah merdeka ??? merdeka dari segi apa sebenarnya Malaysia sekarang ni ? Dan apakah 'benda' yang kita belum merdeka ? Siapa tahu jawapannya, .. share-sharelah diruangan comment yer ^^

Tadi, setelah sekian lama tidak melepakkan diri di pantai menghirup udara 'merdeka' buat pertama kali dalam tahun 2014 ni, aku telah berjaya menjejakkan kaki di pantai Teluk Lipat, Dungun.. *even rumah depan pantai je ponn** ==' haha malasnya aku keluar rumah.. Habit mengumpul lemak memang tak akan pernah pudar,, .. guna Vanish pun tak boleh tanggal kak =,=



Ni lah suasana pantai Teluk Lipat masa petang tadi.. kawasan ni takramai sangat orang so memang bebas nak buat aksi apa sekalipun.. haha Aksi apalah agaknya yer ?? Selfie lah.. Lama kot tak 'berkoya-koya' kat pantai ni. Dulu masa zaman sekolah tu pernah lah jugak keluar dengan kawan then lepak kat pantai sekarang semua dah sambung belajar. Cuti pun tak sama so.. hurm T^T


Kalau datang Dungun jangan lupa singgah dulu kat pantai TL ni. .. kedai makan belambak habak hang. Memang sepanjang jalan pantai ni, kedai makan banyak sangat. Nak makan kerepok panas-panas, ikan celop tepung, udang sotong celop tepung .. pisang dengan ubi keledek goreng.. memang kat sinilah tempatnya.. LOL memang tengah promote Dungun pun >.^ Kat sini jugaklah terletaknya Uitm Dungun. Syioooot weyh petang-petang lepak sini release stress.. jangan datang dating sudaah

Akhirnya kamera Sony Xperia z1 ku juga mampu kelihatan seperti kamera iPhone 5s haha Yeahhh ! Akhirnya ada jugak effect contrast/brightness untuk sony.. 



Running Man VS Ice Bucket Challenge

2 comments:
Assalamualaikum.
Just wanna share with you guys gif yang aku ambik dari tumblr. credit to : smtownbaby Haha Thanks to her/him sebab buat gif untuk running man member. Tapi, sorang je takde, Jihyo noona. Aku pun taksure sama ada Jihyo noona memang tak ada orang calonkan dia ke, ataupun dia just donate without buat challenge tu. Takpe, nantikan jelah.. haha

Kalau hari tu aku ada share yang Jonghyun dengan BF dia, Kim Jonghyun of SHINee .. Kalau nak tengok ni linknya : klik SINI. So hari ni takada video. Video tu aku malas laa nak upload banyak-banyak. Just simple gif. Enjoyed ~

1. Lee Jae Suk


Hahaha Ya Allah gaya dia tuh..Menikmatinya kesejukkan ais tu.. Tergoda mak >,< Yang tuangkan ice tu kalau taksilap si Kwang Soo.. sebab aku ada tengok video ni. Wuiiih, sejuknya.. Bayangkan jelah. tempat dorang kan bukannya panas sangat pun. Kalau tempat kita ni, lain cerita. So aku salute kat mana-mana selebriti, person yang take this challenge. Daebakkk ! JJang ^^

2. Kang Gary


Apakah ??? O.o haha not to much reaction. Tapi ekspresi muka dia tu menggambarkan segala-galanya. Perhh.. ayat novel BM mana aku ambik ni ? haha Good job Kang Gary !

3. Ji Suk Jin


Short pant, short sleeve .. Bayangkan jelah 'azab' dia tuh.. hehe Yang kelakarnya orang yang tuangkan ais kat sukjin ni.. Siap terangkat kaki.. Macam siram pokok je aku tengok ==' ngehehe

4. Lee Kwang Soo


Menang White Falcon Guitar Keychains

1 comment:
Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan Kak Sally iaitu penganjur bagi CNBLUE Live Can't Stop in Kuala Lumpur Merchandise Contest, hari ni pada jam 2 petang, akan diumumkan pemenang bagi contest tu. So, hari ni membusykan diri so malas nak bukak laptop. haha ^^ berdebar punya pasal #serius taktipu. Then, bukak dashboard tadi, adalah salah seorang pemenang contest ni iaitu :


Girang : http://girangdottaeminmuch.blogspot.com/2014/08/menang-cnblue-photocard.html

Dia ada bagitahu yang dia menang cnblue photocard. Wahhh ! Bestnya . Masa ni aku dah terfikir, sapalah agaknya yang menang guitar tu.. hehe Sungguh taktipu yang aku berharap sangat untuk terpilih as pemenang utama ! haha Memang aku curahkan segala idea, bodekkan untuk terpilih. Tapi, bukan nak riak, atau hidung tinggi tapi aku memang ada keyakinan sikit lah yang aku ni ada chance untuk terpilih. perhhh ! ayat aku macam gali kubur sendiri jerrr =='


Bagi siapa yang nak baca, tengok, skodeng entry penyertaan tu, boleh klik SINI.
So, alhamdulillah terima kasih Ya Allah sebab murahkan rezeki aku dalam contest ni, dan juga terima kasih buat Kak Sally sebab pilih sebagai pemenang.Taksabarnya bila hadiah ni sampai. Ni nak belanja satu gambar Jonghyun hehe ^^




iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

3 comments:
#maaf di atas penggunaan 'aku' di dalam entry ini bagi mereka yang lebih 'senior' .. 
Assalamualaikum semua.
Setelah sekian lama memerah otak untuk menghasilkan entry penyertaan , so here it is. Terima kasih buat penganjur Denaihati dan para sponsor terhebat yang sudi menganjurkan contest yang memang lain daripada yang lain ni. Sape kat sini senang-senang nak bagi iPhone 5s FREE ?? So ni merupakan antara senarai penuh para sponsor terhebatt untuk contest ni :

Penaja Utama : http://amariman.com
Penaja Individu : http://ejamothman.com


# Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH. Semoga tenang dirimu di sana. Al Fatihah.. .. .

Seterusnya, sebelum ke entry penyertaan, bagi sesiapa yang tidak mengetahui apakah hadiah bagi contest ini, di sini ada senarai hadiah seperti yang dinyatakan di blog Denaihati :

  • Hadiah Utama : tiga unit iPhone 5s 16GB untuk 3 orang pemenang
  • Hadiah Saguhati : wang tunai (bakal diumumkan jumlah dan kategori di entry lain)



Lee Jonghyun dan ALS Ice Bucket Challenge

2 comments:
Assalamualaikum.
Wow ! Sekarang ni dah macam trend pulak IBC ni among people world wide, korean idols and artis antarabangsa. Artis Malaysia ada ke yang dah buat ? hehehe Taktahulah pulak kalau ada yang dah sahut cabaran ni ==, For those yang wandering apa itu ALS ice bucket challenge ni, korang boleh ke link ni :

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/08/apa-itu-ice-bucket-challenge-als.html

credit to : Kak Sally Yonghwa's 
Well, tadi masa aku scroll news feed di facebook, ternampaklah Allkpop ada post pasal Lee Jonghyun (CNBlue) dengan Kim Jonghyun (SHINee) take this challenge. Auwww my burning pun take this challenge. hehe Onew dah buat ke blom erk ? Rasanya blom kot. hehehe

Kalau korang nak tengok video tu boleh je ke link di bawah ni :

http://www.allkpop.com/article/2014/08/next-round-of-celebrities-get-drenched-for-the-als-ice-bucket-challenge


This two person sebenarnya rakan baik. Nama pun sama cuma nama keluarga tu je berbeza. Lee dengan Kim. hihi So happy and pround with my burning. Till here ^^

Kpop Shop Di Times Square Dan Sg. Wang Plaza

6 comments:
Assalamualaikum.
Sape antara korang-korang dear readers yang selalu pergi TS ? Hah ! Kalau aku, tiap-tiap minggu WAJIB pergi sana. Yelah, kat sana semua benda yang korang nak, ada.. so takperlu bazir masa pergi banyak-banyak tempat. Disebabkan aku belajr kat Unikl Miit, dan bagi yang tahu, Unikl ni mmg duduk tengah-tengah bandar. Kalau pandang depan nampak KLCC, pandang kanan sikit nampak Menara KL dan kemudahan awam pun senang nak dapat. LRT, Monorel, bas, teksi .. semua ada.

Alhamdulillah, tak adalah susah sangat kalau nak pergi TS, Sunway Piramid, Midvalley .. Bukit Bintang ke.. mana-mana jelah tempat yang korang nak tuju. So, berbalik kepada Kpop Shop di TS, aku jumpa kedai tu pun melalui Google #thanks abg. Google Mula-mula pening jugak nak cari tapi alhamdulillah akhirnya jumpa. Kalau korang dah familiar dengan TS, rasanya tak susah sangat kot nak cari kedai ni.




My Star Collection Trading
Business hours : Monday to Sunday - 11.30 am to 9.00 pm 
Address : Lot 05-34 & 36, 5th Floor, Berjaya Times Square, No 1, Jalan Imbi 55100 Kuala Lumpur 
Tel : 03-21447017 
Fax : 03-21489994 
Email : mystar_trading@yahoo.com 



Disebabkan keterujaan jumpa kpop shop ni, so aku sampai terlupa nak snap gambar depan kedai ni. Tapi gambar kat atas ni sama je dengan rupa kedai tu sekarang. Tak ada beza sangat pun. Kat kedai ni, macam-macam ada. Beg sekolah, sticker, fan, mask, keychain.. apa segala bagai merchandise kpop lah. InsyaAllah apa yang korang nak tu, ada : ) Kalau korang berbelanja lebih RM100 ++ korang secara automaticnya akan menjadi ahli dan mendapat membership selama SETAHUN. So, kalau nak dapat card tu, kena lah spent above RM100. Pakat je dengan kawan-kawan, nanti boleh dapat diskaun 10-15 % . Woahh best tu.. banyak save bajett kot.

Harga ? Harga bagi aku biasa-biasa je. Nak kata mahal tak jugak, nak kata murah pun tak jugak. So, moderatelah. Kalau korang order thru online kpop shop, korang kena tunggu 2-3 minggu kalau barang tu pre-order.. Kalau nak terus dapat, hah pergi je serbu kedai ni. Dibuka pada hari Isnin sampai Ahad. Senang cerita, tiap-tiap hari dibuka. Tapi tengok pulak jam berapa waktu beroperasi ^^

Kalau nak senang lagi, korang pergi naik Monorel. Jangan pulak pergi naik LRT. Korang ambil monorel dan berhenti kat stesen Imbi. Stesen Imbi ni terus sampai kat TS, turun tangga sikit je. So, takperlu nak berpeluh bagai jalan kaki semua tuh ... Tapi, kalau nak pergi TS, better jangan pergi masa weekend. Sesaknya macam suasana kat pasar malam. Serius aku taktipu. dan situasi dalam monorel ni pun sama. Kadang tu, korang terpaksa tolak-menolak disebbkan nak naik monorel so be ware hihi ==,

Ohyea, kedai ni terletak di tingkat 5, Wing side. Kedai ni terletak hujung sekali.. sebelah escalator. Bukan escalator yang kat tengah-tengah bangunan tau, tapi escalator paling hujung. Kalau korang naik lif yang transparent tu, sampai kat tingkat 5 korang pergi ke kanan, then jalan sikit belok kanan lagi.. straight sikit then belok kiri. Jalan depan sikit dah nampak banner biru tu. Kalau tak jumpa, korang pusing2 lah sikit kat area tu, konfem jumpa punya.

Seterusnya kedai di area Sungei Wang Plaza. Kedai ni sama je macam kedai yang kat TS ni.. macam-macam barang ada.. tshirt, taksilap aku album Kpop pun ada.. kalau salah, mintak ampun. Sorrylah, 2bulan lepas last aku pergi. InsyaAllah, nanti nak pergi lagi sana kalau nak cari goodies untuk kawan ke.. hihi ^^





Kpop Garden Merchandise
Business hours : Monday to Sunday - 12.00 pm to 7.00 pm 
Address : Lot T039, 3rd Floor, Sungei Wang Plaza, 55100 Kuala Lumpur 
Tel : 017-5876508 
Email : webmaster@kpopgarden.com 



Terletak di dalam bangunan Sg. Wang Plaza, di tingkat 3. Masa aku pergi sini pun aku sesat. huhu T^T sedih. .. disebabkan keazaman aku menggunung-gunung, so aku ronda satu floor akhirnya jumpa jugak. Aku tak ingat sangat area kedai ni kat mana. Tapi yang penting memang di 3rd floor. Kedai ni pun sama macam kedai kat atas..album, tshirt, banner, keychain handphone strap.. macam-macam ada.. Harga pun moderate.


Antara barang-barang yang aku beli.. haha sikit je.. Masa ni pun dah rabun mata. Tapi disebabkan nafsu aku dapat dikawal so, tiga benda ni je aku beli. Yang EXO handphone strap tu aku beli kat My Star Collection Trading. Selebihnya di Kpop Garden Shop : 

Kris mask ; RM 8.00 
CN Blue handphone strip ; RM 4.90

Kalau tadi naik monorel berhenti di stesen Imbi, yang ni korang naik monorel dan turun di stesen Bukit Bintang. Jarak TS dengan Sg. Wang ni tak jauh sangat tapi better naik monorel kalau malas nak jalan kaki. Kalau nak hirup udara bandar, hah jalan kaki jer.. hiihihihi Btw, kedai ni jugak ada beroperasi di facebook.


Facebook : Kpop Garden Merchandise

Apa lagi nak membebel erk ? Rasanya dah tak ada kot. So setakat ni je entry untuk for those yang wandering kat manalah kedai KPOP shop di area KL ni. Apa-apa persoalan boleh tinggalkan di bahagian comment. Till then.