Pernah Terjadi Tak ?


<< yJ <3 yJ <3 yJ <3 >>

Assalamualaikum semua.. Hari ni dah 20hb , hari Selasa. Semenjak cuti sekolah ni, tarikh pun
aku tak ingat. Jangan dikatakan tarikh, hari pun sama. Nano betol lah.. Ingat tadi nak ambil hw
ngan Dayah tapi dia pula xreply mesej. Rumah tak kenal macam mana nak ambil.. Tertunda le
esok. Eh, hw bukan sikit doe.. Semua soalan JPN Terengganu yang akhir tahun & tambahan
dari cikgu. Biasa lah tu. Tak perlu merungut. Sebenarnya, aku nak cerita pasal apa yang terjadi
kat aku masa hari Jumaat hari tu, bersamaan 16hb, dalam pukul 10.30 macam tu le, aku nak
letak le kucing aku Si Fiona tu dalam sangkar dia. Sebab memang menjadi kebiasaan dah aku 
lepas Fiona dalam rumah. I mean dalam bilik I : ) Masa keluar dari pintu tu, Fiona gigit tangan 
aku. Sakitnya takboleh nak cakap. Dah la taring tu tajam.. Maka terlepas la Si Fiona tu.. 

Dia pergi mana? Pergi mana lagi, dia masuk ikut celah-celah pagar then keluar jalan-jalan
makan angin. Hadoii! Nahas aku! Kalau mak aku tahu ni, aiishh! mengucap panjang aku.
Aku senyap-senyap ambil kunci pagar sebab adik aku dah kunci pagar. Time tu pulak ad
Maharaja Lawak Mega 2012. Jozan takbuat persembahan lagi ni. Si Fiona tu entah main kot
cerokk mana ntah. Senyap-senyap dengan tak pakai seliparnya, aku panjat pagar.
taksepenuhnya la.. separuh jee. Ahhha! Tu pun dia.. duk mengendap nak masuk dalam semak la
tuh.. Dalam hati, " eh!takboleh jadi ni! Kalau dia masuk semak... eh, macam-macam ada dalam
semak tu.. Ya Allah,!!" Aku pun pakai selipar then bukak pintu pagar. Rasa macam buat jenayah
pun ada. Padahal tu rumah sendiri. Aku pun panggil dia. "baby! aiik! masok .. " dia nampak
aku terus dia masuk dalam semak tu. Aku pun tercegat kat situ macam orang gi** !
dah le gelap. seram sejuk plak rasa.

Aku taktahu buat apa. Menda ni dah banyak kali dah terjadi. Adala dalam 2 3 kali dia buat macam
ni. Akhirnya balik jugak. Tapi tule aku takut dia takbalik jee. Tak tahu jalan balik ke.. ish!
mak ngn ayah aku taktahu. Aku masuk dalam rumah buat taktahu, duduk atas kerusi. Eh, Jozan
punya turn le. Aku fikir positif, nanti dia balik le tu.. Aku taksenang duduk dah nii.. Jam dah pukul 
11 lebih.. Takbalik-balik lagi kucing ni.. Mak aku taktahu.. hehehe B- ) Ayah aku pun tutup lampu
depan. Ohman! Lama tu, aku intai kat pintu slading, taknampak batang hidung pun.. mana dia
pergi ni.. Dah hampir 11.30 malam. Sambil tu sempat lagi aku layan facebook.. hahaha ~ tiba2x!!
terdengar satu suara merdu ~ meo0w .. me0ow .. Ahhhhha! Tu mesti Fiona tuh! Aku bukak pintu.
Memang betul sangkaanku.. Dia duk tercegat atas meja kat luar rumah. Mujur dia tak lari. Huh!
Alhamdulillah. Aku pun tengok badan dia. tak kotor. Then, aku masukkan dia dalam sangkar dia.
Okey, the end ~ Ni pun dia duk kacou aku. Bosan le tuh : ' )

<< hah! tengok! siap boleh tidur lg. ni baru aku ambil. >>

Gedik tak? adoiii! Sorry quality gambar ni low.. hehe biasa la lappy muroh je.. Dan jangan lupa sentiasa mendoakn saudara kita di Gaza. Assalamualaikum .. 




No comments:

Post a Comment