Di Sebalik "in relationship with.."




Seorang wanita yang berani meletakkan "in relationship with" kekasih bukan mahramnya itu. Ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah.. kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengan kekasihnya.. Sama seperti dia sedang istiharkan kemaksiatan. Tahukah anda bahawa meletakkan "in relationship with" kekasih yang bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??

Apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa?? 
Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...Tahukan anda bahawa, sedangakn dlm pertunangan Nabi SAW sendiri ad mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan.. Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram.. tetapi nak tunjuk kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status 
pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi SAW menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana sabda Nabi SAW :

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan"
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan
oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Oleh itu, janganlah kita berbangga dengan status "in relationship with" kekasih yang bukan mahram itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja.. Nak selamat dan elak dari fitnah?? 

Halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat..

No comments:

Post a Comment