Rumah Kata Pergi, Sekolah Kata Mari

No comments:

<< rumah impian. bestnya ada kolam camtu. Ohh! >>

*PERINGATAN!
Entry Ni Mungkin Agak Panjang Bersamaan Last Post Untuk 2012 . Last ??!
Assalamualaikum. lailailai Semalam (28.12.2012) askar-askar yang seangkatan
dgnku dah berangkat ke medan perang. Adushhh! 31hb ni giliran aku pulak.
Nampak sangat dah taksabar nak pergi  berperang. Kenapa awal sangat??
Biasalah .. Yang pergi awal ni pangkat-pangkat sarjan, mejar, koporel
#aku hentam je nih! Pangkat yang tinggi-tinggi le. Yang tinggal semua pangkat
biasa. Orang penting mesti kena mai awal. Kena hadir kursus kepimpinan la ..
menda alah tu le. & malam semalam merupakn first night dorunk stay d asrama.
Esok lusa aku pulakk! OhNoo ! >.< Masih belum siap nih! Sape kat sini sama
nasib dengan aku ??! yeaHh! high 10 ( ^. < )

Tapi, .. di dalam ketidaksanggupan aku nak balik asrama, aku rasa dah banyak
perubahan yang berlaku kat diri aku. Maaf ye. Aku nak cerita sikit kronologi aku kat
sini. Harap sudi 'mendengar' TY . 29 Februari 2012 . Tarikh keramat aku mula
menjejakkan kaki ke bumi SAHUT. Okey tipu lah kalau ak kata tak eksited. Cehh!
hari pertama dah nangis. What the ?? haha Biasa le tuh. Kat sana, 100% berdikari.
Dari segi kat asrama atau kat sekolah. Kalau sekolah harian biasa kebiasaannya
cikgu yang buat. Tapi kat sini atau senang cakap kalau kat SBP atau MRSM
#mungkin , pelajar yang kena cari cikgu. Bukannya cikgu cari kita. Bilik guru tu
dh mcm tempat yang sangat familiar bagi student SBP. kecuali aku. LOL ha3 Okey,
semuany terbukti melalui result akhir thn aku. Sesangat memberansangka. Erk??
Sebaliknya : ) Masa nak daftar nanti tahu le aku kelas ke berapa & my mother +
my father akan start bagi syarahan dorunk. 

<< Rumah ku syurga ku >>

Tapi aku perlukan bebelan mereka seriously. Kenapa ??! Nak dipendekkan
cerita yang takberapa panjang ni, aku ada seorang kakak perempuan. Awak, takde
kakak lelaki kecuali kalau kat indon dorunk panggil abang dia 'kakak' ?? And she is
already 18 y/o going 19 on 2013. Speaking London bohh! haha LOL Result SPM
dia memang gempakxs habiss! straight A 9A+ , cuma BIO je A solid. Sekarang tengah
buat A level. InsyaAllah kalau ada rezeki dapat ke luar negara. InsyaAllah : )
Mak aku selalu cakap yang aku kalau nak berjaya macam 'along' aku kena belajar
rajin-rajin. Along tu Allah dah bagi dia otak yang brilliant, tapi semua orang boleh
berjaya cuma aku kena usaha lebih berbanding kakak aku. Kembali pada tahun 2008.
Masa ni aku darjah 6.

Result UPSR aku biasa je. Xde apa nak dibanggakan. 3A 2B haha Aku menangis
kot masa ambil result. Kalau nak cakap aku ni memang banyak main masa ni. Tak 
ada langsung rasa nak berusaha. Ala kadar je. Nak 5A tapi takberusaha takguna
jugak. Agak sedih sebab, .. biasalah kalau pergi kat mana-mana terutama kalau
time raya. "Angah sekolah kat mana sekarang?" Aku jawab sek ..
*sek harian " Ohh. " Tkde apa nak cakap lagi. Tapi kalau tanya kakak aku.
"Ohh. TKC Sekolah cerdik tu kan?" po pek po pek ~ Situasi yang paling aku
menci bila parents kita terutama mak kita lah yang selalu duk banding kita dengan
anak kawan dia lah .. anak jiran lah .. so on. .. Ohh! Cepat-cepat aku buat
takdengar. Kalau dengar lagi parah. Kan ?? Mesti pernah alami bukan ??
Biasa lah mak kita memang camtu ; )

<< and im gonna miss my bed : ( sobsob >>

Amboii dah jauh perjalan kan ?? Dah masuk mood mood sedih habess. kuikuikui 
Sekadar perkongsian terakhir buat tahun ni. 2013, The Real Adventure.
Wahh! Dah mcm tajuk filem gitu. Sebenarnya, tahun depan baru betul tahun yang
sangat mencabar bagi aku & sahabatku sekalian. Ya Allah harap semuanya 
berjalan dengar lancar, Amin Ya Allah. Okey terima kasih sebab sudi meluangkan
masa anda kat teratak buruk saya ni. Dengn kesempatan ni jugk saya nak mintak
maaf kalau ada terkasar bahasa sepanjang enrty ni atau entry sebelumnya. Moga-
moga kita mendapat pentunjuk hidayah serta perlindungan dariNya. InsyaAllah.
Assalamualaikum dan 2013, please be nice ; ' )



Hujan Itu Hujan Rahmat

No comments:


Assalamualaikum. Haiiiih #mengeluh Pagi-pagi buta ni ada ke orang yang still
online ?? Bertemankan katak yang kat luar takhabis habis duk buat karaoke/ 
konsert memanggil hujan. .. '' hujan oh hujan kenapa kau tak turun, .. " 
Saja jee ni aku menyibuk nk jgk hupdate blog. Lepas ni aku lesap la sebulan then 
ada balekk. kuikui2x Nak buat macam mana musim sekolah dah nak bermula 
dan 'saya' masih budak sekolah. Alhamdulillah akhirnya siap juga aku menyiapkan 
pengeditan skin. Adush! BM hancoss! cincai mincai sekali. Masih mengekalkan 
theme warna favourite ku : biru plus grey/white. Simple & kemas. Sebenarnya aku 
ada story nak mory kat sini. Tapi tunggu next entry lahh. 

Kat sini (dungun) hujan takhenti henti. Takpe lah, hujan rahmat : ) Mandi hujan aku
hari ni. Kebetulan ada saudara bertunang. Kedek-kedek aku ikut mak aku. Punya le
lama nak tunggu rombongan lelaki sampai. Naik bosan jugak aku dibuatnya.
Tapi muka kena nampk cool . Takbaik kat majlis org ni : D Smpai pukul 2 lebih. Pukul
3lebih baru bertolak pegi bandar nak beli barang untuk KEMBALI KE SEKOLAH.
Sperti biasa. Makanan didahulukan Kepuasan diutamakan . hahaha Nmpk sangat xde
kena mengena. PuiiiyyY : P *Ya Allah xsenonohnya Okeyfine xjadi pulak sebab hujan
lebat. Nak hangkut barang macam mana? nak redah hujan lagi tambah-tambah 
parking pulak penuh. Petang tadi, ayah aku ajak keluar jugak. 
Hujan ke takhujan ke redah je. ..

Sesungguhnya memang basah kuyup aku jadinya. ketarr ketarrrR SEJUK
Balik rumah terus serbu bilik air. LOL hahaha okey Over pulak aku cerita smpai 
ke bilik air. Stop here. Moga kita semua mendapat perlindungan dariNya. 
Assalamualaikum .. 

Cara Potong(cut) Lagu (ringtone)

1 comment:

Assalamualaikum.
Sebenarnya aku nak share sikit ilmu yang aku ada. Ilmu memotong lagu. Erk? maksudnya nak cut lagu. Sesuai kalau bagi nak buat ringtone. Maksudnya nak pendekkan lagu. 

Ada ilmu tu lebih baik share. Jangan kedekut sangat. Ekcelli, kalau korunk bukak goo0gle pun boleh je cari cara nak potong lagu. Tapi takpe le, aku nak share jugak. Mana tahu esok-esok aku tak hengat, rujuk balik entry ni : P hehe

1. Mula-mula sekali tekan link ni >> HERE.


2. Open file. Tapi kalau nak ambik terus dari Youtube pun boleh. Tekan link kat bawah open file tu : from YouTube or SoundCloud

3. Lepas dah pilih lagu mana nak cut. Automatic dia terus ke second step : cut. Macam gambar kat bawah ni.


4. Seterusnya kena fokus sikit. Cukup main-main! #cehh! acah je tu ==' Okey, tutorial aku ni fokuskan cara nak buat ringtone. So, 1st. enable fade in. Macam gambar kat bawah ni. Tujuannya memang untuk ringtone. Kalau nak tahu perbezaannya, try korunk enable dan not enable (betul ke not enable?) Ia macam jadi increasing ring. Tpi, kalau tak nak enable pun takpe. Pastikan enable fade in & fade out.


5. Untuk cut lagu, korunk alihkan anak panah warna biru yang belah kiri tu kat minit lagu yang korunk kehendaki. Yang setentang fade in tu. Okey, manakala anak panah yang hujung belah kanan tu (setentang dengn fade out) korunk halakan kat mana lagu tu berhenti. Contohnya macam kat bawah ni. 


6. Faham tak faham tak?? hehe Selepas dah selesai tekan button : cut yang warna biru tu. Sejurus selepas tu dah boleh download. InsyaAllah jadik. 


 Kalau takfaham boleh tanya. Mana yang boleh saya tolong,
saya tolong.  Senang je ni. Budak tadika pandai buat.
ehhehe #koya betul : D

Lumrah Seorang Pelajar Sekolah

No comments:

Assalamualaikum semua. Hari ni sudah 17hb. Esok 18, lusa 19, tulat , ?? 20hb ?? Eh,
sekejap je kan. gagaga Sesungguhnya ini le detik-detik yang paling aku benci. Saat-saat
apabila harus meninggalkan home sweet home. Rasa berat je kaki ni nak melangkah 
keluar. Dah nak masuk setahun tapi masih susah nak terima kenyataan yang my first
house is asrama. Masih takboleh terima realiti ni. Ohh stresSssSs #versi gary RunMan
Tapi memang susah sesangat nak terima kenyataan ni. homesick! homesick! Kalau
boleh aku taknak le homesick ni. Malu je dengan budak F1. Dorunk lagi happy adalah
bila jauh dengan keluarga. Independent katakan. Aku pun nak independent gak. Nanti
kalau travel #insyaAllah asyik homesick je. Malu kat orang laa .. Tapi kan aku positive
menda ni (homesick) tak akan berlaku kalau dah kalau aku masuk U esok-seok ke.
Why ? Y ? y ? kenapa ?

Sebab bagi aku, aku ni cuma nak sedikit kebebasan & hiburan. Tapi alhamdulillah aku
bersyukur sangat sebab sekolah aku boleh bawa MP3. Tapi lagi best kalau dapat bawa 
lappy. Macam SESTER taksilap aku lah. Best juga kan ? Cerita pasal sekolah ni aku
LEMAH sangat ni. Homework aku taksiap lagi. Tahu taksiap tapi kenapa takbuat! 
Relaks semua. Kalau korunk student tak kesah SBP ke MRSM ke harian ke mesti
tahu kan perasaan ni, .. yang memang pernah aku mentionkan dalam post sebelum ni. 
Agak-agak perasaan apa erk ? Biasa le, M>A>L>A>S haha LOL pernah dengar kan?
pernah sebut kan? pernah alami kan ? normal lah tu ==' Lumrah hidup seorang manusia.

Andainya kan homework tu jenis yang 'bulat-bulat' je, best weyh! Alla! Maksud aku
yang jenis ada plihan jawapn tu lah. A B C tu lah. Namun, homework aku sekarang
semua tinggal yang menulis. Yang jenis 'bulat-bulat' tu awal-awal aku dah siap. Semua
nak menulis. Semua nak guna tangan. Moga-moga sempay siap lah kan? Lagipun,
aku(termasuk F4 tahun ni) dah xde homework tahun depan. Maybe masa
ni kitorunk tengah kerja ke, .. holiday ke, .. pepun BEBAS daripada homework lah. 
Tapi bila masuk U nanti, InsyaAllah assignment sedia menanti. LOL 



Tak Guna Punya Jantan !

1 comment:
Assalamualaikum.
Amboi seram tak tajuk I? Eh! Jangan salah faham pulak. Ni takde kena mengena dengan manusia yang bergelar LELAKI. Cuma 'jantan' yang aku maksudkan ialah kucing. Hah! kucing... .


Gambar kat atas tuh kesan daripada gigitan gigi si Fiona. Okey Terima kasih. Banyak jugak le darah yang keluar. Tak pasaii pasaii aku yang kena. Semuanya bermula bila aku nak letak balik si Fiona ni
dalam sangkar dia. Aku dah tutup dah pintu. Nak pergi tukar air kejap. Tak lama tuh. Amekoww!
Pintu tu dah terbukak. Aku tengok kat pagar. Dia dah suUUupP ~ keluar celah-celah pagar. Ni bukan 1st time. Dah banyak time dah. Dalam entry ni aku ada cerita gak.  Entry Ni! Okey. Dia selinap keluar. Hadoii. Aku tunggu le depan rumah ditemani angin sayup-sayup.

Rumah dekat pantai. Best jee layan angin malam sorang2. Haiiish. Dah lebih 10 minit ni. Tak lama tu aku dengar bunyi kucing gaduh rebut laki. hehe Bukan rebut laki lah. hahaa Mana aku tahu. Firasat aku menyatakan tu bunyi kucing aku sebab dari siasatan aku ditempat kejadian, ada tompok-
tompok bulu yang keguguran. Ni takdelain bulu kucing aku le nii. Hadoii. Bergurau kasar pulak si Fiona malam ni. 

Aku pergi ambik kunci > buka pintu pagar > terus ke tempat kejadian kedua > mendapati kedua-
dua suspek masih berada di situ  

syuhhhsh! syuuhsh! Aku halau kucing sekor lagi tuh. Kucing ni???! Kucing ni memang berkenan lama dah rasanya dengan kucing aku. Sebab si Fiona reject kot malam ni gaduh. Aku pun halau le
kucing tuh. Dia blahh macam tu je. #dah le takmintak maaf Aku ni dah risau tau takut-takut kucing aku tu cedera. Jantan vs Betina Kahsian si Fiona. Nanti le aku panggil si Jantan tu naik court aku. & kucing aku duduk bawah kereta. Tempat ni ialah rumah jiran aku. Huh! Mujur tuan rumah xde.
Kalau takk.. 

Okey. Kucing aku mengeram kot. Tak tahu nak transalate mcmmana. Aku tak tahu nak buat macam mana nak suh dia keluar. Aku panggil dia buat xlayan. Mcm-mcm ragam cara aku panggil dia. Tak kira dah atas semin ke hapo0.. redah jee! kucing aku kot. Tak lama tuh jiran aku yang rumah
sebelah tempat kejadian balik. 

" Mati aku. Buat taktahu jelah. "

Ye lah. Kan dia ingat aku pencuri ke hape nak curi kereta tuh. Tak pasai-pasai dilabel mcm tu. 15min berlalu. Dgn bantuan kakak aku, dapat tarik dia. Even masa tu dia sangat agresif. Mata bulat gila. takoot aku. Masa tu le dia gigit aku punya jari. Ya Allah. sakit sangat. Sebenarnya aku alas dengan kain lain kat tangan aku tuh. tembus kain tu kena lah jari aku. 
Pedih sesangat. Okey 
The End.



" I tak pun tak nak terlepas! "

No comments:
Assalamualaikum semua. 
Okey, gambar kat atas tu aku tujukan khas untuk tarikh hari ni >> 12 Disember 2012 > 12.12.12 Lawa kan? Lepas ni dah xde da 13.13.13 atau 14.14.14 Alhamdulillah masih bernyawa lagi kita :) 

Taknak terlepas post sebenarnya. hehehe Ekcelli, baru-baru ni aku ada tempah baju dalam internet. Senang cakap jersey la. Jersey bola yang Chelsea punya. Oh oh oh! Blue kot : D Lawa le..
Sebenarnya tak minat pun Europe punya club ni. Saje suka-suka. Tapi tak sampai-sampai
lagi. Huh okey sabar...

Petang tadi ibu dapat call dari abah. Dia cakap dia cuti tiga bulan. 3 bulan? oh my ! Okey
sebenarnya abah pernah cuti 5 bulan tanpa gaji kot. huh! Dah le tahun depan banyak nak
pakai duit. Aku nak SPM, adik aku nak PMR, kakak aku sambung belajar. Okey dan 2 more weeks
then goodbye sweet dream goodbye home sweet home. Welcome 2013 and I will become the
SPM victim . I mean candidates :) Hahaha LOL SPM kott.

Youtube > loading > search > ? > Istambul Aku Datang > loading > start ;')
Hahaha Save bajet.

Teringin sebenarnya nak tengok cerita  ni. Yelah asyik tayang kat iklan je. Tak main le.
Nak full movie punya. So, thank you Youtube. And banyak juga yang komen. Kebanyakannya
negatif. The story is blah blahh blah. Entah le. Tengok sendiri le. Nak komen tak tengok
habis lagi.


Yang Cerdik/top Selalu Famous

1 comment:
Assalamualaikum semua. 
Adakah anda masih dalam mood happy? excited? hehe Alhamdulillah. The Tigers dah baham itu garuda. Tapi aku tabik le dengan peminat Indon yang still sokong team dia even dah masuk masa kecederaan. Just segelintir le. Hah! Ni satu lagi. Perlu ke bergaduh pasal bola? Tapi satu je, even kita
menang sekalipun, janganlah kita caci/hina/kutuk dorang. Nak kutuk ke hape tuh berpada-pada le .. Bersyukur le Malaysia menang. Tu je. Kutuk? NO!

Okey sebenarnya nak share something. Korang perasan tak, kebiasaannya kan pelajar yang famous kat sekolah mesti pelajar TOP atau pelajar bijak le. anak emas cikgu :) Tapi ada juga yang famous sebab lawa dan seangkatan dengannya. Anugerah Allah : D

Hah! Kadang-kadang kan, pelajar yang baru pindah ni pun famous jugak. Semua nak kenal. Kalau lawa #thumbs up Tapi kalau kureng #thumbs down Mula le jadi bahan mengumpat. Apa derr.. Budak cerdik ni, pergi mana, mesti orang cari/kenal. Kita pun boleh jadi camtu kalau dengan satu syarat.

Buang jauh-jauh perkataan MALAS yang sering menghiasi hari-hari kita dan juga perkataan, BIAR/NANTI Macam;

" Arh! MALAS lah nak buat kerja sekolah. Layan bola dulu. "
Dari jauh tengok beg sekolah. " Kerja sekolah? Eh NANTI laa. Cuti sekolah masih panjang "

Lebih kurang macam tu ler. Oh! Bagi yang dah biasa macam aku ni, memang susah nak buang
perkataan tu yang sering duk main dalam kepala hotakk ni. Note untuk diri sendiri jugak ni. Dah 2hb disember. Akhir bulan bermula lah hidup aku di asrama. NO WAY! 

Bila Tangan Dah Keras. Apa Dah Jadi Ni??

No comments:
<< itu tangan saya ;P >>

Assalamualaikum semua. Okey, tangan aku sememangnya dah kaku/keras. Akibatnya, nak
menulis pun takbest. Xsyiioo0k lee.. Aduhh! homework bertimbung macam gunung weyh! Tapi,
tangan ni pulak rasa 'pelik' bila nak menulis. Ni mesti sebab banyak menaip nih! hahaha Takpe,
slowslow : ) walaupun dah dekat hujung bulan 11. Senior sekolah aku dah meninggalkan
'bumi SAHUT' yang tercinta tuh. So maknanya, aku dah, senior? kuangkuangkuang Kena
jadi contoh lee lepas nih! control sikit perangai. hahaha SPM ==' Go Batch 96 0913 : D

Wah! Taring harimau dah tumbuh balekkk! Alhamdulillah : ) tahniah wahai Sang Harimau Malaya!
Teruskan. 1hb lawan Indonesia. Oh! Garuda?! Harimau, ngauuUmm #dengan muka ganas 
Takde apa dah nak bebel, cuma sekarang ni ntah tak tau angau pulak dengan si Johnie@Jonghyun
CNBlue : ) Wah Collin! Collin? Kenapa Collin? Hah! try le tengok drama A Gentleman's Dignity.
si Johnie ada ;0) Comell giler dia. Okey, Nak teruskan berusaha 'melembutkan kembali tangan
yang keras ni. 

Because Allah Is Always By Your Side

No comments:

"Oh My Lord! Open my chest. And ease my task for me.
Remove the impediment from my speech so that they
may be understand what I say. "
SURAH TA-HA [20.25-28]

InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. You find the way.. Assalamualaikum semua. Hari ni semua
tak kena. Rasa nak melenting jee. Nak buat homework, PEN! Pen takde dakwat. Apa mau 
susah? Beli le yang baru.. Tapi, mak aku mesti malas daa nak keluar. Nak tengok drama/
facebook/youtube, internet connection,LEMBAB! Download lagu? Lagi hampehh.. Satu lagu
30 minit. ==' Hadoiii, Nak makan xde selera. Nak buat apa semua M>A>L>A>S !
Sesungguhnya, perkataan M.A.L.A.S ni le, paling aku benci nak sebut, nak dengar, nak nampak!
Semua laaa.. Nak tenangkan hati yang tengah gundah gelana ni #betol ke tu? Aku pasang
lagu No Promises-Shawn Ward. Tekkk! Rejected! Pastu, Love Story-Taylor Swift. Tekk!
Rejected! For The Rest Of My Life-Maher Zain. Tekk! still rejected! & finally, InsyaAllah-
Maher Zain. 100% accepted : ) Alhamdulillah. Tenang hati dengar lagu ni.. Tengok kalimah
Allah pun tenang. Terima Kasih Ya Allah.

27 November | Fiona's birthday. hahaha : D happy birthday boo! Birthday yang ke-5 kucing aku.
LOL kucing? Yess. Kucing. Semoga panjang umur & thank you for always be in my heart
and thank you, bacause you always by my side. Ya Allah, terima kasih kerana mengirimkannya
untuk ku. Terima Kasih Ya Allah. Teacher BI aku Pelik Binti Hairan, kenapa orang yang ada bela
kucing/anjing/arnab/hamster etc ni suka share, post, cerita & etc pasal haiwan peliharaannya.
Perlu keee? LOL Miss, Miss mungkin hairan tapi bagi kami yang 24/7 dengan haiwan tu, banyak
yang berlaku yang hanya tuan dan haiwannya sahaja yang merasainya. Lagipun sahaja nak share
cerita-cerita lawak or sebaliknya kat kawan-kawan, public. Bagi aku, aku suka dengar cerita
sal haiwan peliharaan orang lain. Kita pun banding le ngn haiwan peliharaan kita. : ) Best!
Sharing is caring. Kan?? : ' D

& sekarang dalam proses menamatkan drama korea, A Gentlemans Dignity. Aku Cadangkan
drama ni! Serius best sangat-sangat & teramat kelakar. No wonder le, kalau orang cakap
aku macam orang sengal kuasa dua sebab gelak sorang2x, huh! Lumrah tengok cerita korea
katakan. Nak nak yang jenis Comedy . terbaekkk : ) Even, the hero & the heroin bukan dalam
kategori 20++ years something, tapi siyes best. cerita ni xle nak kata sedih sangat. Tapi haritu
aku tengok My Girl, hahaha Baru nak tengok. Sedihh sangat cerita ni. Nangis pulaks tu! gagagaga
Mujur aku tengok masa tu, semua dah tidur. Kdrama memang best. Tambah-tambah pulak
dengar variety shows dorunk. Gempakkk! : D

Sukses! Sukses!

No comments:

Assalamualaikum.. Entry yang pendek #insyaAllah Tengah layan lagu Ada Cinta by Irwansyah
ft. Acha Septriasa. #entah betol ke tak aku eja nama dia?! Dan baru habis layan MAS punya
game. Gempak! Okfine Seri dengan, Bangla Bangladesh? WTCat ! grrrr ~ Ups! Ekcelli,
memang dah agak dah.. always bagi chance kat pasukan lawan bila minit-minit terakhir. Jujur
kadang-kadang putus harapan kalau tengok skuad harimau ni main. Berserah jelah next game
dorunk ngan Singapore. Singapore pun boleh tahan gak. Singa vs Harimau ? Sape baham sape
dulu erk ?? gagagaga Tadi sempat juga layan group SBP 0913 ! siyes weyh! gempak laa
diorang.. ROLF Everytime aku baca post/comment dorunk, mesti gelak sorang-sorang.
Aku sayang batch aku! 0913 and terutama CnC ! Hope the new KP and PKP dapat
tadbir SAHUT lebih baik tahun depan. Termasuk juga PP . goodluck guys! :)

Pernah Terjadi Tak ?

No comments:

<< yJ <3 yJ <3 yJ <3 >>

Assalamualaikum semua.. Hari ni dah 20hb , hari Selasa. Semenjak cuti sekolah ni, tarikh pun
aku tak ingat. Jangan dikatakan tarikh, hari pun sama. Nano betol lah.. Ingat tadi nak ambil hw
ngan Dayah tapi dia pula xreply mesej. Rumah tak kenal macam mana nak ambil.. Tertunda le
esok. Eh, hw bukan sikit doe.. Semua soalan JPN Terengganu yang akhir tahun & tambahan
dari cikgu. Biasa lah tu. Tak perlu merungut. Sebenarnya, aku nak cerita pasal apa yang terjadi
kat aku masa hari Jumaat hari tu, bersamaan 16hb, dalam pukul 10.30 macam tu le, aku nak
letak le kucing aku Si Fiona tu dalam sangkar dia. Sebab memang menjadi kebiasaan dah aku 
lepas Fiona dalam rumah. I mean dalam bilik I : ) Masa keluar dari pintu tu, Fiona gigit tangan 
aku. Sakitnya takboleh nak cakap. Dah la taring tu tajam.. Maka terlepas la Si Fiona tu.. 

Dia pergi mana? Pergi mana lagi, dia masuk ikut celah-celah pagar then keluar jalan-jalan
makan angin. Hadoii! Nahas aku! Kalau mak aku tahu ni, aiishh! mengucap panjang aku.
Aku senyap-senyap ambil kunci pagar sebab adik aku dah kunci pagar. Time tu pulak ad
Maharaja Lawak Mega 2012. Jozan takbuat persembahan lagi ni. Si Fiona tu entah main kot
cerokk mana ntah. Senyap-senyap dengan tak pakai seliparnya, aku panjat pagar.
taksepenuhnya la.. separuh jee. Ahhha! Tu pun dia.. duk mengendap nak masuk dalam semak la
tuh.. Dalam hati, " eh!takboleh jadi ni! Kalau dia masuk semak... eh, macam-macam ada dalam
semak tu.. Ya Allah,!!" Aku pun pakai selipar then bukak pintu pagar. Rasa macam buat jenayah
pun ada. Padahal tu rumah sendiri. Aku pun panggil dia. "baby! aiik! masok .. " dia nampak
aku terus dia masuk dalam semak tu. Aku pun tercegat kat situ macam orang gi** !
dah le gelap. seram sejuk plak rasa.

Aku taktahu buat apa. Menda ni dah banyak kali dah terjadi. Adala dalam 2 3 kali dia buat macam
ni. Akhirnya balik jugak. Tapi tule aku takut dia takbalik jee. Tak tahu jalan balik ke.. ish!
mak ngn ayah aku taktahu. Aku masuk dalam rumah buat taktahu, duduk atas kerusi. Eh, Jozan
punya turn le. Aku fikir positif, nanti dia balik le tu.. Aku taksenang duduk dah nii.. Jam dah pukul 
11 lebih.. Takbalik-balik lagi kucing ni.. Mak aku taktahu.. hehehe B- ) Ayah aku pun tutup lampu
depan. Ohman! Lama tu, aku intai kat pintu slading, taknampak batang hidung pun.. mana dia
pergi ni.. Dah hampir 11.30 malam. Sambil tu sempat lagi aku layan facebook.. hahaha ~ tiba2x!!
terdengar satu suara merdu ~ meo0w .. me0ow .. Ahhhhha! Tu mesti Fiona tuh! Aku bukak pintu.
Memang betul sangkaanku.. Dia duk tercegat atas meja kat luar rumah. Mujur dia tak lari. Huh!
Alhamdulillah. Aku pun tengok badan dia. tak kotor. Then, aku masukkan dia dalam sangkar dia.
Okey, the end ~ Ni pun dia duk kacou aku. Bosan le tuh : ' )

<< hah! tengok! siap boleh tidur lg. ni baru aku ambil. >>

Gedik tak? adoiii! Sorry quality gambar ni low.. hehe biasa la lappy muroh je.. Dan jangan lupa sentiasa mendoakn saudara kita di Gaza. Assalamualaikum .. 




Salam Aidiladha & selingan2x ~

No comments:
<< tidak berkaitan dgn tajuk kali ini >>

//Assalamualaikum semua & Salam Aidiladha :" ) Pe la.. Sepatutny aku pergi ikut ibu aku pergi 
tgk lembu korban. Tpi disebbkan aku "terlambat", so aku ditingglkn.. sob2x. taksedih pun. 
kukuikui ~ Nak je update gambar sempena Hari Raya Korban ni, tapi xde sumber le.. Esok
baru balik rumah. Kfine. Lusa nk balik SAHUT and 2more weeks left ! yipppeey happy gile!
Hadiah takbeli lg tuk jamuan kelas. Urhhh! Baru igt nak khatam kn drama To The Beautiful You
dari ep 1-15 kalau xsilap le.. btw, aku ngan classmate ade problem sikit. hadooiy xsangka
menda ni akan jadi sampai serius ni. Hajat nk bergurau tp dah jadi serius sampai2x maybe
spoil mood raya & maybe juga dia kena marah ngn parents dia. Sorry sangat2x **** ! Siyes
aku pun terlibat sama. Hope perkara ni boleh diselesaikan naik sekolah nanti.. 

Cukup mood sedih : ) Tahun depan, Insyaallah jika aku masih di SAHUT, aku mungkin
berkemungkinan besar terpisah ngan classmate aku. Siyes aku cakap, aku sayang diorunk
sangat-sangat. Mereka semua terbaik . Kita semua taknak terpisah. Nak kelas sama tahun 
depan. Huwaaaaa~ Yg ni mmg aku betul-betul sedih : ( Aku dah anggap mereka semua tu mcm
kakak adik abang aku sendiri dah. Dah tahu perangai masing-masing. Aku accept dorunk
ngan hati terbuka even masa mula-mula takdapet nak terima. Setiap orang ad kekurangan
& takde sesiapapun yang perfect.. Aku sayang 4UMT !!!! Sampai bila2x aku akan
ingat memory kite bersama.. yg paling best, mesyuarat kelas. Maybe sebab girls dlm UMT selalu
bersama, ada yg menyatakan kita org ni assabiah. Tak bergaul ngn kelas laen.. Hurmmm,
maybe sebb tu kot, kelas kita org juga kurang disengani oleh segelintir F4 kt sini...

Hehe~ Dah takde idea nak tulis ape.. just nk share  1 2 gambar yang baru disnap on last
day school before cuti hari raye.. Last but not least, Assalamualaikum & moga happy bersama
family dalam hari yang mulia ini.. 
- AnisyaMir -

<< girls 4UMT . Zahid menggantikan Iffah ;' D >>

<< Us ! Undeniable Magnificient Teenagers >>

<< Dan ini adalah ahli Tok Indera 3 + Camaraderie. Tu nama
dorm kita orang. Cute tak? hhohoho >>


The Amazing Friendship Ever

2 comments:


Assalamualaikum..
Nampaknya dah menjadi kebiasaan kalau esok nak balik asrama, sehari sebelum tu mesti aku update blog. InsyaAllah kalau rajin.. hehe Dan waktunya memang lah tengah pagi buta.. burung hantu katakan.. Barang tak packing lagi.. Sesungguhnya berat sungguh tangan ini nak mengangkut baju2x & barang nak masukkan dalam beg.. Hanya Allah je yang tahu serta bagi golongan-golongan yang senasib dengan ku.. hihihi Dugaan hidup betullah.

Disebabkan kemalasan melanda diriku tuk packing, so aku on kan lappy yang sentiasa on pun sebenarnya. Search Youtube vid pasal JOZAN. Usha punya usha terjumpa satu vid ni.
Title: JOZAN- Jangan Pisahkan

Tersentuh gila beb tengok video ni. Terharu tengok persahabatan yang diorang jalin.. start drpd Raja Lawak S1 sampai lah sekarang. 

Tiba-tiba teringat pula persahabatan aku dengan kawan aku. Sesungguhnya aku impikan persahabatan macam ni. Susah senang bersama.. Sekepala... Mcm adik beradikk.. "Ya Allah, kurnkiakan lah persahabatan yang utuh dan teguh serta diredhaiMu Ya Allah. Kurniakan aku seorang sahabat yang benar-benar boleh bersama denganku, boleh menerima segala kekurangan diriku, tetap setia susah senang bersamaku Ya Allah.. Aku amat memerlukan dia sebagai teman sejatiku yang kekal abadi.." Amin Ya Rabbal Alamin.

Saya Diterima, Alhamdulillah

No comments:

Alhamdulillah... Rayuan dan pujukan sy diterima lah ! Semalam (hari khamis) masa kat sekolah, kawan aku cakap result permohonan SBP dah keluar. Sampai je kt rumah, aku terus on lappy then search laman web ni >> http://www.moe.gov.my/



Sperti yang tertera, aku dpt SM Sains Hulu Terengganu. Rmai jugak dpt tawaran sekolah
ni. Almaklumlah, sekolah baru ... Persoalanya sekarang , nak perg ke taknak ? Kalau aku xpergi rugi, SBP tu ! *wlaupun still sek baru* . Tapi, klau aku pergi sape nak jaga baby bulat aku tuh ??? Hurm nmpknya terpksa lah aku jual dia. Being together since 2008 . Sekarang dah 2012 . Korang kira lah berape tahun dah kite orang together.

Daftar hari rabu ni ! Kalau kirakan, xsampai sebulan aku sekolah kat sekolah baru aku tu. Ala , baru nak kenal2x ngn kawan baru.. Nak tambah friend list *berangan* .. Nampaknya xkesampaian jugak lah..Macam manalah kehidupan kat asrama ni . Best kah ???


Di Sebalik "in relationship with.."

No comments:



Seorang wanita yang berani meletakkan "in relationship with" kekasih bukan mahramnya itu. Ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah.. kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengan kekasihnya.. Sama seperti dia sedang istiharkan kemaksiatan. Tahukah anda bahawa meletakkan "in relationship with" kekasih yang bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??

Apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa?? 
Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri...Tahukan anda bahawa, sedangakn dlm pertunangan Nabi SAW sendiri ad mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan.. Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram.. tetapi nak tunjuk kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status 
pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Nabi SAW menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana sabda Nabi SAW :

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan"
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu, dan disahihkan
oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Oleh itu, janganlah kita berbangga dengan status "in relationship with" kekasih yang bukan mahram itu kerana yang anda akan dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja.. Nak selamat dan elak dari fitnah?? 

Halalkan segera perhubungan anda itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat..

"Awak Dah Ada Belum Budak Macho?"

No comments:





?hb ?? 2007
Berape hb ntah aku xingt *sorry beb* ! hari pertemuan perkenalan aku dgn si Dia.
Siyes beb ! mase jumpe Dia totally aku happy sesangat ! tiap hari sengeh sampai 
kt telinga .. Tp mase tu aku malu2x kucing lg ngn Dia.. bt mcm mano , time tuh aku 
xmature lg.. nafsu pun belum tentu ad ke tak ^^

?hb ?? 2008
Time ni aku still lg segan ngn Dia .. almaklumlah Dia ni hensem jugak.. mesti ramai 
awek duk syok kt Dia ! Huh ! jeles makk taoo ... Tahun ni aku jarang duk 
berkepit dengan dia. Kn aku bdk UPSR ,so kureng2x sikit lah duk berkepit 
dengan "budak" toye nih ^^

2009
Baru aku start nk manja-manja jiwang2x ngn Dia ! Kekadang , Dia ni annoying 
giler .suka je bt aku marah. Tkpe , kate org sabar tu separuh dr iman . kan? ^^

2010
Tahun ni aku dh berubah hati sikit ngn Dia ! Boleh dikatakn hari2x aku marah Dia! 
Geram ok ! Boleh time aku takde dia dating dengan aweks lain . Perhh ,, 
makwe mana takmarah ?

2011
Ok we done ! We broke up ! Tetiba ,, Dia pujuk aku balik suh terima Dia. Dia janji 
Dia xbuat lagi .. Dia nk berubah .. Taktahu mcm mana aku kasi Dia peluang kedua.. 
Btw , aku memang still sayangkan dia ^^

6hb Februari 2012
Tarikh tu , hari ni kan ?? Now im officially broke up with my ex-lovers ! Walaweyh , 
aku mmg dah xtahan seyh hidup ngn Dia ! Hari ni jugak aku dpt pakwe baru ! 
Yeppy . happy nyer ^^ Lepas ni , mesti aku rindu nk gaduh ngn Dia .. 
Aissh ! Lupakan2x ~ 



Tadaa ~ terima kasih kerana sudi membaca mini diary aku.. mini diay aku lepas ni dah 
xde dah nama "budak annoying" , skang WAJIB ad nama "budak macho" ^^
Ohyeah , korunk jgn salah faham okay ? budak annoying yg aku mksudkan tu bukan 
MANUSIA ! Tapi , benda iaitu Celcom Bin Broadband ! Alla , xkan xkenal .. 
Dan budak macho yg aku maksudkan tu mestilah , Streamyx Bin Telekom Malaysia 
.. Amacam rasa bengang tak ? huhu ~ Ekcelli , saja nk share ngn korunk yg hari ni 
rumah aku dh ada wifi . Lama aku tunggu saat2x ni ! *waduh ayat aku* ^^ Lepas ni ,
 nk dating ngn photoshop pulak ! 
Anyong ^^

Its Been So Long

No comments:


Olla-olla ebelibady .. 
anyonghaseyo ,,

wah! long time not seen ^^ rindu giloks sama ini belog *muach sikit*
apa habak warga belog ? anda sehat ? alhamdulillah .... aku pun sehat jugak .. Byk giler citer nk habak maii
kt korunk semua ^^ Tapi xtahu nk start kt mana --' 

Firstly , aku nak mintak maaf byk2 kat hampa yg duk atr chat kt cbox aku .. yg duk bw pun sama .. tengs.
nanti aku bls balik kunjungan korunk k ? Yg ajk join contest bebagai lg tuh pun sat nanti aku hupdate n join .. 
Urh.. xtahu nk taip ap lagi sbb skang aku tgh happy + sedih .. kenape ? nih nk hupdate entry seterusny ^^

To Kyuhnieppa , 생일축하합니다  !!!! saengil chukha hamnida !!!

Nasib Kitorunk Memang Baik !

No comments:


< the only one, OnewOppa! >

//Anyonghaseyo fellas .
Wah! happynya kita ... happy ? wiiiiiii... happylah sebab esok aku xsekolah.. Keje 
sekolah aku taksentuh lagi beb! siyerslyy.. aku tahu agak mendukacitakan --' Btw, 
baru tadi aku sentuh buku.. harhar *contohilah saye* Ekcelli , habit aku dr zaman 
azali , suka tangguhkan kerja .. Harhar ! camne lah aku nk ubah erk ? Hwork yg 
ckg aku bg xbyk mana pun , tp aku memang suka tangguhkan kerja ... Hari ni hari  
Rabu , esk hari Khamis , lusa hari Jumaat  , tulat hari Sabtu .. tubeng sekolah ! 
grrr ~ yeah! saye budak sekolah.. normal lah hwork timbung2... Done ! xbaik 
mengeluh ...  Stop here.. nk tgk CSI : Miami * thumb up!*



Baru Balik From Korea

No comments:

< source: not mine :) >

Annyonghaseyo ebelibadi..
lama jugak aku menghilangkan diri.. mencari ilham katakan.. hua3x [konon]
Bersawang siwing aku nengok blog ni.. tp skang da tukar baru maa :D //Amacam okey tak?
Banyak jugak story aku nak kongsi ngan korunk ni.. Tapi, biar satu per satu key ? 
Kan kalau entry panjang, SAH-SAH korunk malas nk bace .. 

Okay, tuk entry ni aku just nak kasi tau blog aku bertukar wajah.. Btw, aku baru balik dr Korea bt
plastic surgery for my lovely blog.. Opss! korunk terkena ke? huahuahua~ bukan aku perg sana betul2 lah..
Saje nk gurau sendi senda ngn korunk. hehe ~ jangan mara ha ;) //watpeace watlek (Y) ! 
Sambung entry seterusny.. byk cerita nk kongsi ngn korunk.. 
--Wasalam--

Saya Halalkan

No comments:

Naik F4 baru aku dapat rasa nikmat dapat homework timbungII.. tenkiu cikgu :) Today, aku nak story mory pasal seorang hamba Allah ni.. Ofcourse pompuan.. 
Ceritanya camni, haritu aku nak tempah header.. Ramai juga laa mangsa aku... Habis org aku tanya,

"boleh tempah header ke x?" 

Then, sampailah giliran DIA.. Antara ramaiII, DIA sorang je yg reply message aku kt FB. Message pertama yg aku hantar bertarikh, 4 Dis 2011. Ok, DIA tanya aku nak header macam mana.. font jenis ape blah blah blah..... Done kat situ pasal rupa header.. Aku tanya DIA bila boleh siap. DIA kata hari ni jugak (4 Dis 2011). Aku kata la express nya.. Then , DIA says : 

"okeyy , saya akan buat kalau org bayar dulu . sebab dah banyak kena tipu ." 

Aku pun cakap okey aku bayar topup! Maxis! Pastu aku kasi no kod pin.. Taklame tu DIA reply.. Okay DIA pun buat sekarang.. Aku pun cakap la , dah  taksabar nih! *time ni mmg aku eksited gile* Pastu blah blah blah.. sampai lah DIA reply and tunjuk kt aku okay ke tak header yg dia bt tu.. dia pun kasi pic.. Beb! Sorry to say lah! header tu langsung tak menarik & mmg xlawa..

"Aik! header dia lawa siap ad gambar idol 2PM lagi.. Tapi yg dia buat tuk aku, langsung xkena/ xlawa. Pelik bin Ajaib!"  

Aku pun decide suh dia tukar font and baiki header tuh.. time tuh aku tol2 menyesal.. nasi dah jadi bubur.. sabar jelah. DIA reply, nk header camane..aku pun takreply.. Iyalah dia langsung takbagi cadangan kat aku. Dahla aku still lagi new time tu! 24 Dis 2011. Aku reply aku cakap nk font jenis blah blah blah.. Aku tunggu & tunggu sampai hari ni. 12 Jan 2012! DIA still takreply. Bengang siot aku! Aku post kt wall DIA, 

"please reply my message.." 

Aku g kat blog DIA and tanya DIA mana header yang aku tempah. You know what ? DIA still xreply doe!  Sekarang aku terfikir ayat DIA yg ni , 

"okeyy , saya akan buat kalau org bayar dulu . sebab dah banyak kena tipu ."

Tuk hamba Allah yang berkenaan, saya halalkan duit RM5 saya. Walaupun awak dah mungkir janji ==' Tapi saya xkan lupa ap yang awk dh bt kt saye. Dah la umur muda lagi dah pandai menipu bagai. Apelaaa!









Cucu Kuang Hajar !

No comments:

Ada sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk 
rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu. 

budak: Derma ap bang?
lelaki: Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak: Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki: :O

-- THE END --

Kerepok Melompat!

No comments:

Aku memang fobia dah nk tolong mak aku kat dapur.. Tapi kejadian kerepok melompat bukan terjadi kt rumah, tp kat sekolah.. time tu ad Minggu Kokorikulum.. Aku, Fina, Wani, Sepet(bukan nama sebenar) ngan Alin tolong Azwa jual kat gerai kakak dia.. (gerai MPV) Kakak Azwa tu cg, so kitorang baik hati nk tolong.. Gerai kitorang ad jual makanan & minuman.. Nak jadikan cerita, masa hari ketiga/kedua *sorry xingat* Cg Che(kakak Azwa) suh aku goreng kerepok rebus yang belum goreng lagi.. Dengan bangganya aku gorenglah..

Mungkin disebabkan api terlalu kuat, tiba-tiba..... POOM PANG POOM PANG! 
Kerepok tu meletup + melompat! Minyak panas yg ada dlm kuali tu pun terpecik kt mukamSiyes beb! sakitt owww! Nasib baik takkena mata. Cepat-cepat pergi ambik ais.. then letak dlm tisu thenn,.. letak kt muka.. sejuk jee rasa! 

Start daripada tu, aku mmg fobia gillos nk goreng something.. Hahahaha... Kalau aku goreng jugak, aku akn ambik tuala or tudung periuk or surat khabar.. 

Amacam? Sape pernah kena? Fobia aku mmg pelik sikit.. org lain fobia dengan kucing/katak and etc.. Dulu aku fobia ngn kucing.. dulu lah.. sekarang aku obses giler ngn kucing! Oklah.. dah lewat ni, esk sek.. nak tito dulu.. 




Hari Pertama sbg Budak F4

No comments:

Baiklah.. 1st experience sbg pelajar F4.. mcm budak lain jugak.. time belajar , belajar..time rehat , serbu kantin reramai.. time balik , maka baliklah kami ke rumah masing-masing ; ) Tp, satu je yang xbetul.. belajar.. Aku xtahu lah tradisi semua sek ke hape, tp 1st day mmg budak F4 xbelajar..Cg pun just masuk kelas, kenalkan diri dorunk , talk.. blahh.. blahh.. xlama tu keluar..

Lgpun macam mana nak belajar  kalau buku teks xdapat lagi  Heksited pulak nk belajar.. KIMIA, FIZIK, BIOLOGI / LUKISAN TEKNIK

Mood nk belajar tu ade, cuma kalau org ganu ckp = tohor-tohor jee.. Campur ngn mood tohor-tohor aku tu , skang aku masih lagi pening.. nk pilih BIO ke LK .. BIO senang x ? Cg aku ckp jgn ikut kawan.. ikut kehendak hati masing-masing.. Okaylah... harap-2 aku buat keputusan yg betul