Happy Birthday Baby Girl

No comments:
'Happy Birthday Baby Girl' !!! 


27 November 2011 . Genab dah 5 tahun usia baby girl aku ;P Baby girl ??!  Hahaha bukan real baby girl , mksd aku pet aku laaaa . Nama diberi Fiona. Tapi, panggil laa Fiona pun mmg dia tak layan.

Tapi satu je yang si Fiona ni takde : telur . Bukan telur rebus ke telur mata lembu , haaa ! ini telur hanya ada kat kucing jantan je . Si Fiona kan betina Nak cerita sikit tentang sumbangan/kebajikan
yang di dah sumbangkan kat tuan dia ni . Parut kat tangan/kaki . Tuh sumbangan besar dia lah . 

Susah nk kawal ini budak . Kucing jantan pun takutt ngn dia . Sebab tu sampai
sekarang dia tak berlaki . Hehehe . Lagipun aku xbenarkn sama sekali . siannn dia kan ? jahatnya aku Okay , aku ada sertakan beberapa gambar dia tukk tatapan anda semua . Sampai sini jelah .


Rahsia Bulan Muharram

No comments:
Selamat Tahun Baru utk umat Islam . Entry ni sebenarnya sambungn 1st entry aku tuh . Okay , berbalik pd tajuk . Sebenarny tadi aku ad laa search kt mr.goggle pasal bulan Muharram ni . Then , aku pun tertarik la ngn blog NI ! Kebetulan ada plak pasal bulan Muharram . Aku pun bace la . So , aku pun rajinkn tgn yg xlenguh ni , tuk share kt korang . Bace lah ! Boleh tambah ilmu taoo ! Lepas bace sudi lah mengomen.

Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di                 sapunya.
6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak               berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir           miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.
8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat
    nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan
    selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di
    baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
    kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

1st Post!

No comments:

Shukran-shukran . Akhirnya aku daa ada blog . Wahaaa Yey ! Memang aku ketinggalan sikit , aku tahu orang lain daa lama ada , aku je baru ada . Wahwahwah  !! budak 10 tahun pun da ada tao . Okay , nmpk sgt aku ketinggalan.

Seperti sedia maklum , ni 1st entry aku . Jadi , tak perlu la nk karang panjang lebaoo kan . Dengan kesempatan ni juga , aku nak berterima kasih kt designer of this skin *tgk kt credit* sbb design skin ni lawa giller . Tapi , aku ada laa adjust skit-2 . Bagi aku lawa je . Pandangan korunk cm ne plakk ? hehe Okay la , aku sendiri tak tahu nak post apa ni . So , sampai di sini shj utk kali ni . 

Belum terlambat lagi nak ucapkn Selam Maal Hijrah tukk semua umat Islam . 
Tahun baru mesti ada azam barukn ? So , ap azam korg ? share-2 la kt kite ,okay ?