26/03/2018

Need Help!

Anis Amir7:02 pmBe the first to comment!
Assalamualaikum.
Rindu nak blogging tapi keadaan tak mengizinkan. :( Semester 2, boleh tahan tough. Tidur pun taklena fikir kan assignment. Sebab takboleh nak bebel panjang, aku dengan rendah hati nak minta tolong sesiapa yang sudi untuk luah masa untuk jawab survey simple ni. Rabu ni kena submit, so memerlukan ihsan dari anonymous alam maya hihi


Apa korang perlu buat, sila click link kat bawah & jawab survey. Sikit je soalan taksampai 5 pun, just jawab Yes or No sahaja. Actually ni untuk subject New Media, assignment Portfolio Website. Make sure sebelum korang jawab survey, kena visit dulu website portfolio.

Link website portfolio: https://anisamirme.wixsite.com/anisamirwork
Quick Survey: https://goo.gl/forms/qW2pXHJ93OczjREZ2

Bagi je apa-apa comment, -ve ke +ve tak kisah tapi lecturer lagi suka kalau ada comment -ve tapi depends opinion masing-masing laa. Terima kasih yang sudi jawab. Lopviyu gais!
Doakan assignment saya cepat sikit surut supaya dapat kembali aktif blogging, Amin...

remarks! ## minta jasa korang untuk buka website ni guna laptop sbb utk mobile view taksempat nak edit :( Ingatkn takbanyak lari, tapi mmg kena edit balik. So, for better view, sila guna laptop :)

10/02/2018

Cara Survive Study Di KL

Anis Amir11:38 pmBe the first to comment!
Since belajar kat KL ni kan, rasa macam dengki sikit la tengok kawan yang rumah takjauh dengan kampus. Sikit je dengki hihi Sebab yelaa banyak boleh jimat; takperlu bayar sewa rumah, wifi, bil api & air yang paling penting, means duit pun takbanyak keluar. Berbekalkan pengalaman dah belajar kt KL yg almost 3 tahun, aku nak share sikit macam mana cara aku survive kat sini. So here we goes!


Masa diploma dulu, aku takdapat elaun bulanan from MARA, so PAMA laa yg sponsor elaun sy :) Average elaun dapat dalam RM650 sebulan. Macam banyak kan? Kalau belajar kt KL kena pula memang tengah-tengah bandar ni duit tu cepat je habis. Kalau aku pecahkan:

1. Sewa rumah : RM 185
2. Bil Api & Air : around, RM 20
3. Wifi : RM 21.10
4. Data Phone : RM 47.70
TOTAL: RM 237.8


Cara Survive :

1. Selalu Saving
Biasanya lepas dapat elaun, aku akan settle kan apa yang patut macam bayar sewa rumah semua tu then, duit lebih tu dalam RM 300 - RM 350 untuk makan + belanja, balance simpan dalam account lain. Better macam ni sebab aku takut kalau tak asingkan, nnt 'terguna' pastu menyesal taksudah HAHA So untuk elakkan kejadian tak diingini berlaku, asingkan dulu. Dan duit saving yang disimpan dalam bank lain boleh guna time emergency contoh bila duit takcukup tapi segan nak minta dengan parent ke.. 😅 Sebolehnya jangan sentuh la.

lagi satu, buat tabung duit. Balance kalau beli barang yg ada 20 sen, 50 sen tu kan letak je dalam tabung. Ibu pun ajar, kalau ada duit RM 5 dalam dompet asingkan masuk dalam tabung. Jangan pergi korek pulak tabung tu. Buat taktahu je. Tunggu la dalam setahun banyak mana korang saving. Serius takrugi.

2. Jalan Kaki
Alhamdulillah bersyukur sangat sebab jarak kampus dengan rumah sewa dalam 1km je. Since SEM 1 baru ni, banyak juga aku jimat untuk transport sebab banyak kelas pagi so nak jalan kaki takpanas sangat. Masa diploma dulu bajet puteri lilin sangat pergi kelas naik Grab XD Sekarang Grab kt KL susah nak dapat. Kena tunggu dalam 10-15 minit baru driver sampai. Kalau pergi class, wajib bawa payung + kipas comel.


Payung dah beli baru. Yang lama dah goyang goyang kalau angin kuat terus naik keatas payung tu jadi bentuk 'C' HAHAHA Kipas comel tu pulak beli kat Yubiso. Sangat berguna untuk musim hujan + panas.

3. RM10 Sehari
Untuk yang belajar kat luar KL tu korang sangat beruntung sebab makanan tak semahal kat KL T.T Bukan makanan je, kalau nak beli groceries semua tu pun Ya Rabbi boleh fikir 2-3 kali dulu tau sebelum beli. Untuk duit makan, aku letak dalam RM 10 sehari. Disebabkan aku bukan jenis kuat makan sangat so, makan nasi untuk sekali sehari pun dah cukup. Senang citer, kena belajar ikat perut sikit la HIHI Jangan awal bulan makan yg mahal, akhir bulan maggie je siang malam. Jangan eh!

Breakfast - cereal / biskut / kalau rajin buat toaster.
Lunch - nasi berlauk (depends selera kalau muak jadi org kaya jap makan KFC)
Dinner - biskut / roti / goreng fries (kalau lapar sangat je baru beli nasi)
Treat - KFC, western foods.., Subway, (depends keadaan dompet time ni)

Kalau nak lagi jiiiiiiiiiiiiimat, masak. Masa diploma dulu pernah jgk aku share duit beras, ayam dengan housemate. Memang jimat habis la. Siap boleh tambah lagi nasi XD Ni dah degree, perangai malas makin menjadi tu yang beli makanan kat luar je.


4. Shopping Hujung Bulan!
Aku akan shopping time hujung bulan. Elakkan masa tengah atau awal bulan sebab masa tu takpasti lagi cukup ke tak duit untuk survive. Paling penting belajar untuk jangan beli ikut nafsu, tapi ikut kemampuan. Biasa la kan kalau duduk dengan housemate yg jenis suka beli online ada je dorang hasut XD Katanya kalau ramai beli boleh share postage gituhh laa 😂

Senang citer, selalu check duit dalam account ada berapa ringgit. Sekarang ni kan semua boleh online transfer. Tu lagi senang duit mengalir keluar HAHA Ingat, beli ikut kemampuan. Kalau dah terbawa sampai mimpi tu istigfar dulu sebelum decide nak beli ke tak. Kalau nak beli jugak, kena take note untuk deduct duit belanja untuk bulan depan. Untuk stationary, aku beli kat rumah means takbeli kat KL. Dah tahu mahal, jangan mengada nak beli eh. Berjimat la selagi boleh teman teman yer. Tu je kot cara aku survive. Lebih kurang macam orang lain juga cuma kena pandai kawal diri.
Till then.


17/01/2018

Semester 1 Degree

Anis Amir3:56 pm 3 Comments so far
Aku kalau buka FB selalu je jumpa post from IIUM Confessions. Kalau bosan taktahu nak buat apa, layan je baca confession kat situ. Haritu ada baca confession pasal "Pointer 3.5+, Gifted?" Taksure betul ke tak title tu. Ada pint aku setuju and ada juga taksetuju. Pernah jadi jjuga la kat diri sendiri. Part meniru tu aku takboleh brain. Siap minta kebenaran nak meniru lagi tu =='


Result Semester 1
Cerita pasal result, khamis baru ni result untuk SEM1 dah keluar. Macam biasa buat-buat busy sambil menanti result org lain hihi Fuhh masa sem lepas pulun habis la dengan taktidur malam siapkan report, proposal pastu ada event nak kena organized memang all out. Target kalau boleh nak score CGPA sehabis tinggi sbb tahu, CGPA ni susah nk naik & susah nk turun. Better 1st sem score tinggi terus. Khamis petang tu baru ada courage nk check result sbb housemate mcm dh kecoh tanya pasal result

Both CGPA & GPA: 3.7

Dalam seminit jugak la aku main tutup buka dengan tangan screen phone sbb takberani nak tengok result sendiri haha 1st, tengok GPA dulu. Pastu baru scroll tengok grade then tadaaaaa ~ Alhamdulillah lepas target even macam takpercaya dgn result sendiri. Aku boleh cakap SEM1 baru ni, sama dengan SEM5 time diploma. The struggle is real.

So aku mmg respect giler for those yg further study smpai phD. big respect!

Register Semester 2
Dah akhir sem break ni, student semua busy settle 'register semester' dan untuk pertama kalinya, aku terlambat bayar lol. Cuak takut kena denda, terus call Finance nasib la bayar macam biasa je. Tadi, dah boleh register sem. Nak masuk semester 2 dah saya Yeayyy! Nanti kena hadap 6 subject, 17 credit hour. Doakan saya semua :)


Penutup, dah settle document agreement MARA!
Mcm biasa la kan, tulis nama sendiri dekat 10 kali pastu kena cop sign kat Pesuruhjaya Sumpah dengan mati setem lagi. Tu pun dah lupa dulu mati setem kat mana. Tadi, pergi Pejabat LHDN je mati setem kat sana, bayar RM 40. Then, settle. Taktahu la bila agaknya keluar result pasal loan ni harap-harap la sebelum habis SEM2 ni, Amin. Tadi, dah dapat gambar convo! Penantian hampir 3 bulan. Tapi gambar atas stage Ya Rabbi --' Buat simpan dalam file dah la hehe
Till then.